Wednesday, September 24, 2014

Fenomena makanan Nachos

Supreme beef Chilis Nachos

Makanan fenomena sekarang.
Nachos!

Saya jujurnya tak tahu pun Nachos tu apa.
Saya tahu pun masa di Halal Fest 2014.

Saya hairan apesal ramai benar orang bawa Nachos ni.
Setiap kali ada orang bawa Nachos ni, mesti ramai je mata memandang ke arah Nachos ni.
Ada tu siap berhenti tanya kat org yang bawa Nachos ni beli kat mana.

Begitu juga saya.
Terpengaruh punya pasal.
Bagus bagus? Guerilla Marketing menjadi!
Siap tanya adik yang beli Nachos tu beli kat mana.
Lepas saya tahu tempat tu, cepat2 saya pergi tempat Nachos ni dijual.
Makkk aiii...beratur panjang hokey nak beli Nachos ni.

Saya siap tanya lagi "How to pronounce it"..
Hahaha..budget mat salleh lah sangat siap tanya dalam english.

Oh ya harga pun boleh tahan.
RM 11 untuk sebekas macam ni.

Tapi Nachos tu apa?
Nachos ni bahan utama adalah Kerepek Tortilla, dimakan dengan keju cair atasnya.
Tapi yang saya makan ni telah diinovasi ada daging cincang bagai pula.
Rasanya ada rasa paprika dan masala. Hurmmm memang sedap.
Walaupun daging cincang panas2 diletakkan atas tortilla ni, kerepek tu tak lemau. Still rangup lagi.
Boleh tahan sedap juga rasanya. Sekali sekala makan nak rasa boleh lah.



Post a Comment