Saturday, August 30, 2014

Nasi Mandy Kambing in the making


Semalam breakfast anak-anak request nak makan nasi goreng dan kambing panggang.


Hari ini lunch anak-anak request nak makan nasi arab pula.

Baiklah anak-anak. Ibu buat Nasi Mandy Kambing ya.

Insyallah nanti saya share resepi mudah dari saya ya.

P/s: Saffron tak ada... Huhu


Friday, August 29, 2014

CocoDamia di Mini Agro Johor Daerah Kulaijaya


Hujung minggu ni tak tahu ke mana?
Jom ke RTC Kulaijaya!
Bermula dari harini 29hb hingga 31 Ogos.
Macam-macam program dan pameran serta jualan ada.
9 pagi sampai 10 malam tu..
Bolehlah membeli belah produk2 usahawan Bumiputera.


Ni saya ambil gambar2 dari FB Agro Johor, al-maklum lah harini tak sempat lagi ke sana. Esok lusa cuba luangkan masa turun ke Kulai. Jom le ramai-ramai.


Ada raptai untuk perasmian esok!
Siap ada asap bagai untuk gimik perasmian esok.


Booth CocoDamia betul2 belakang pentas ni. Duduk kat pentas ni memang nampak booth CocoDamia dan coklat-coklatnya.


Ada demo masakan juga.

Dan macam2 lagi lah.

Kelmarin team CocoDamia di Persada Johor, kemudian bersambung di RTC Kulaijaya pula dan akan berada di Halal Fest di The Mines, Seri Kembangan dari 3-7 Sept ni. Jangan lupa beli Coklat IQ dan Krukk Krakk ya! Pasti bukan sekadar coklat biasa.



Thursday, August 28, 2014

27 Ogos - Berita Nasional TV1 - CocoDamia di Agrobazaar Singapore



Lahirnya CocoDamia kerana Pusat Bahasa Pelangi!
Bukan senang nak menyakinkan orang akan keberkesanan dan kebaikan produk kita. 
Tapi Allah jua yang maha mengetahuinya.

Sebelum mula jual dalam pasaran, naik muak students2 saya makan coklat free ni sebab nak dapatkan hasil testimoni yang berkesan. 

Kini CocoDamia telah berada di Pasaran Singapore melalui Agrobazaar Malaysia di Jalan Sultan Gate.

Selain dari Singapore, boleh juga didapati di Negara Brunei.

Insyallah akan tembusi negara-negara Asean lain dalam masa terdekat ini.

Semoga mendapat sokongan yang padu dari kalian semua untuk menembusi pasaran Malaysia, Asean dan sekaligus negara-negara lain.

Liputan dari Berita Nasional TV1 - 27hb Ogos 2014
CocoDamia,
010-6468383

p/s: Berminat jadi ejen atau stokis? Atau trading nak masukkan ke kedai-kedai?
 Boleh call/sms/wechat 010-6468383


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Keluar TV3 dan TV1


Kelmarin ayah damia keluar dalam berita jam 9 pagi TV3 dan buletin utama TV3. Walaupun sekali imbas je keluar, tapi ramai betul perasan ya bang. Sampaikan gi meeting semalam pun bukan main lagi orang tegur ya. Walhal keluar sekali imbas je. Ya lah ya lah abang femes. Siap ada ramai lagi tolong rekodkan ya.


Dan semalam giliran saya pula keluar TV1 untuk berita wilayah jam 5 petang dan berita nasional jam 8 malam. Sedih sungguh sebab kedua2 slot tu saya tak tahu pun akan keluar dan memang time tu pun tengah driving. Nak tengok ulangan berita kat web TV1 pun tak boleh. Ke saya tak tahu cam mana.... Hihi..


Alih-alih pagi ni ada seorang pegawai FAMA post kat FB ayah damia video berita yang keluar TV1 semalam. Alhamdulillah, dapat jugalah tengok. Sebenarnya nak tengok part interview mana yang keluar. Punyalah panjang sesi interview tu. Yang tang "cocodamia sedap" tu juga lah yang keluar TV ya. Tak pe, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. 

Kalau nak tengok youtube tu, boleh taip tajuk seperti diatas ya. Bolehlah dengar apa yang saya cakap mengenai CocoDamia. Yang pasti sedap! Aaamiin..

P/s: Tengah kursus untuk Matrade Exporter Forum di Pan Pacific Hotel.

Wednesday, August 27, 2014

CocoDamia dalam liputan Agrobazaar di Harian Metro 26/8/2014


Alhamdulillah, selesai sudah lawatan pagi tadi dari wakil-wakil agensi Lembaga Persatuan Peladang, FAMA, Veterinar dan S/U Jab. pertanian HQ untuk urusan MAHA 2014 yang bakal diadakan pada bulan November nanti.

Lepas tu saya bergegas pula ke Bandar untuk urusan2 lain.

Manakala ayah damia pula memang dari awal pagi ada meeting dengan Jab. pertanian dan seterusnya meeting dengan Entrepeneurs Development Centre (EDC) untuk pemilihan produk. 


Straight to the point, Seawal pagi semalam dapat call dari rakan usahawan lain cakap cocodamia dalam berita jam 9 pagi semalam, lepas tu dapat juga whatapps bertalu2 dari rakan2 usahawan lain. Tapi saya dan ayah damia tak sempatlah pulak nak tgk berita tu. Nak tgk ulangan kat Tonton pun tak ada. 

Lepas tu petang semalam ada kawan whatapps saya cakap "eh ni bukan gambar uols naik keretapi kat kluang tu ke?"... Ya lah.. Berdezup gi cari Harian metro petang semalam.


Tak pasti suratkhabar apa lagi yang keluar dan akan keluar. Yang dah dapat schedule dokumentari TV Al-hijrah sahaja.
Walaupun nama cocodamia coverage nya tak besar dan gambar pun kecil je, itu pun dah cukup bangga. Bayangkan, dalam banyak2 usahawan yang masukkan produk dalam Agrobazaar, hanya CocoDamia dan Fatihah Frozen sahaja yang dijemput turut serta dalam tour ini. Terima kasih Ya Allah.



Perasmian Agrobazaar oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapore yang akan diadakan petang ini di Singapore.


Gambar saya bersama ayah damia masa keretapi menjemput kami di  Stesen keretapi Kluang.


Gambar atas tu kecik. Ni hah gambar sebenar kami masa di Stesen Keretapi Kluang.
Semoga Allah permudahkan dan perlancarkan lagi urusan CocoDamia pada hari ini dan masa-masa akan datang.

Tuesday, August 26, 2014

Day 2 - Betul ke saya dah kurus?

Cerita hari ke 2 CocoDamia di Bio Johor 2014.


Alhamdulillah, masih ada yang sudi cakap saya ni kurus..
Ntah kenapa harini ramai yang cakap saya kurus..
Walhal baru semalam ada org komen saya berisi..

Yang paling tak tahan tu, bulan Syawal ni dah dekat 6-8 org tanya saya pregnant berapa bulan?
Fuhhh...sabar je lah kan..
Yang ayah damia pula bantai gelak sakan sambil cakap saya pregnant 3 bulan, tapi tak keluar2 pun dari awal tahun..sampai hati abang tau!

Yang saya perasan, kalau pakai dress kembang ke, jubah labuh ke atau baju yang loose dan macam seluar palazo tu, mulalah org tegur saya pregnant ke atau cepatnya berisi. Saya kan memang suka pakai yang besar2 ni. Tu kot penyumbang org cakap saya pregnant dan berisi.

Baru semalam ex-student saya datang jumpa saya borak2 kat Pusat Tuisyen. Diaorg pun cakap saya gemukkss tau. Tapi saya tak sentap pun sebab alah bisa tegal biasa. Tapi niat dihati tu nak lah kurus supaya cantik didepan suami. Bukan depan mata org lain pun kan.

Tak pe tak pe, uolss jangan terpengaruh tau! Ini semua hanya ILLUSI MATA dan POSITIONING BAJU sahaja.

Ok lah jom layan gambar-gambar kami harini di Bio Johor 2014.


Kami yang singgah sekejap di Persada Johor tengahari tadi. 
Kebetulan terjumpa ramai pula pegawai2 yang berurusan dengan CocoDamia, pegawai2 yang datang audit ke Kilang CocoDamia, dan rakan-rakan usahawan lain yang nak menghadiri kursus halal. Terjumpa kat ruang foyer Persada. Yang paling best sekali, terjumpa juga abang ipar dan biras saya sebagai presenter harini. Memang rezeki terjumpa orang yang kenal je harini.


Dan harini pun, CocoDamia diserbu lagi oleh para pelajar dan guru-guru.
Pelajar2 dari sekolah Fen Yew kalau tak silap.
Mula-mula sorang je rasa dan beli, pastu pakat2 ajak kawan2 pula rasa dan beli.


Masing2 teruja akan kesedapan Coklat IQ dan Krukk Krakk ni.
Confirm kalau dah rasa, rugi tak beli.


Kalau tak cukup duit, pakat2 kongsi beli.


Pelajar2 giat Mara dari Pasir Gudang.
Hah tu terselit gambar abang ipar dan biras saya.
3 usahawan sahaja yang terpilih untuk duduk dalam booth EDC ni.


Bersungguh saya bagi penerangan..hihi..
Tolong jaga sementara staff saya pergi makan dan solat.


Alhamdulillah dengan rezeki dan feedback dari pengunjung harini.
Yang penting biar masyarakat tahu akan makanan yang berkhasiat dan sihat.
Bukan senang nak educated people healthy food termasuk healty chocolate kan.


Rezeki untuk Both Damias harini.
Jabatan Perikanan sponsor ikan gapi bersama akuarium dan makanannya sekali.
Boleh pula terjumpa Tuan yang datang menilai pertandingan usahawan siswazah tempohari.
Tuan tu tanya saya "do you remember me?"
Saya cakap mana boleh saya lupa, tuan lah yang cakap " saya percaya, by the time you're 40, awak seorang jutawan".

Dan sempatlah dia datang ke area booth kami untuk sambung borak-borak. 

Ok lah, esok dah last day kami team CocoDamia di Bio Johor 2014.
Hujung minggu ni kami di MAHA Kulaijaya pula. Then rehat sehari dua terus ke Halal Fest di Seri Kembangan selama 5 hari. 

Kalau kalian nak jumpa kami atau nak jadi dealer/stokis CocoDamia, bolehlah hubungi 010-646 8383. Insyallah mana yang kami boleh kongsi, kami cuba kongsi tak kira dari segi ilmu mahupun rezeki.











Day 1 - "Eduhealth" produk CocoDamia


Alhamdulillah...
Semalam hari pertama kami team CocoDamia di Bio Johor 2014.
Hihi, saya gi kejap je...tu pun tak sempat nak tunggu Menteri Besar kita rasmikan program ni.

Staff saya beritahu, seawal pagi lagi CocoDamia dan  Krukk Krakk telah diserbu oleh pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar kolej dan Universiti serta orang perseorangan yang ke Bio Johor 2014 di Pusat Konvensyen Persada Johor.


Selain dari pameran dan jualan, team CocoDamia juga mengadakan "eduhealth" berkenaan lubanah dalam produk CocoDamia. Sekarang baru mereka tahu, CocoDamia bukan sekadar coklat biasa! Sambutan sampai tak cukup tangan.


Kebanyakan pelajar2 ni beli secara berkumpulan. So memang lebih jimat.


Mula2 pelajar2 ni datang survey2 dan dengar "eduhealth" sahaja, lepas tu ajak kawan2 pun beli sama. 

Siap ada meja perbincangan utk diskus atau santai makan2 coklat Krukk Krakk dan CocoDamia.


Saya yang sempat enterframe! Hiks..


Btw CocoDamia ada 2 booth.
Kat dalam dewan, boleh cari kami di Pavillion EDC yang berkonsepkan bali.
Hanya ada 3 usahawan je dalam tu.


Team Marketing CocoDamia yang hebat dan terbaik!


Kalau kat luar pula boleh dapatkan produk CocoDamia di House of Green.
EDC pun hanya memilih 3 sahaja usahawan yang boleh masuk produknya dalam ni.


Kami dihadapan pintu masuk House of green.
Memang very the exclusive tempat pameran dan jualan CocoDamia kali ini.
Alhamdulillah. CocoDamia terpilih.
Semua dengan IzinNya.


Kepada yang tak sempat datang semalam, No worries, team CocoDamia ada lagi disini pada hari ini dan esok 27hb. Bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja. Pelbagai ilmu dan info2 yang berguna sempena Bio Johor 2014 ini. 

Jom datang ramai-ramai.

Kepada yang berminat nak jadi dealer atau stokis CocoDamia dan Krukk Krakk, jangan segan2 call/sms 010 646 8383 ya. Insyallah, ada rezeki kita bersama.










Sunday, August 24, 2014

Display Box CocoDamia

Yeayyy! Krukk Krakk Energy Bar dan Coklat IQ CocoDamia dah ada rumah dia sendiri. 


Lepas ini lagi senanglah customer, para pelanggan dan prospek nak tengok, capai dan beli produk-produk CocoDamia dimana-mana. 


Koperasi-koperasi sekolah pun ramai yang berminat nak dapatkan display box untuk CocoDamia ni.


Kepada yang nak jadi stokis Krukk Krakk dan Coklat IQ juga layak mendapat display box ni mengikut terma dan syarat perjanjian.


Nampak lebih kemas dan menyakinkan produk CocoDamia! Ya lah, dah masuk oversea kan, kita kena lebih berusaha agar produk kita berprestij dan setaraf dengan produk antarabangsa.


Bos besar CocoDamia! Walaupun harini agak penat kesana kemari, siap sahaja display box ni, tersenyum manis dia. Kalau nak tahu, org sibuk ni senyum pun kelat. Kikiki.. Tapi ni oklah senyum kesyukuran.

Ok siap-siap nak gerak loading stok dan barang di Persada Johor. On the way dah pun ni. Kepada warga Johor dan Singapore, bolehlah datang ramai-ramai ke Persada Johor bermula 25,26 dan 27hb ni dari jam 10 pagi sampai 9 malam. Banyak acara dianjurkan dan produk2 usahawan bumiputera boleh anda beli. 

CocoDamia ada 2 booth! Nanti saya updated nombor booth ya. 

Nak order Coklat IQ dan Krukk Krakk? Call/sms/wechat 010 646 8383.



Saturday, August 23, 2014

Bukan Mudah! Ubah mimpi jadi realiti..



Bukan mudah,
Menyusun tangga,
Ke angkasa.


Bukan mudah,
Mengubah mimpi,
Jadi realiti.


Apa pun jua,
Bisa terbukti,
Andai langkahmu,
Tidak terhenti!


Menuju puncak,
Gemilang cahaya,
Mengukir cita,
Seindah rasa.


Bukan mudah,
Menggapai bintang,
Yang berkelipan.


Bukan mudah,
Jalanan ini,
Untuk diharungi.


Percaya pada diri,
Pada harapan,
Dan keyakinan.


Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menaikkan lagi jenama COCODAMIA ke peringkat antarabangsa terutama FAMA, para media, agensi2 lain serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 

Bermimpilah kamu! 
Kerana mimpi yang menguatkan aura dalaman kita untuk mencapainya dengan izin Allah.





Friday, August 22, 2014

Ada followers saya warga Singapura tak?

Salam jumaat yang barakah.
Harini Malaysia berkabung.
Untuk penghormatan jenazah tragedi MH17.
Saya mulai dengan bacaan Al-Fatihah.


Baiklah, saya ceritakan entry saya hari ini dengan kisah seharian saya dan ayah damia bersama-sama deligasi media tour untuk program Met Fama di Agrobazaar Singapore semalam.

Seawal 6:30 pagi saya dah sampai Hotel Seri Malaysia di Larkin untuk sama2 menaiki bas ke Singapore bersama deligasi media tour dan pegawai2 FAMA (memang saja tak nak masuk dengan kereta sendiri sebab takut tertinggal apa2 info) dan jam 9 malam keluar dari Singapore. Fuhh penat memang penat. Tapi amat berbaloi2 untuk kemajuan dan pencapaian CocoDamia.

Dah keluar dari Singapore tu terus ke Hotel Seri Malaysia untuk ambil kereta dan kemudian saya follow deligasi utk makan bersama2 buat kali terakhir. Ya lah tak tau bila lagi boleh berkumpul macam ni bersama serata media kan. Jam 12 malam baru siap makan semua. Lepas tu cepat2 gi ambil Both Damias di rumah org jaga. Hampir jam 1 pagi baru sampai rumah. Phewww penat tak terkata tapi saya percaya semua ni pasti ada manisnya.

Coverage untuk TV, newspaper, magazine, article, buletin, bloggers dan lain2 medium media massa memang teramat banyak untuk CocoDamia yang dikenali dengan tagline "bukan sekadar coklat biasa". Tak kira media dari Malaysia sendiri mahupun media dari Singapore.

Sebab itu saya nak minta tolong mana2 followers saya warga Singapore atau yang bekerja di Singapore, seandainya ternampak kisah-kisah CocoDamia, kisah-kisah Agrobazaar atau gambar-gambar Saya dan Ayah Damia dalam mana2 newspaper di Singapore, minta tolong snap dan email ke cocodamia@yahoo.com atau kalau boleh, tolong belikan untuk saya. Yang pasti dalam 1-2-3 hari ini akan keluar paper Berita Harian Singapura dan Lian He Zao Bao. Minta tolong ya. 

Saya dahulukan untuk semua pihak dengan ucapan terima kasih.


Saya titipkan 2 keping gambar diatas sebagai sejarah CocoDamia meluaskan empayarnya di Singapore yang bakal dirasmikan oleh PM Malaysia dan PM Singapore pada 27hb ni. Satu peristiwa bersejarah dimana produk2 IKS Malaysia boleh berada dalam bazaar berkonsep butik di luar negara. Bandaraya Singapore menjadi saksi!

Ok lah nanti saya share cerita2 best serta gambar2 disepanjang program 3 hari 2 malam Agrobazaar Singapore ini. Itupun kalau ada kelapangan masa.

Sibuk dengan big event 25,26 dan 27 ni di persada Johor pula. Jadual packed sehingga 7 Sept. Terima kasih Ya allah atas kurniaanMu untuk CocoDamia. Semoga kami team CocoDamia berada dalam keberkatanNya. Aaamin.

P/s: Minta tolong ya orang2 yang di Singapore.