Saturday, February 14, 2015

Production Non-stop angkara permintaan CocoDamia yang luar biasa


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Hebatnya skripMU untuk CocoDamia Ya Allah.

Kerana permintaan Coklat IQ yang luar biasa dan nak kejar stok Coklat IQ sebelum cuti Raya Cina, buat pertama kalinya semalam (jumaat- 13/2/2015), production CocoDamia Non-Stop dari jam 7:30 pagi hingga jam 1 pagi. Target jam 4 pagi baru siap semua order dan stok, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan siap cepat dari target awal.

Buat pertama kalinya juga, CocoDamia ada 4 shiff kerja. Masuk 8 pagi, 10 pagi, 2 petang dan 8 malam.

Terima kasih team CocoDamia yang sangat supportive dan memberi komitmen terbaik. Walaupun ada yang hampir pengsan (kisah benar ni), ada yang sakit2 pinggang, ada yang kejang kaki, namun semuanya tak merungut. Cuma stress sikit2 tu biasalah. Tiada manusia yang sempurna kan. Tanpa kalian semua CocoDamia takkan berada sampai tahap ini. Dengan saya dan ayah damia sekali pun turun padang sama2 merasa penat lelah bersama staff semalam. Kami lagilah tak ada shiff. Dari pagi sampai awal pagi..:-)

Alhamdulillah, rezeki perniagaan yang lebih dapat dikongsi bersama-sama staffs. Yang banyak kita bahagi-bahagikan. Yang sikit kita kongsi-kongsikan.


Non-stop chocolate tempering & melting machine ni bekerja semalam. 


Ayah Damia lepas balik solat jumaat, belanja staffs makan aneka bubur untuk hilangkan stress dan agar sentiasa cool. Haha.. 

Semoga perniagaan CocoDamia mendapat keuntungan dunia dan akhirat  serta dapat menambah nilai kepada masyarakat. Aamin aamin..

Kepada yang nak order online, yang nak jadi pengedar atau nak jadi ejen, boleh hubungi talian hotline kami 010-6468383. Last pengeposan adalah hari Isnin ni ya (16-2-2015).

Manakala bagi pembelian sikit-sikit, boleh berhubung dengan stokis/wakil pengedar/kedai muslim (Az-Zain, Sahabat Roselle, Halal Fitrah, Hasanah dll). 

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa.



No comments: