Friday, January 16, 2015

Passport Antarabangsa Malaysia 2 tahun dimansuhkan, dan....


..... Sebanyak RM100 diskaun bagi passport untuk 5 tahun.

Wow! Saya suka! Saya suka!

Pernah juga saya dan ayah damia bercakap-cakap kenapalah ada passport untuk 2 tahun ni. Nanti lepas 1 tahun setengah kena renew balik passport. Yang 6 bulan lagi tu kena valid 6 bulan dalam tempoh sah tarikh perjalanan. Selalunya untuk perjalanan ke oversea lah. Kalau dalam Malaysia no hal selagi tarikh passport tak expired kan. Selalunya kami lah tu renew untuk 2 tahun. 

Tapi untuk anak-anak selalunya memang renew 5 tahun terus. Sebab tu kalau tengok koleksi2 passport yang saya simpan sekarang, memang berubahlah muka anak-anak perbandingan dalam tempoh 5 tahun.

Ok. Passport saya dan ayah damia will expired June 2016. So hujung tahun ni boleh renew lagi. Confirm lah renew 5 tahun terus kan.:-)

Berbaloi-baloi!


Post a Comment