Tuesday, December 15, 2015

Freeport A'Famosa Resort @ Melaka Premium Outlet

Yeayyy!! 
Tanda dah sampainya sini.
Haruslah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kan.

Check-out dari Villa A' Famosa, terus singgah sini.
Sebelah A' Famosa je lagi pun.

Review saya MPO ni lebih kurang sama je dengan JPO.
Cuma JPO lebih besar sikit dari sini. Dan disini menariknya ada kincir angin yang boleh feeling-feeling oversea gitu.
Tapi di MPO banyak brand-brand baru berbanding di JPO brand-brand lebih legendary.
Dan ketika ini masih ada lagi outlet-outlet yang masih tidak dibuka dan still under construction.
Dan semestinya memang sekarang tengah ada sale sempena pembukaan barunya.

Masuk-masuk je disini memang tak lekang dengan dekorasi pokok-pokok Krismas. Cuma yang ni paling besar sebab ada salji buatan. Dan kalau tak silap kita boleh masuk dalam ni feeling-feeling salji turun. Cuma masa ni tempat ni masih tutup lagi.
Ni lah pintu masuk untuk feeling-feeling main salji tu.

Gaya kena paksa bergambar dah rupanya ni hah.

Seni bina outlet yang unik dan cantik-cantik belaka.

Macam rumah-rumah kat oversea kan.

Penat berjalan, berhenti kejap beli air.

Tempat paling famous kat MPO ni. Rata-rata mesti ambil gambar kat mercu tanda MPO ni.

Cantik sangat seni binaanya.
Kalau rajin, boleh naik kat atas rumah kincir angin tu posing2 dan snap2 gambar.
Lagi cantik pemandangannya.

Opsss...bagi saya chance posing2 ya bersama baby bump saya.
Both Damias tak sabar nak tunggu baby keluar tu.
Love this pic to the max!
Ciumlah puas-puas perut ibu tu nak!
Nanti baby dah keluar, cium baby pula.
Candid
Lama betul tak ambil gambar sweet-sweet cam ni.
Ni haruslah abadikan banyak2 gambar sweet-sweet time pregnant ni kan...
Kot-kot ni dah yang bongsu ke kan..;-)
Lagipun dulu-dulu pregnantkan Aleesya dan Ayyunie mana ada blog kan...;-)

Food truck di luar MPO.
Bolehlah berhenti untuk beli makanan dan minuman alas perut.

Ramai betul yang beratur nak beli Malacca Fried Chicken ni.
Rasa lebih kurang uncle bob dan Ali Fried Chicken yang lain je..
Tapi sebab dah nama ayam kan...sapa tak suka..
Sekian laporan tentang Melaka Premium Outlet!









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: