Alhamdulillah.
Baru berkesempatan nak tulis entry ke Brunei lepas.
Sempena Consumer Fair yang diadakan di ICC Barakas pada 28 Jan hingga 1 Feb 2015.
Dan semestinya sokongan Warga Brunei tidak pernah menghampakan.
Habis selicin-licin stok CocoDamia.
Orang lain berniaga untuk 5 hari.
Tapi kami berniaga 3 haris etengah sahaja stok CocoDamia dah licin.
Allah juga yang maha berkuasa.
Kita dah merancang membawa stok lebih dari pengalaman2 lepas, tapi Allah juga penentunya.
Sampaikan ada customer di Brunei cakap next time kena bawa 1 kontena stok Coklat IQ ni.
Baru semua dapat membeli. Insyallah.
Akan kami usahakan mengikut kemampuan team CocoDamia.
Ok lah jom kita tengok gambar-gambar sepanjang team CocoDamia di Brunei 2.0
Hari pertama lagi sambutan dah mengalakkan.
Mungkin dengan promo2 yang kami bump sebelum ke Brunei, menyebabkan warga Brunei tak sabar-sabar nak jumpa team CocoDamia dan sekaligus beli Coklat IQ dan Cereal Cup CocoDamia.
Hari pertama lagi stok Coklat IQ CocoDamia dah makin susut.
Sambutan yang amat mengalakkan walaupun hari pertama.
Kat sini ada 4 dewan khas yang menempatkan pada usahawan2 dan peniaga2.
Alhamdulillah, kalini CocoDamia dapat di dewan yang paling hot.
Saya dan staff.
Bersemangat kami pada hari pertama.
Dikelilingi aura positif dan sentiasa motivasikan diri.
Ya Allah. Ini memang betul2 terkejut.
Terjumpa Owner Sahabat Roselle Marketing di Brunei.
Walhal office dia hanya depan office saya ni sahaja.
15 langkah dah sampai.
Tapi tak pernah jumpa di JB. Terjumpa di Brunei.
(Alhamdulillah, tengahari tadi saya baru balik meeting dengan team Sahabar Roselle, dan mereka bersetuju menjadi pengedar CocoDamia. Terima Kasih Ya Allah. Sebelum ni ada stokis yang dah pernah cuba masukkan CocoDamia ke kedai mereka, tapi no feedback. Mungkin rezeki owner berjumpa owner baru deal ya).
Kenangan bersama oleh Pehin (pangkat di Brunei, macam Menteri) Yahya, selaku Menteri Sumber Manusia di Brunei beserta pegawai-pegawai dari MOA dan FAMA.
Hari kedua di Brunei.
Hotel yang sama saya stay datang last time.
Senang betul hotel ni, restoran dan pasar raya bawah hotel ni je.
Nak beli barang basah ke, barang kering ke, barang emergency ke, semua ada.
Sarapan saya di Brunei. Roti Tumpi.
Sedap! Rangup je.
Hari kedua.
Pun sama sambutan amat mengalakkan.
Masing2 teruja dengan keberkesanan lubanah.
Sekarang baru mereka tahu apa kebaikan lubanah tu.
Waktu solat jumaat, semua perniagaan perlu ditutup sementara dari jam 12 tengahari hingga 2 petang.
So inilah aktiviti kami usahawan2 dan staff2 dari Malaysia.
Masak2 dalam booth untuk makan tengahari.
Kalau tak mana nak cari makanan? Semua tutup.
The Owner of CocoDamia
Business matching untuk distributer-distributer di Brunei.
Bersama hajjah, family kakak angkat saya di Brunei.
Wallawei!
Hari kedua terakhir di ICC Barakas.
Lebih hangat dari hari2 biasa.
Penuh dengan kerumun manusia.
Malamnya, distributer CocoDamia (masa ni belum sah jadi distributer lagi) bawa kami jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan sebelum kami memulakan discussion. Saya pernah ke sini, tapi waktu siang sahaja. Rupanya malam lagi cantik.
Nun disana adalah Masjid Omar Ali. Masjid ke3 tercantik di Dunia kalau tak silap. Kubahnya pula dibuat dari emas padu. Fuhh. Insyallah, semoga satu hari nanti saya dapat solat di Masjid ini pula. Nak solat di masjid anaknya Masjid Hassanil Bolkiah dah tercapai dengan Izin Allah.
Discussion bersama dengan usahawanita2 yang telah berjaya.
Semua ni pangkat mama dan kakak kepada saya.
Ada antara mereka saya panggil mama pun.
Saya je yang baru berusia 30an ramai2 tu.
Insyallah, pengalaman dan ilmu daripada mereka banyak mematangkan saya dalam dunia business.
Yuhuuuuuu..
Hari keempat di Consumer Fair ini. Tepat jam 5 petang. Semua produk2 CocoDamia Sold Out.
Terima Kasih Ya Allah kerana perkenankan permintaan hambaMU ini.
Habis cepat, makanya bolehlah kami round2 sambil cuci mata dan sambil cuci poket di Consumer Fair ni kan.
Bukan main lagi my staff shopping baju dan tudung untuk dia dan keluarga.
Sejurus sahaja pelanggan terakhir CocoDamia membeli produk terakhir kami, wartawan dan videographer yang tengah interview pihak FAMA disebelah, terus datang menerpa kami termasuklah pelanggan terakhir kami tu. Sepatutnya slot interview saya keesokan harinya. Tapi disebabkan kami habis awal, maka time tu juga di buat slot interview tu.
Saya yang diwawancarakan.
Walaupun produk dah habis, tapi tester dan name card masih ada lagi.
Jadi sesiapa yang nak beli, boleh rasa, kemudian ambil name card, dan boleh buat pembelian online atau stokis sah kami.
Kami tinggalkan gitu je tester dan name card. Lepas tu kami pun pergi jalan-jalan. Hihi.
Malamnya meeting lagi bersama distributer.
Alhamdulillah. Distributer layan kami seperti VVIP dengan pengangkutannya, dengan layanannya. Syukur dipermudahkan segala urusan.
Kakak angkat saya, hajjah yang bawa kami makan Ambuyat.
Saya yang request. Hihi.
Kemudian bawa saya solat di Masjid Hassanil Bolkiah pula.
Pun saya yang request. Hihi.
Lepas tu bawa saya ke ICC semula.
Kami tak ada buat apa sebab kehabisan stok.
So, tolong usahawan2 lain pula.
Last day di Bumi Brunei.
Check-out siap2 tengahari.
Then terus ke stor untuk melihat stok CocoDamia yang baru tiba dari kontena ke-2.
Zup zap zup zap tulis siap2 nama2 distributer dan ejen2 yang akan ambil stok ni, dan penuh tawakal tinggalkan stok di stor ejen forwarding mengharapkan agar distributer2 dan ejen2 ambil barang disini.
Dan Alhamdulillah. Semuanya beres.
Terima kasih Ya Allah.
Jam 1:30 petang di Airport Brunei.
Flight jam 4:25 petang.
Lama juga menunggu di aiport. Habis tempat dah kami round.
Kalau besar macam KLIA ok gak.
Ni kecik aje.
Last2 lepak kat Starbuck aje lah sambil tunggu boarding time.
Bye bye Brunei.
Insyaallah ada rezeki, kami team CocoDamia datang lagi!
Brunei yang sangat menenangkan serta mendamaikan.
Kami sampai KLIA2 awal 15 minit dari waktu sepatutnya.
Sementara nak tunggu ayah damia tiba dari JB ke KLIA2, sempatlah kami shopping di KLIA2 tu.
Wowwwwww! Banyak promosi hebat2 sempena Chinese New Year!
Saya banyak grab baju anak-anak je kat KLIA2 tu. (Harga yang tak sangka2 after less.)
Sebab kat Brunei saya dah shopping baju2 saya...Opsss!
Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment