2 Kali saya datang sini, tapi tutup.
Ahad lepas, alhamdulillah. Buka!
Mula-mula sampai sini dalam jam 5:30 petang pun dah ramai orang yang duduk makan serta beratur order makanan. Jadi memang betullah review2 yang saya baca dalam Instagram dan Blog bahawa Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut ni memang famous. Sampai kena beratur IN & OUT supaya sistem
peng-order-an berjalan lancar. Walaupun ianya hanya beroperasi di gerai biasa tepi jalan dan bukan restoran yang cosy, namun pelanggan tetap tak putus-putus. Dan dengar khabarnya, ada beberapa orang artis pun pernah makan kat sini. Wahhh. hebat kan! Penangan nama exotic "Wak Kentut". Satu jenama yang catchty tetapi membuahkan hasil.
Menunya hanya Nasi Lemak Ayam Goreng sahaja.
Tak ada menu lain.
Nasi lemak telur pun tak ada. Tapi tak tahulah kena request baru diaorg gorengkan kot.
Lagi 2 orang nak sampai saya untuk order.
Dah sampai mula2 kena pilih bahagian ayam yang kita nak. Contohnya bahagian peha ke, kepak ke dan lain-lain. Lepas tu ayam tu akan diambil untuk dipotong. Dan kita boleh ke bahagian ambil nasi pula. Panas2 lagi nasinya. Then boleh ke kaunter order air dan buat bayaran kat situ terus.
Biasa je nasi lemaknya.
Saya pernah makan nasi lemak yang lagi sedap dari ni ok.
Cuma kat sini specialnya ayam goreng panas2 dan nasi panas2 tu je lah.
Yang lain2 seperti nasi lemak biasa je.
Mungkin viralsnya Nasi Lemak Wak Kentut ni di media-media sosial menyebabkan ramai org yang makan kat sini.
Ayyunie cakap "kalau makan nasi lemak ni, kita nanti kentut tak berhenti-henti ke ibu"?
Hihi... Sudahnya dia dan Aleesya tak nak makan Nasi Lemak tu.
Mujur ada orang jual Yong Tau Fu betul-betul sebelah gerai Nasi Lemak tu.
Sedap juga. Penuh 1 mangkuk besar tu budak2 ni makan.
Ayyunie yang kekenyangan dengan steamboat.
See, penuh dengan pelanggan di depan, kiri dan kanan yang makan Nasi Lemak Wak Kentut.
Kepada sesiapa yang nak ke sini, boleh lah ke Taman Kulai Utama, Jalan Susur 2 di Kulai.
Paling senang, jumpa Public Bank Di Kulai, masuk lorong tu, dan terus ke penghujung bangunan. Nanti nampaklah gerai "Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut".
Selamat Mencuba rasa.
No comments:
Post a Comment