Hari ke 5 saya disini.
Sempena 15th Brunei Consumer Fair
Pagi selasa 27/1 bergerak dari JB ke KL. Kul 3:30 pagi sampai KLIA. Perghh 2 jam setengah je ayah damia bawa kereta. Alhamdulillah, selamat sampai. Lagipun highway lenggang.
Sekali lagi, meninggalkan anak-anak dan suami untuk business trip. Kalau bulan lepas ke Batam tinggalkan mereka selama 3 hari sahaja. Tapi kalini lebih lama.
Ni tengah menanggung rindu yang amatlah kepada both Damias. Macam2 cara ayah damia buat supaya mereka tak terlalu merindui saya. Bawa gi shopping lah, gi taman lah, pasar malam lah, jalan-jalan lah. Siap ayah damia cakap Ayyunie sebak kalau sebut pasal saya. So sad :-(
Tapi no worries, saya disini ditemani staffs yang berdedikasi. What to do. Staff saya semua perempuan, so saya lah kena pergi. Nak pergi dengan ayah damia, awal2 tahun ni banyak urusan2 office. Anak2 pun baru start sekolah kan. Takkan nak pontengkan mereka bawa ke Brunei.
Ok lah nanti saya sambung cerita ceriti lagi di Brunei. Kat sini saya amat super duper busy. Serious sibuk giler ke sana ke mari dan jualan di booth. Tu yang sampai 4 hari tak ada entry kat blog comal saya ni.
Doakan kejayaan saya, team CocoDamia dan CocoDamia di Brunei ni ya. Terima kasih kepada semua.
No comments:
Post a Comment