Thursday, January 15, 2015

Live updated II Misi masuk kontena dah selesai!

Ya Allah.
Alhamdulillah.
Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya!

Misi menyiapkan produk-produk CocoDamia untuk masuk kontena di KL (jam 3 petang tadi van dah gerak) berakhir dengan jayanya walaupun ada beberapa target tak dicapai.

Perubahan last minutes. Sepatutnya esok last day masuk kontena. Tapi diubah harini pula sebelum jam 8 malam sebab ada rules baru di kastam. Membuatkan kami team CocoDamia yang full-time dan part-time terpaksa bekerja seperti lipas kudung. Bukan setakat skip makan sahaja, malah nak minum air seteguk pun sayang kan masa tu hah! Ya lah kena kerja umpama 2 hari punya kerja dalam masa tempoh 6 jam. Perghhh. 

1 Januari 2015 hingga 15 Januari 2015, pulun masa habis untuk siapkan projek stok masuk kontena ni. Semoga selamat sampai ke destinasi nun jauh disana. 2 minggu lagi kita berjumpa ya wahai stok-stok CocoDamia sekalian.

Now relax sikit 2-3 hari, lepas tu pulun untuk misi bantuan dan sponsorship pula.

Tanpa staffs yang cekap dan penuh komitmen, tak mungkin sesuatu organisasi tu akan berjaya. I love my staffs! Tq uolss...


Pagi sampai tengahari tadi jadi minah kilang.
Sekarang tengah siap-siap jadi cikgu ganti pula. 
Subjek add math pula tu. Sekali lagi ulang subjek add math. Sobs!
Semoga sel-sel otak saya dapat berhubung dengan sebaiknya..;-)

LIVE UPDATED!
Gambar dari whatapps jam 7:15 petang tadi.
Gambar diterima dari tapak kontena sebelum checking kastam dan dibawa ke pelabuhan.





Alhamdulillah..



No comments: