Misi tercapai, target terlaksana!
Gambar2 diatas adalah gambar2 Kontena kedua yang sampai di Brunei.
Stok CocoDamia untuk Sole Distributer di Brunei dan juga ejen dari Miri, Sarawak.
Alhamdulillah.
Meeting2 bersama distributer dan ejen yang tidak kenal erti putus asa. Malam jam 12 tengahmalam atau 1 pagi baru sampai hotel. Dan akhirnya membuahkan hasil.
Yang uniknya saya usahawan paling muda antara ramai2 usahawan diatas. Ada yang berstatus Datin. Ada yang berstatus Dr. Dan ada yang dah supply produk ke seluruh pasaraya di Malaysia pun. Dan saya sedang menimba pengalaman dari mereka yang lebih berpengalaman dan pengetahun.
Kebanyakan daripada mereka berusia 50an dan 60an. Salute dengan usaha mereka walaupun dah berusia. Yanv penting jati diri kan.
Mereka kata saya bertuah sebab bermula dari usia muda. Kerana ramai antara mereka yang bermula selepas pencen.
Whatever, kita sekarang adalah apa yang kita sangkakan dahulu, dan kita akan datang, adalah apa yang kita sangkakan sekarang. Semoga Allah memberi skrip kehidupan terbaik utk saya dan keluarga pada masa akan datang. Kerana semua datang dengan IzinNya.
Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment