Friday, September 19, 2014

Selamat Menjalani Pembedahan

Alhamdulillah, mak mertua saya selamat menjalani pembedahan.

Walaupun balik Kelantan 2 hari sahaja dalam keadaan tergesa-gesa dan schedule kerja full, namun ibu bapa tetap diutamakan.

Semoga ibu mertua saya cepat sembuh! Dan semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna untuk kedua-dua mertua dan mak saya.


Hari pertama (selasa) sampai kelantan, terus ke Hospital HUSM untuk tgk ibu mertua saya. Ramai saudara mara yang datang menziarahinya.


Hari kedua (rabu) di Kelantan, cukup 8 anak-anak ibu mertua saya dihospital. Ada yang baru tiba dengan flight pagi tersebut. Gambar diatas beberapa jam sebelum masuk bilik pembedahan.


Ibu mertua saya yang get ready utk masuk bilik pembedahan. Sedih melihat ipar duai saya yang sebak melihat kesayuan diwajah ibu mertua saya.


Selepas 6 jam di bilik pembedahan. Alhamdulillah. Semua selesai. Mujurnya adik ipar dan biras saya adalah doktor. So sedikit banyak kami lebih faham akan proses pembedahan ini.

Syukur semuanya selesai dan selamat.

Semalam kami bertolak dari KB ke JB jam 11:30 pagi. Sampai JB lebih kurang jam 11:30 malam. Kami banyak berhenti sebab penat yang amat. Lagipun ayah damia pun penat. Non-stop driving start sebelum cuti sekolah lagi ke negeri tu, ke negeri ni. Kalau berehat pun kejap je tak betul2 menghayati erti REHAT.

Dan sekarang saya dan ayah damia tengah tunggu org Harian Metro utk shooting di Kilang CocoDamia lepas solat jumaat nanti. Kalau tak memang kami tak balik lagi dari Kelantan. Semoga semua urusan kerja kami dipermudahkan. 

P/s: Terima kasih kawan2 yang tag video/gambar saya keluar dalam dokumentari Islam di TV Al-Hijrah, 17/09/14, jam 10 malam. 2 kali slot CocoDamia keluar. Ada masa nanti saya upload video tu dalam blog ya.

Terima kasih Ya Allah.

No comments: