Monday, January 12, 2015

Became a legend in her kindergarden


Wow!!!!
Legend uolsss..
Ya lah, mana taknya..
Kawan-kawan dia yang sekelas tahun lepas semua dah masuk darjah 1.
Dia je yang masih pergi sekolah yang sama, kelas yang sama, cuma buku yang berbeza dan guru pun dah tukar.

Semalam masa hantar kakak dia gi sekolah, Ayyunie cakap..
"Tu kawan adik, dah masuk darjah 1...hah tu lagi kawan adik (sebut nama kawan dia)"

Masa saya bayar yuran dan beli buku minggu lepas pun ada cikgu tanya..
 "Eh, Ayyunie masih sekolah sini lagi ke? Bukan dia sudah habis ke?"

Lepas tu semalam masa pergi ambil uniform dia kat tadika, cikgu lain pula tanya..
"Eh, Damia belum darjah 1 ke?"

Orang lain belajar tadika 3 tahun je ya tak selalunya.
Tapi Ayyunie tadika sampai 4 tahun lamanya. Sebab dia masuk tadika awal.
Which means masa umur 3 tahun dia masuk kelas 4 tahun, masa kelas 4 tahun dia masuk kelas 5 tahun, masa kelas 5 tahun dia masuk kelas 6 tahun dan masa 6 tahun sekarang still kelas 6 tahun. Tapi kenaikan kelas tersebut adalah berdasarkan prestasinya. Kalau tak boleh bawa, memang akan kekal sesuatu kelas tu.


Dah selamat hantar kelas dia sesi petang tadi. 
Bersemangat nak ke sekolah tu.
Ya lah, A-Z semua baru.

Berbeza dengan kakak, adik nak beg Frozen.
Nak alat tulis Frozen. Kalau boleh nak botol air pun frozen.
Bukan tu je, kalau boleh siap nak pakai gincu gi tadika.
Aiyoooo! Suka betul Ayyunie ni make-up2 tau.
Hihi.

Ok lah. Semoga Damia Aleesya menjadi anak yang cemerlang dan gemilang dunia akhirat.
Rajin-rajin belajar ya Ayyunie.

p/s: Ketinggian, berat badan dan kepetahan bercakap membuatkan ramai yang terkejut bila saya cakap Ayyunie ni baru 6 tahun.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment