Sejak awal tahun 2014, saya dapati yang Ayyunie dah boleh membaca dengan penuh yakin dan agak lancar. Bukan lancar membaca buku sekolahnya sahaja, malah lancar juga membaca signboard2, baca risalah/pemplet yang sampai dirumah, serta baca subtittle di TV walaupun masih merangkak-rangkak untuk perkataan yang agak panjang seperti "perpustakaan" atau "perbadanan". Walaupun kadang2 sebutannya salah, tapi janganlah kita mentertawakannya, malah perlu diperbaikinya.
Namun sejak akhir-akhir ini, saya nampak yang improvement dia semakin bagus. Dah boleh membaca suratkhabar dan juga dah boleh baca surat-surat rasmi yang sampai dirumah serta office saya. Bukan itu sahaja, malah sms atau whatapps dalam handphone saya pun dia dah boleh baca dan faham apa yang ditulis.
Alhamdulillah.
Yang saya perhatikan Ayyunie ni, dia rajin. Ya dia rajin. Walaupun dia ni petah berkata2 dan suka bermain, tapi dia rajin nak mencuba. Kalau dia tak pandai baca atau teragak2 nak baca, selagi tu lah dia akan bertanya kepada kita " ibu, ni macam mana baca?".
Selagi tak bagi jawapan, selagi tu dia akan bertanya sampai kita rimassss.
Dan saya percaya, sebab dia rajin nak mencuba dan membacalah, faktor dia agak cepat membaca dengan lancar. Oh ya, walaupun usia dia baru 5 tahun, tapi di tadika dia masuk kelas 6 tahun ya. Ini bermakna tahun depan dia 6 tahun pun masih duduk kelas yang sama.
Kenapa jadi macam tu? Sebab Ayyunie cepat sangat masuk tadika. Usia dia 2 tahun 8 bulan (3 tahun) dah masuk tadika. Tadika yang betul2 mengajar ikut silibus ya. Bukan nursery mahupun tadika yang kejap2 main, kejap main. So dari sini lah saya dapat lihat improvement disiplin serta tahap pendidikan dia yang semakin bagus. Disamping saya dan ayahnya pun turut serta cuba mengajarnya dirumah. Sesibuk mana pun kita, hak bersama anak-anak jangan diabaikan.
Terima kasih kepada guru2 tadika yang bersabar melayani kerenah2 dan peel2 macam2 budak sehingga pandai mengajar mereka membaca terutamanya guru2 anak2 saya.
Kalau dengar betul2, bacaan Ayyunie dalam video diatas agak telor. Ya! Telor macam amoi2 baca. Memang haruslah kan. Kata tadika cina. Kawan2 pun ramai cina. Kadang2 cakap ngan saya atau ayah atau kakaknya pun telor cina. Tak pe, jangan paksa2 betulkan telornya. Nanti lama2 ia akan betul sendiri. Janji dia boleh baca dan faham maksudnya.
p/s: Kalau tanya Ayyunie kenapa adik pandai ya? Dia jawab 'kan hari2 adik makan Coklat IQ CocoDamia, memanglah pandai!"..hahaha.. (tapi ada juga on off makannya. ikut mood dia)
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment