Malam minggu makan di mana?
Malam minggu makan di D'Lanun Steamboat & Grilled.
Kebetulan hari sabtu haritu balik dari kilang CocoDamia lepas isyak, anak-anak pun ikut sama ke kilang, terus menuju ke Bandar Baru Uda untuk makan. Puas juga memusing-musing cari tempat nak makan, konon tak nak makan nasi, nak makan yang simple2 gitu, last2 mulut saya cakap kat ayah damia "jom makan steamboat nak bang?". Tu yang boleh sampai ke sini.
Lokasi kedai ni adalah terletak di
No25A-27A, Jalan Padi Emas 6/2,
Bandar Baru Uda
(Belakang RHB Bank Bandar Baru Uda)
Saya tahu tempat ni pun staff yang cakap pernah makan kat sini.
Both Damias lah yang suka makan kat kedai macam ni.
Boleh main masak-masak lah katakan.
Aneka fresh food.
Satay pun ada.
Aleesya memang kaki makan sate.
Tapi ikut mood juga. Kalau kuah tak sedap, tak makan juga.
Bagusnya kat sini tak ada air bergas.
Ayyunie tak habis2 dengan bebola2nya.
Ayyunie lebih suka makan steamboat berbanding kami yang suka grilled.
Sayur pun banyak sangat pilihan.
ABC, buah-buah dan aneka bubur pun ada.
Marilah kita mula makan ya.
Anak2 memang pucuk dicita, ulam mendatang kalau ke kedai sebegini.
Ibu ayah hanya duduk sahaja.
Aleesya dan Ayyunie yang akan ambilkan makanan dan masak untuk kami..;-)
Happy anak2 setelah separuh hari menolong ibu kat kilang CocoDamia.
Balik??? Fuhhh...semerbak je bau asap kat baju dan tudung ya.
Apa2 pun Alhamdulillah..
Rezeki dikongsi bersama keluarga tercinta.
Dewasa RM24.00
Kanak2 RM10.00
Selain itu, ada juga menu Ala-carte.
- Ikan bakar petai
- Asam pedas claypot
- Western food
- Nasi Ayam penyet
- Pecal lele
- Nasi goreng Parit Raja.
- Maggi ketam
dan aneka mee/kuew tiaw/meehoon pun ada.
Tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment