Wednesday, January 21, 2015

Resepi Spagetti Carbonara Qu Puteh katanya


Lately, masak semua nak yang simple2 dan ringkas je. Tapi hasilnya tetap nak 5 bintang kan. Ni gara2 semua kejar masa. Yang anak-anak pula kejar masa kelas tu kelas ni. Tapi apa pun ibadah yang wajib mahupun yang sunat, harap tidak ketinggalan.

Ok jom saya kongsikan resepi Spagetti Carbonara semudah 123 ni.

1. Rebus spaggeti dalam air yang mendidih lebih kurang 10 minit. Sebelum tu titiskan beberapa titik minyak dan masukkan secubit garam agar spaggeti tidak melekat satu sama lain.

2. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Bila naik bau, masukkan potongan sosej, potongan crab meat, potongan bebola daging dan potongan cendawan dalam tin.

3. Bila dah agak garing, masukkan 1 tin sos carbonara prego ke dalam bahan-bahan yang digoreng tadi. Masukkan setengah tin air. Tunggu mengelegak. Kalau suka boleh masukkan 3 sudu susu penuh krim untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali boleh masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

Hidang makan panas-panas. Boleh dibuat menu breakfast mahupun dinner juga. Yummy!

Alhamdulillah. Anak-anak suka!

Ada cerita best juga masa anak-anak makan spagetti carbonara ni.


Haha, lawaklah Ayyunie. Memang fenomena Qu Puteh sungguh!

Tu tak tengok Ayyunie buat parody Qu Puteh lagi. Siap jari kat pipi sana pipi sini.

Apa2 pun selamat mencuba Spagetti Carbonara Qu Puteh ni!

Post a Comment