Saya memang bukan pengemar air masak sejak dari dulu lagi.
Kalau nak habiskan segelas air masak tu puas kena paksa dengan mak.
Barulah minum.
Itupun panjang anak tekak menelan air masak.
Kalau gi sekolah dulu, sebotol air bawak pergi, sebotol air juga bawak balik.
Ishh ishh ishh..betapanya saya tak suka minum air masak.
Lama-lama, wujud kesedaran sendiri betapa pentingnya ais masak untuk sistem badan kita. Then saya try masukkan limau nipis atau lemon untuk galakkan diri sendiri minum air masak. At least air tu ada perasalah konon2nya. Dan alhamdulillah, berjaya jugalah saya minum walaupun cuma 2 gelas sehari dan kadang2 on off minum.
Tetiba sejak akhir2 ni, ternampak virals pula kat FB dan IG pasal detox drink ni. Why not saya cubakan. Alang2 memang dah minum air masak perasa lemon atau limau nipis, just tambah timun dan apple merah sahaja.
Kata orang, air kita minum, toxin kita buang.
Dan pagi ini saya trylah minumnya. Alhamdulillah. Tak jauh beza dengan rasa air masak perasa elmon sebelum ni. Cuma kalini ada rasa timun juga. Saya memang pengemar timun. So, luluskan minuman ini untuk saya minum setiap hari. Semoga istiqamah sahaja. Takut awal2 bersemangat2, lama2 tak minum tu je. Oh ya, rasa apple tu masih belum dapat dirasai sepenuhnya lagi. Atau memang tak akan rasa apple tu sebenarnya?
Ok, kepada readers semua yang nak tahu apa kebaikan detox drink ni, bolehlah google ya. Insyallah banyak manfaatnya walaupun nampak simple sebegini.
p/s: Pinjam bekas air Ayyunie yang dibeli di USS tempohari. Saja nak bagi semangat minum air masak kan, so bekas air pun memainkan peranan penting juga tu. Marah juga Ayyunie mula2, pastu saya sogok beli yakult untuk stock 20 hari, terus dia tak marah. Hahaha..
No comments:
Post a Comment