Friday, September 26, 2014

Resepi Baked Spagetti & Meatballs


Tara! 
Inilah sarapan kami dan bekalan untuk Ayyunie hari ini.
Baked Spagetti & Meatballs.
Gambar kat atas tu sedia untuk dibakar.

Oh ya, saya tak guna spagetti kalini.
Saya guna meegetii.
Meegetti tu apa pula?
Macam spagetti juga, cuma lebih lembut. Dan yang bestnya keluaran Bumiputera.

Meatballs dan keju yang saya guna pun keluaran Bumiputera juga. Yeayyy jom sokong produk2 keluaran Bumiputera. Cuma sos original spagetti tu sahaja yang saya masih tak jumpa keluaran bumiputera. Kalau ada sesiapa yang tahu, please let me know ya!


Ok. Jom tengok resepi mudah Baked spagetti & meatballs ni step by step.

1. Mula2 rebus meegetti. Jangan lupa masukkan beberapa titik minyak untuk elakkan meegetti melekat2 ya.

2. Lepas dah agak lembut, toskan meegetti. Kemudian masukkan dalam bekas kaca yang sesuai untuk dibakar dalam oven.

3. Dalam kuali, masak kuah spagetti seperti biasa. Saya tumis bawang putih, tomato dadu dan bawang besar, kemudian masukkan daging kisar dan sosej yang dihiris. Dah agak garing, masukkan sos tomato, sos cili dan sos asli spagetti asli. Dah masak, tuangkan atas meegetti tadi.

4. Kemudian masukkan meatballs yang telah digoreng dalam meegetti. Susun cantik2. Dan tuangkan baki sos spagetti yang dimasak tadi.

5. Taburkan keju dan daun seleri.

6. Bakar dalam mode "top" dalam 15 minit dengan suhu 270'c. 

Gambar saya lepas bakar tu agak hangit. Sebab lepas 15 minit bakar, saya masih tak keluarkan bekas tu dari oven. Macam2 benda nak buat katakan. Tapi rasa still ok. Garing2 gitukan. 

Ok selamat mencuba! 
Pasti anak2 anda mengemarinya.

No comments: