Setelah separuh hari anak-anak menuntut ilmu di sekolah, mestilah anak-anak akan penat dan kadang-kadang mungkin kelaparan juga. Kalau yang remaja mungkin anak-anak juga tidak lari dari tekanan di sekolah. Tu belum masuk lagi bab lepas balik sekolah, kena cepat-cepat mandi, solat dan makan untuk mereka sambung tuisyen, mengaji atau extra learning yang lain seperti kelas muzik atau kumon (anak-anak saya termasuk dalam kategori ni).
Jadi seharuanya kita mempunyai cara tersendiri atau tip menyambut anak-anak pulang dari sekolah agar mereka rasa tenang seketika dan dapat merehatkan minda sementara. Janganlah anak-anak masuk sahaja kereta terus kita marahi mereka, memaksa-maksa mereka bercerita atau tidak endahkan mereka. Kerana masa ni lah mereka perlukan kita untuk bercerita apa sahaja yang berlaku di sekolah separuh hari.
Walaupun mereka masih kecil, namun mereka juga ada hati dan perasaan. Selalulah gembirakan mereka masa balik sekolah seperti belikan mereka ais-krim, ceritakan apa menu yang telah ibu masak harini untuk anak-anak (sayalah tu) ataupun mungkin juga boleh ceritakan perancangan percutian akan datang.
Lepas dah settled belajar, makan, mandi, solat dan homework semua, hah time ni nak marah atau nak tegas pun boleh. Marah boleh tapi tengok keadaan dan masa kan.
P/s: Jangan biarkan anak-anak tidur dalam keadaan mereka merajuk dengan kita ibu bapa atau menangis kerana kita ibu bapa. Kerana tidur sepatutnya waktu yang betul-betul merehatkan minda dan emosi mereka agar pabila bangun pagi nanti, mereka agar lebih bersemangat dan ceria!
No comments:
Post a Comment