Tuesday, September 16, 2014

CocoDamia dalam Sinar Harian 15/09/2014

Bersiaran dari Kelantan.

Baru ahad lepas sampai JB, pagi ni dah ada kat KB pula. Bertolak lepas maghrib semalam, berhenti kat beberapa pitstop dan Alhamdulillah pagi ini sampai di bumi kelantan.

Perjalanan yang tidak dirancang awal. Keputusan nak balik kelantan pun drastik dalam jam 10 pagi semalam buat keputusan. Balik kelantan kerana mak mertua saya masuk wad dan esok (rabu) akan dijalankan pembedahan. Sebab tu tergesa-gesa balik.

Semoga semuanya esok berjalan dengan lancar.


Semalam cerita CocoDamia masuk paper lagi. Kali ini kali kedua masuk paper Sinar Harian. Terima kasih kepada wartawan dan Sinar Harian kerana memberi peluang kepada CocoDamia untuk lebih publisiti. Saya dan team CocoDamia yang lain amat suka akan artikel kali ini. Ringkas tetapi padat! Sesi interview telah diadakan ketika saya di Halfest 2014 2 minggu lepas.

Lebih dari 700 usahawan yang berkampung di Halfest 2014. Namun Allah telah menghantar wartawan Sinar Harian kepada CocoDamia untuk antara yang terpilih masuk suratkhabar. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. Sememangnya rezeki itu milik dan rahsia Allah.

Ikhlas! Saya tak tahu pun yang cerita CocoDamia akan keluar paper semalam. Namun ramai rakan2 sekolah, customer dan kenalan yang telah whatapps dan tag saya di FB. Terima kasih kalian semua kerana mengingati saya dan CocoDamia. Semoga kita semua diberkati dan dilimpahi kurniaan daripadaNya.

Impak dari Sinar Harian semalam, jujur saya katakan pertambahan untuk ejen dan stokis memang luar biasa. Kebanyakannya dari prospek dan pengunjung Halfest 2014 itu sendiri. Syukur aura positif di Halfest 2014 menjadi-jadi.

Kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis, boleh hubungi/sms 010-6468383. Insyallah yang banyak kita kongsi, yang sikit kita agih-agihkan.

Wassalam.

No comments: