Monday, December 7, 2015

Melawat ke Zoo Negara dan Family Reunion di Ana Ikan Bakar Petai

Masih lagi dalam mood cerita cuti-cuti Deepavali yang lepas.
Memandangkan pada hari tersebut jumaat (13/11/2015) saya dan ayah damia tak ada meeting, tak ada appointment, dah settled hantar stok Coklat IQ kepada stokis dan survey dengan supplier mesin, maka saya pun membawa anak-anak untuk berlibur di Zoo Negara. 


Buat pertama kalinya Aleesya dan Ayyunie datang ke Zoo Negara ni.
Teruja diaorg sebab saya kata Zoo ni besar. Berbeza dengan Zoo Melaka dan Zoo Johor.


Ayyunie yang rajin membaca semua info di hadapan kaunter tiket.


Excitednya dia.


Aleesya yang rajin snap-snap gambar dalam Zoo.
Nanti balik rumah senang buat karangan untuk saya.


Kandang kancil


Both Damias dan Ayah Mi mereka sedang bagi makan daun kat kancil tu.


Tempat penguin.
Haishhh...ayah damia komen memang jauh berbezalah dengan Zoo Singapore yang kami pergi beberapa tahun dahulu. Banyak improvement kena buat ni. Lagipun masih banyak ada construction yang tengah dijalankan.


Anak Gorilla yang tengah aktif.


Pandai monyet-monyet ni mengambil hati pengunjung dengan pelbagai gaya dan aksi.

Ralit kami sekeluarga dan yang lain-lain melihatnya.


Tinggi sungguh Zirafah ni tau.


Separuh perjalanan kami di dalam Zoo Negara ni, adik ayah damia dan keluarganya pula join kami. Kebetulan dia dari Ipoh nak balik rumah mertuanya di Melaka.So kami ajak diaorg singgah sini dulu.


Baru lepas hujan lebat. So masa hujan tu kami lepak2 makan2 dulu dalam restoran yang ada dalam Zoo Negara.


Harimau ni aktif giler... ntah kenapa asyik mengaum dan ke hulu hilir je kerjanya.


Fuhhh... harimau ni siap melompat dalam air dan berenang nak terkam para pengunjung tau. Saya awal2 lari jauh bawa anak2 sekali. Takut fikirkan risiko kot2 harimau ni lepas garisan tali dan cermin tu ke. Tapi serius memang aktif lah harimau ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agak lama juga kami didalam Zoo Negara. Lepas tu jam 4:30 petang kami pun keluar dari Zoo Negara bergegas pula ke KLIA untuk mengambil mertua saya yang tiba dari Kelantan untuk majlis kenduri saudara keesokan harinya.

Agak kelam kabut juga kami masa tu. Sebab hujan, lepas tu jalan agak jammed sebab waktu balik office hour. Kami estimated dalam 1 jam untuk sampai ke KLIA dari Zoo Negara. Kiranya ngam-ngam lah sebab flight sampai jam 6 petang.


Memang betul ngam-ngam pun. Kami sampai je, flight dari Kelantan pun mendarat. Aleesya siap lambai2 tangan panggil tok ma, tok ayah. Budget macam diaorg nampak lah dalam kapal terbang tu. Hihi..


Memang tepat waktunya kami sampaikan. Tu pun siap kena tunggu lagi sebab nak tunggu tok ma dan tok ayah both Damias keluar dari arrival hall.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malamnya kami dinner di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Memang selalu meriah lah kat sini. Tak pernah tak ramai kan. Keluarga besar kami pun meriah. Ni baru 3 family berkumpul. 


Credit kepada little cute girl yang tolong snap gambar ramai-ramai kat atas tu
















No comments: