Tuesday, January 20, 2015

Resepi ringkas dan sihat || Grilled Chicken Wings


Sebenarnya tak tahu lah nak letak nama menu ni apa. Sebab janji asal boleh makan, kenyang dan sihat.

Namun disebabkan bahan utamanya adalah chicken wings, maka terciptalah "resepi grilled chicken wings". Nak juga nama resepi orang putih ya.

By the way, resepi ni memang menjadi menu kegemaran saya kalau masa suntuk untuk memasak. Terutama saya hanya ada 40 minit sahaja untuk memasak makan malam anak2 lepas anak2 balik dari sekolah dan terus pergi mengaji.

Ngam! Menu simple untuk anak-anak. 20 minit masak (sambil tu boleh mandi dan solat), 15 minit makan dan 5 minit get ready untuk pergi kelas mengaji. Tapi tapi tapi.... Balik mengaji makan menu yang sama lagi. Hihi...

Ok jom kita tgk cara-cara untuk membuatnya. Senang bangat ni!

1. Kepak ayam diperap bersama dengan serbuk kunyit, serbuk kari, sos tiram, garam dan ajinomoto. Perap sekurang2nya 1 jam. Lagi lama lagi bagus. Saya suka perap 1/2 kilo terus dan simpan dalam bekas. Time nak masak, hanya defrost sahaja. Jimat masa kan.

2. Basuh ubi kentang bersih-bersih. Rebus separuh masak bersama2 dengan kulitnya. Lepas dah separuh masak, kupaskan kulitnya dan potong dadu besar2.

3. Lepas tu, panggang kepak ayam dalam magic pan. Terbalik-terbalikkan kepak ayam agar sama rata masak dalam 15 minit. Selepas itu masukkan ubi kentang tadi dan aneka sayur-sayuran jenis buah yang suka. Saya suka brokoli! Kadang2 letak tomato ceri juga! Panggan dalam 5 minit sahaja sayur2 tu.

4. Selepas itu siap! Boleh makan begitu sahaja dengan sos kegemaran atau dimakan bersama dengan nasi pasas-panas! Walla!


Sos buatan saya sendiri. Hingga menjilat jari bak kata Aleesya dan Ayyunie. Hihi..

Selamat mencuba!

No comments: