Wednesday, February 4, 2015

Pertama kali makan Ambuyat di Brunei



Last time ke Brunei tidak berkesempatan untuk makan Ambuyat. Kali ini alhamdulillah, dapat juga menikmati Ambuyat.

Ambuyat ni dibuat dari tepung kanji kalau tak silap. Dimakan pula dengan sambal binjai campur tempoyak. Fuhhh memang sedap. 

Btw Ambuyat ni makanan tradisi Brunei, tapi sekarang dah menular ke sebahagian kawasan Sarawak dan Sabah.

Cara makan kena makan dengan Candas. Candas tu macam chop stick kayu yang bersambung kat hujungnya.


Cucuk, angkat, gulung.
Cucuk, angkat, gulung.
Cucuk, angkat, gulung.

Begitulah cara untuk makannya.


Mula-mula tu rasa kekok je nak makan. Tapi bila dah semi-pro cara nak makan, rasa tak cukup pula. Hihi..

Antara lauk sampingan lain adalah aneka sayur goreng. Saya pilih pakis goreng. Dan aneka ayam/daging sambal. Saya pilih daging sambal. Nak rasa macam rendang daging pun ya serta ikan goreng garing. Ulam dan sambal belacan wajib ada ya. Baru kick rasanya!

Alhamdulillah, sedap dimulut, kenyang di perut. Next time makan lagi.. Insyallah..




Post a Comment