Tuesday, September 2, 2014

Marhaban dan Jamuan Hari Raya Pusat Bahasa Pelangi

Cerita beberapa minggu lepas.
Yang berlaku pada 13 Ogos 2014.
Kisah hari rabu malam khamis.
Pusat Bahasa Pelangi mengadakan Jamuan Hari Raya serta marhaban beramai-ramai bersama para staffs dan para pelajar.


Dah macam kenduri menyambut menantu dah riuhnya. Masing2 ada tugasan masing. Ni para pelajar dan guru sedang menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Aleesya dan Ayyunie pun sibuk nak menolong.


Lepas tu Ayyunie tolong staff saya masukkan duit raya dalam sampul. Tq Cikgu Mazlan yang sponsor sampul JDT tu.


Makanan? Fuhhh tak terkira banyaknya. Pihak tuisyen memang ada sediakan makanan utama iaitu meehoon goreng dan mee goreng dalam tray beserta air. Katering je. Tapi masih ramai para pelajar dan guru yang membawa pot luck masing2. Memang terbaik makanan hari tersebut. Yang tak habis bertukar2 bekas isi makanan untuk dibawa balik.


Marhaban pun bermula.


Sayu dan penuh keinsafan pabila alunan marhaban dibaca.


Lepas tu apa lagi? Acara makan-makan lah kan. Masing2 mengambil makanan dan makan dimana2 bilik yang disukai. Ater pilih je bilik mana. Hihi..happynya tgk anak-anak ceria kat atas.


Ni kakak-kakak form 5. Terselit Aleesya kat situ. Sukalah dia ada org melayan sakan dia. 


Ni semua pelajar2 form 3. Bersila bagai makan ya!


Ni pulak abang2 dan kakak2 form 5 lagi! Masing2 control makan sebab ada cikgu lelaki kat depan tu.


Ni geng2 yang menambah dan makan kat luar. Untung makan kat luar, asyik menambah je kerjanya.. Hihi..


Ada rupa Mr. arrogant tak? Hihi.. 


Staff-staff saya! Malu2 semua. Makan kat celah meja dah semua ni.


Sesi penyampaian hadiah untuk 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan yang terbaik pakaiannya.


Ni lah pemenang lelaki. Style wak doyok katanya.


Ni pun sama style wak doyok juga. Ntah kenapa student lain yang berpakaian baju melayu tak lengkap pakaiannya. Ada yang tak pakai samping, ada yang tak pakai songkok.


Ni pemenang kategori perempuan. Ntah kenapa semua cikgu pilih baju ni pakaian terbaik. Bling2 penuh baju agaknya.


Dan ni pun kategori pemenang perempuan. Pun ada bling bling. Hihi..


Dan semestinya acara pemberian duit raya yang dinanti2 kan oleh semua pelajar. Tak kira kecik besar, semua beratur ambil duit raya.


Selfie wajib ada!


Dan terima kasih kepada semua tenaga kerja pusat bahasa pelangi serta para pelajar atas komitmen yang anda berikan. Yang tak dapat hadir, no worries, insyallah tahun depan kita buat lagi.


















No comments: