Wednesday, September 3, 2014

Corat-coret Kenangan kami di Brunei

Perhatian, perhatian..

Entry ni mengandungi banyak sangat gambar.
Jadi jimat masa readers semua untuk baca panjang-panjang kan.
Just cuci-cuci mata tgk gambar sambil baca caption sikit-sikit je.

Oraitt..semua gambar2 dibawah ni adalah kenangan kami ke Brunei pada penghujung Jun dan Awal Ramadan yang lepas. Gambar bukan main banyak lagi dalam handphone. Tapi nak upload punyalah berzaman ya. Tak pe tak pe. Kalini kita upload kaw-kaw agar kenangan yang terpahat sentiasa berada dimata dan ingat dihati. Tapi gambar kelam kabut lah ya. Kejap kat situ kejap kat sini. Asal kalian boleh faham dan cuci mata sudah. Hihi
(Lepas tu bolehlah delete gambar2 ni dalam handphone kan...hihi)


Hari pertama sampai. Jalan-jalan ke pasar gadong.
Murah-murah weeeiii.


Lepas tu ke Pasar Tamu pula.
Macam2 ada.
Yang pelik tauge jeruk pun ada. Hihi..


Nasi pusu.
50 sen Brunei Dollar.
Sedapnya.
Pagi2 saya makan ni lah.


Hari pertama di Asean Consumer Fair.
Selama seminggu kami di Brunei, ni lah tempat tidur dan rehat anak-anak.


Selepas Majlis Perasmian, Pangeran (macam  Menteri kot kalau kat Malaysia) datang melawat ke booth-booth. Pangeran dah rasa dan katanya sedap! Boleh pergi jauh CocoDamia ni.


Saya berkenan betul seterika comel ni.
Ringan dan Fleksibel.
Ni saya jumpa kat booth Taiwan.
Owner buat demo pun guna bahasa mandarin je.
Dia tak pandai bahasa inggeris.
Sudahnya saya yang kena terjemahkan pada pelanggan. Hikss.
Oh ya harga pun boleh tahan mahal.
BD$80.


Demo tapak kasut yang bagus!


Both Damias bersama maskot Mat Kool


Singgah pasar malam gadong untuk beli makanan malam.
Al-maklum lah kat Brunei kedai tutup awal.
Hanya pasar malam sahaja yang tutup lewat.


Ayyunie cek mata.
Alamak, katanya ada rabun.
Tapi tak pernah dengar pulak komen Ayyunie cakap tak nampak.
Kena follow up cepat2 ni.


Budak2 memang suka yang amat kalau dah rasa sekali CocoDamia ni.
Ibu bapa pula teruja kalau tahu kebaikan Lubanah dalam CocoDamia ni.


Murah giler.
1 set hanya BD$3.50 sahaja.
Ada nasi, ayam seketul, mashed potato dan siap air gas.


Singgah pasar malam gadong lagi.
Kalini saya dah addicted daging palas. (Ingat2 lupa nama)
Dijual sebungkus2 dalam daun palas tu.
Sedap yang amat.
Manis2 lemak2.
Makan nasi panas2 dengan daging palas pun dah nikmat.
Harga baru BD$1.


Saya beli ikan tuna bakar pun baru BD$3.
Tak habis makan seekor ikan 4 beranak. Besar sangat.


Hah tu daging palas dalam bungkusan kat atas tu.


Amik peluang jalan2 ke Booth Thailand.
Masuk2 je Pavillion Thailand, semerbak bau durian.


Percaya tak? Ramai giler orang beratur kat booth makcik buat som tam ni.
Termasuklah saya..hihi..



Satu bekas BD$4.
Memang untung berniaga kat Brunei ni.


Cantik payung2 kat Pavillion Thailand.


Adik2 yang jual kain songket betul-betul berhadapan booth CocoDamia.
Hari2 rasa tester.
Last2 wajib beli ya.
Diaorg pun hairan apesal orang ramai sangat beli CocoDamia ni.
Oh ya, kain songket tu tau tak berapa harga? 
BD$1000 ok..
Perghhh.


Tumpi!
Sedap makan dengan kari.
Kat Brunei tak ada roti canai katanya.


Salah satu sebab kenapa CocoDamia paling cepat habis stok di Brunei adalah ramai ejen2 dan stokis yang beli borong. Tu senang jual dengan izin Allah. Sorang2 ambil 1 katon,2 katon, 5 katon.
Alhamdulillah. Sudah tertulis rezeki kami di Brunei.


Siap buat benda alah ni tanda terima kasih kami kepada Warga Brunei.


Sempat lagi Ayyunie pakai henna kat tangannya. Bersungguh2 dia nak pakai tau. Pengalaman pertama ni.


Happynya dia.
Sebelah tangan upah BD$4.


Kat sinilah gudang yang simpan stok kami dari Malaysia dengan Kontena.


CocoDamia paling awal tutup booth.
Nak jual apa lagi? Semua dah licin selicinnya. Dengan kotak-kotak kosong pun org nak beli tau. Fenomena CocoDamia betul di Brunei ni.


Walaupun dah licin selicinnya, masih ada lagi yang nak jadi ejen dan stokis CocoDamia. Tu perbincangan serius tengah berlaku. Rupa2nya En ni pernah tahu dan dengar pasal CocoDamia masa di ke KL sebelumnya. Katanya tak sangka boleh jumpa di Brunei.


Dan inilah kemuncak kami di Brunei.
Siap ambil gambar studio lagi utk dijadikan kenangan manis kami di Brunei. Kebetulan Snapfeed ni pun ada buka booth dan ambil gambar free je. Wajib ambil peluang kan. See ayah damia buat muka!


Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat Allah yang pinjamkan kepada kami. Semoga dengan nikmat ini Kami dapat berkongsi rezeki dan menambah nilai utk masyarakat diluar sana. Semoga Allah majukan dan memberikan perniagaan yang menguntungkan kepada kami dan jauhi dari kerugian. Aaaminn.

Insyallah, CocoDamia bakal menembusi pasaran Asean seterusnya. Semalam dah dapat call CONFIRM!
Allah maha besar!




























No comments: