Tuesday, February 17, 2015

Resepi Roti Pita dan Kebab Ayam


Pagi ini Aleesya dan Ayyunie berebut-berebut nak menolong saya siapkan sarapan pagi di dapur. Mereka teruja nak buat dan deco "roti poket" mereka. 

Masing-masing seronok isikan kebab ayam dalam "roti poket" masing2 dan deko2 dengan sos dan mayonis. Sampaikan si Ayyunie cakap "uishhh.. Sempit betul poket roti ni, habis sos adik dah leleh-leleh". Hihi..

Bukan susah pun buat Roti pita dan kebab ayam ni. Rasanya tak sampai 10 minit dah siap. Tapi kalau guna isi daging cincang, lama sikit kot sebab daging perlu betul-betul masak.

Jom kita tengok resepi ringkas dibawa ini.


Bahan-bahan untuk membuat kebab ayam:

2 ulas bawang putih dipotong dadu.
1 ulas bawang besar dipotong dadu.
1 tangkai cili besar merah dipotong halus.
Setengah tube isi ayam cincang. (Saya beli jenama Ramly).
2 sudu kecil seasoning maggi
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar mayonis
1/2 batang Timun yang disagat. (Jangan ambil pulur tengahnya)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili besar.
2. Masukkan isi ayam cincang. Goreng sehingga separuh garing.
3. Masukkan seasoning maggi, lada sulah dan garam.
4. Masukkan pula timun yang telah disagat. Masa ni bau kebab akan naik.
5. Tutup api. Gaulkan dalam kuali sos cili dan mayonis tadi. 
6. Masukkan inti kebab tadi dalam poket roti pita.

Walla! Memang best rasanya!


Roti pita pula saya beli jenama Mission. (Itu je kot pilihan yang ada dipasaran). 

Potong 2, bakar diatas pan/kuali sekejap sehingga lembut.

Dan bolehlah terus masukkan inti kebab kedalamnya. Makan panas2. Sedap yang amat.

Selamat mencuba!

P/s: Setengah tube isi ayam cincang dapat 4 keping roti pita yang dipotong 2.

Post a Comment