Thursday, January 22, 2015

Resepi Nasi Lemak Sambal Sri Siantan


Bagi saya sedapnya nasi lemak itu terletak pada sambalnya. Kalau kaw sambal ikan bilis tu, maka secukup rasalah rasa nasi lemak tu. Tapi kalau sambal pun so-so je, maka so-so lah rasa nasi lemak itu.

Gambar diatas adalah gambar Nasi Lemak Sambal Sri Siantan yang saya masak pagi semalam untuk breakfast keluarga. Kebetulan pagi semalam saya cuti ke kilang CocoDamia, so sempatlah masak breakfast yang heavy sikit. Saja ubah selera buat nasi lemak warna hijau. Nampak ceria anak-anak nak makan kan. 
Lepas tu goreng telur dadar dan ikan selar celup tepung sebagai lauk. Keluarga saya ni tak reti sangat makan nasi tanpa berlauk. Sikit pun mesti nak ada lauk juga. Kadang2 tu masak nasi lemak berlaukkan nugget ayam pun jadi. Hihi.

Oh ya, timun tak adalah pula. Nak keluar beli malas. So makan aje lah apa yang ada walaupun sebenarnya kalau ada timun bersama nasi lemak ni lagi umppphhh!


Kenapa nama "Sambal Sri Siantan"?
Sebab sambal ni saya letak santan. Hihi..
Memang lemak-lemak gitu kalau sambal ada santan. 

Ok lah jom kita tengok Nasi lemak sambal Sri Siantan ni.

Resepi Nasi Lemak.

1. Basuhkan 3 cawan beras. Kemudian masukkan santan 1 cawan dan air 1 cawan. 
(tengok jenis periuk masak nasi dan jenis beras juga ni, ada tu kena letak lebih sikit air)

2. Masukkan hirisan bawang merah (4 ulas), hirisan halia (1 inci), satu sudu kecil halba dan secubit garam.

3. Masukkan 2 titis pewarna hijau. Kalau nak guna air daun pandan pun lagi ok. Tapi sebab saya dah guna halba, bau semerbak dalam rumah wangi.

4. Masak sampai nasi kering dan berbau wangi.

Resepi Sambal Sri Siantan

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan 6 sudu besar cili boh (saya beli yang paket siap).

3. Selalu kacau-kacau cili tersebut untuk elakkan hangit. Dan goreng sampai cili betul-betul garing.

4. Masukkan segenggam ikan bilis kecil, kacau-kacau lagi. Kemudian masukkan 3 sudu besar pati santan. Goreng dalam 4-5 minit.

5. Akhir sekali masukkan sekeping asam jawa, garam, gula melaka dan ajinomoto secukup rasa.

Walla! Memang sedap!

Selamat mencuba.



Post a Comment