Showing posts with label batam. Show all posts
Showing posts with label batam. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Golden Prawn Seafood di Batam



Slurppppp..
Mula-mula sampai kat Golden Prawn Seafood Restoran ni disambut dengan Lobster yang bukan main besar lagi saiznya.
Segar-segar pulak tu.
Harga 100g RP60,000.
Murah kot harga tu rasanya..


Ada udang lipan..
Rancak betul udang2 ni menari dalam air tu ya.
Geram je nak pegang.


Ikan kerapu yang ada 3-4 ekor je dalam kolam ni.


Ikan siakap yang banyak.


Aneka seafood bercengkerang.


Ketam batu.
Tapi rasanya macam banyak yang dah lesu je.


Ni apa nama ekk?
Cantik pula cengkerangnya.


Ikan kakap.
Orang tu cakap, siakap hitam sikit. Kakap putih.


Ketam fresh yang baru sampai.
Fuhhh, semangat geng kami menangkap ketam yang berkejar-kejaran ni.


Hasanah yang happy dapat menangkap ketam yang segar.


See! Biru purple warnanya.
Ini memang confirm segar!

Kalau nak tengok fresh seafood yang unik2 masa saya ke sini tahun 2012, boleh tgk dalam link bawah.

Tapi kalini dah tak banyak seafood yang unik2 tu..
Ntah kemana semua pergi.


Dah selesai kami order makanan, tiba giliran pilih tempat duduk pula.
Kami pilih tempat paling hujung sekali.
Cantik sangat pemandangannya.
Dulu saya datang under construction rasanya.
Ni dah banyak cottage2 yang dibina dihujung tasik sana.
Cantik giler pemandangan.
Macam oversea pun ya..;-)


Bergambar kenangan.
Entah bila pula boleh kami semua berjumpa lagi ya.


Nak juga bergambar sorang2.


Kejap je, makanan yang kami pilih2 tadi telah siap dimasak.
Kami order siakap masam manis, tiram (tak pasti nama betulnya) masak sos, udang goreng butter, ketam goreng tepung dan semestinya sayur teow meow masak sos tiram.
Alhamdulillah. Sedap2 semuanya.


Terima kasih kepada abang macho yang belanja kami semua makan.
Semoga murah rezeki abang ya.
Total kalau tak silap makan RP800,000++

Dulu saya dah pernah datang sini makan, tapi surroundingnya kalini banyak berubah.
Boleh tengok2 kat link bawah ya.
















Wednesday, December 24, 2014

3D2N SME Business Matching di Batam (Day 3)

Cerita Day 1
Sambungan dari Day 2


Pada hari ke-3, selepas bersarapan di lobby bawah dan check-out siap-siap, kami diarahkan berkumpul di tingkat 3 kerana ada lagi satu last slot iaitu ceramah dan sesi soal jawab bersama Majlis Ulama Indonesia (MUI). Tujuan slot ini adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para usahawan Malaysia macam mana nak apply dan procedur dapatkan HALAL dari MUI. Serta ketelusan pihak MUI sendiri dalam meluluskan sesuatu premis untuk mendapatkan logo HALAL.


Jam 10:30 pagi, ceramah dan sesi soal jawab bersama MUI tamat. Kami bergambar kenang-kenangan bersama para usahawan dan pihak dari MUI. Ini pun ramai yang tak masuk dalam gambar..;-)


Kemudian jam 11 pagi, kami pun menaiki bas yang disediakan untuk ke Nagoya Mall. Kalau dah nama Mall, apa lagi... shopping shopping shopping je lah agendanya kan. Tapi jujurnya barang2 dan pakaian dalam Nagoya Mall ni boleh tahan mahal juga harganya. Mahal2 pun sempat membeli-belah pakaian untuk anak-anak juga. Mungkin kat sini ramai Singaporean, tu yang barang2 pun agak mahal.


Sebesar-besarnya pokok Krismas ni di hadapan pintu masuk Nagoya Mall.


Awwww.. tudung saji baby pun ada jenama LV ;-)


Lepas jamak zolat zohor dan asar, saya dan Kak Norli pun cari makanan tengahari.
Kami pilih makan nasi ayam penyet asli di Batam ni.
Fuhhh boleh tahan pedasnya.
Tapi paling tak suka makan nasi ayam penyet kalau tak ada sup sekali.
Harga set ayam penyet RP24,900. Tambah nasi kosong RP7,000.

Kalau nak tengok gambar-gambar Nagoya Hill yang cantik2 melalui DSLR, boleh tengok kat entry saya dibawah


Jam 3 petang, kami menaiki bas untuk ke terminal ferry.
Hampir 1 jam setengah juga menunggu ferry kami tiba.
Sebenarnya ferry kami adalah jam 1:30 petang. Tapi atas sebab2 tertentu, ferry kami delay ke 4:30 petang pula.Seperti biasa kalau pergi ramai2 deligasi macam ni, green lane utk group kami. 


1 jam setengah pelayaran kami dari Batam ke Stulang.
Akhirnya tepat jam 7:40 malam waktu Malaysia, kami pun sampai.
Cantik je panorama sekeliling semasa dalam pelayaran.
Disinari kilauan2 cahaya.


Sampai2 sahaja terminal, semua bawa diri masing2 keluar untuk check passport.
Manakala barang-barang semua akan ada person in charge yang bawa keluar nanti.
Saya sampai je terminal, kedengaran suara anak2 saya menjerit "ibu...ibu...'
Setelah 3 hari, akhirnya rindu bertaut kembali.
Ayyunie, mula2 jumpa lagi terus tanya "Ibu beli hadiah apa". Terus diambil beg hadiah dia.
Hamboiii..tak nyempat2 kan budak kecik ni.


Keesokannya, bahagi2 kan kek pisang Villa kepada staff-staff saya.
Ini aje yang tinggal untuk family saya.
Perasa Choconut dan Kek Pisang Cheese tu memang best.
Tak puas makan.
Kat Batam ramai org jual Pisang Goreng Cheese, tapi tak terasa pun nak makan.
Tapi Kek Pisang Cheese ni jarang2 jumpa. 

Insyallah next time kalau berpeluang ke Batam lagi, saya nak meneroka pantai2 dan laut2 yang cantik pula di Batam. Batam kan merupakan sebuah kepulauan Riau. Atas bawah kiri kanan semua laut. So next time boleh enjoy permainanan air pula di Batam.

Tamat sudaaaaaaa....






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 22, 2014

3D2N SME Business Matching di Batam (Day 2)

...sambungan dari day 1...


Nak dijadikan cerita, pagi hari kedua di Batam ni saya tersalah kunci jam.
Malam sebelum tidur tu saya kunci nak bangun solat subuh jam 6:30 pagi.
Alih2 tengok jam 6 pagi my roomate, kak Norli cepat2 keluar dari bilik air utk solat subuh.
Eh, saya ingatkan jam saya dah berbunyi tapi saya yang tidur mati.
Kat luar pun langit makin terang.
Laaa, saya terlupa yang kat Batam ni 1 jam lebih lewat dari waktu Malaysia.
 Maka dengan gopoh gapahnya lah bangun solat kan.

Lepas solat, saya hirup udara segar batam di balkoni.
Tu lah pandangan pagi di Batam.
Menghadap laut biru yang penuh dengan feri dan kapal-kapal.


Lepas dah bersiap semua, kami pun turun bersarapan di lobby bawah.
Boleh tahan ramai orangnya.
Sampaikan pihak hotel terpaksa buka lagi cafe kat tingkat 13 untuk breakfast.

Kebetulan semeja dengan saya adalah pelancong dari Medan.
So sempatlah berbual2 sakan dengan ibuk kat atas tu.

Lepas dah siap bersarapan semua, kami peserta dikehendaki menaiki bas untuk program lawatan pada hari tersebut.


Tempat pertama yang kami lawati adalah kilang Kek Pisang Villa di kawasan perindustrian Batam.
Oh ya, kakak-kakak dan makcik-makcik yang berbaju merah biru tu dari Juita diketuai oleh para datin.
Dengar kata isteri MB Johor turut serta dalam program ini. 
Tapi last minit tak dapat join.


Mendengar taklimat yang disediakan oleh pihak Kek Pisang Villa.
Sungguh terinspirasi mendengar permulaan bagaimana Kek Pisang Villa ni bertapak.

Lepas tu, kami semua dibawa untuk melawat ke sekitar tempat pemprosesan.


Untuk yang bertudung, tidak perlu memakai sarung rambut.
Tapi untuk sarung kasut, semua wajib pakai.
Hihi, pengalaman baru untuk saya ni.
Next time, yang nak masuk tempat pemprosesan CocoDamia, boleh dipraktikkan cara ini.


Banyak ilmu2 baru yang saya perolehi sepanjang lawatan ke Kek Pisang Villa ni.


Masing2 pun dah biasa dengan lawatan dari orang2 luar ke kilang tersebut, terbaru sebelum kami, adalah pelajar2 dari UniKL yang buat lawatan. So semua sporting tunjuk pose masing2 kalau kami halakan kamera kepada mereka.


Kami para usahawan Malaysia, teruja masing2 nak tgk production Kek Pisang Villa ni.


Haruslah bergambar disini kan.
Bukti saya sampai di Kek Pisang Villa ni.


Masing2 shopping kek dan roti sampai berkotak2.
Termasuklah saya.
Bukan untuk saya dan keluarga sahaja, malah sebagai ole-ole untuk staffs saya juga.


Selepas balik dari kilang kek pisang villa, kami turut dibawa oleh tourist guide ke beberapa tempat lain.
Tapi ada beberapa tempat saya tak turun. Panas panas panas.
Batam ni panas. Kalau masuk tempat yang tidak berair-cond, memang tak masuk lah.
Antaranya adalah tempat kraft Batam, tempat pemprosesan kerepok batam, dan lain-lain.

Selepas dah penat dan dahaga, kami semua dibawa ke Nasi Padang Sederhana.
Wahhh inilah tempat yang famaous nak makan nasi padang di Batam.
Opsss, apesal lah bro tu ambil gambar siap ada bayang2 tu. Hihi..


Alhamdulillah, rezeki kami dihidangkan dengan Nasi Padang yang best pada hari tersebut.
Lauk kegemaran saya semestinya daging dendeng.
Last sekali makan nasi padang original adalah masa kami melancong ke Bandung tahun 2012.


Burppp, semua kekenyangan.
Dan wajiblah saya minta air jus alpukat untuk hari kedua saya disini ya.
Jangan lepaskan peluang hari2 minum jus alpukat. :-)


Selepas dah kekenyangan, kami dibawa pula untuk ke Belerang Bridge.
Tempat yang wajib pergi juga kalau ke Batam ni.
Masing2 dalam bas perjalanan ke sini semua tidur.
Saya je yang tak boleh tidur. Hihi.
Sesekali kedengaran juga para datin dan ahli juita menyanyi-nyanyi menghilangkan rasa mengantuk pemandu bas kami. Lepas tu kami dikehendaki mendaki sedikit bukit untuk sampai ke tempat tarikan tersebut. Oh ya kat sini pun ramai orang yang jual jagung, minuman, ketam bakar, udang goreng dan macam2 lagi dalam gerai masing-masing. Tak salah nak mencuba kan. Tapi rata2 daripada kami masih kekenyangan dengan nasi padang Sederhana tu.


Balerang Bridge Batam.
Walaupunn panas terik, tapi ramai je orang kat atas ni.


Sempatlah juga kami berempat berposing dan print gambar ni buat kenang-kenangan.
Kalau bercuti dengan family, family lah yang memenuhi ruang dalam gambar kan.
Tapi kali ini berbeza. 
Saya bergambar bersama Puan Asiah dari PUNB HQ KL, Hasanah dari PUNB Johor dan Kak Liza usahawan kerepok lekor di Batu Pahat. Bukan calang2 tau kak Liza ni, business masyukkkkkkk oooo.


See, pandai mereka cari makan.
Dengan berbekallan kamera canggih masing-masing, printer dan mesin laminate, semuanya boleh dijadikan lubuk wang. On the spot print kat situ je. No edit-edit pun.

Kos untuk print saiz A4, RP10,000.
Kalau nak laminate sekali kos RP20,000
Harga memang reasonable kan.


Ouchhh, terliur pula saya tgk ketam ni. Harganya RP80,000 seekor.
Teringin nak makan, tapi susahlah pula nak makan nanti. Hihi.
Udang goreng cucuk lidi tu RP40,000.

Lepas tu, kami semua pun balik bilik masing2 kat hotel.
Lepas dah solat asar dan rehat-rehat, kami berpakat untuk keluar semula dinner kat Seafood Golden Prawn.
Tepat jam 5 petang WIB, kami pun mengambil teksi hotel sahaja untuk ke Golden Prawn.
Harga RP80,000 sehala. Lagi murah kot berbanding teksi luar.
Dah lah MPV. Boleh naik ramai2.


Tempat pertama kami singgah masa masuk ke Seafood Golden Prawn ni adalah Batam Layer Cake.
Ramai Singaporean (saya agak) sedang membeli kek lapis ni.


Ada tester juga.
Semua rasa dia bagi.
Paling best bagi saya yang rasa mocha tu.
Orang lain rata2 suka rasa cheese.


Tapi harga boleh tahan mahal ya.
Sekotak besar hargannya RP290,000.
Lebih kurang RM 87.00
Mahal kan.
Ke tu memang dah standard harganya.
Dulu pergi kat Dayang Salha Sarawak tak lah mahal macam ni harganya.
Tapi memang kami nak beli pun.
Sekali salesgirl keluar cakap
"maaf ibuk-ibuk, rasa cheesenya udah habis". 
Maka tak ada lah rezeki kami.


Oh ya, makan malam kami kali ini disertai oleh abang Din usahawan dari PUNB.
Abang Din ni usahawan berjaya. Dia ada 8 adik beradik. Semua business bawah satu bumbung.
Fuhhhh, salute. Bukan senang nak kumpulkan adik-beradik berniaga sama2 kan.
Ni dari sulung sampai bongsu semuanya berniaga.
Setiap negeri ada cawangan pula tu.
Kalau tak silap, abang din ni ada 13 syarikat.
Oh ya Abang Din ni dari Segamat dan buat business printing.


Saya pernah makan2 di seafood Golden Prawn ni dulu.
Tak banyak berubah dari segi tempat memilih hidupan2 ni.
Cuma suasana persekitaran dah upgrade.
Nanti saya buat entry lain yang tu ya.


Balik je hotel, kami naik ke tingkat 3 untuk tempah pakej massage.
Kebanyakan daripada rakan2 usahawan saya yang lain massage di Spa Secret iaitu jauh lebih kurang 15km daripada hotel. Tapi saya awal2 dah set mind nak massage dalam hotel je. Lebih selesa massage dalam bilik sendiri seperti yang saya pernah buat di Batam dulu. Kebetulan rakan2 yang sama2 makan dinner bersama pun setuju, so kami sama2 booked pakej masing2. Dan lagi best, bagi guest hotel tersebut, dapat diskaun 20%. So kenapa harus bazir masa, bazir teksi dan bazir tenaga ke tempat lebih jauh kan.


Mula-mula saya ingat nak massage dalam bilik sahaja. Tapi takut pula sebab roomate saya tak ada. Ya lah mana tahu kot2 ada apa2 yang berlaku kan, at least ada roomate tu langkah bijak. Kalau tak ada roomate, saya ngan kak Liza berjanji nak sebilik massage kat bilik massage nanti. Masuk je bilik massage, wangi dengan haruman minyak terapi. Seperti biasalah, kami diberi panties pakai buang tu dan sehelai tuala untuk menutupi bahagian tubuh badan kami. Saya ambil pakej aromaterapi massage. Manakala kak Liza ambil pakej yang siap scrub sekali. Total masa saya 1 jam manakala kak Liza 1 jam setengah. 

Argggghhhhh lega dapat memanjakan diri seketika.
Masa anak2 dan suami tak ada disisi ni lah mengambil kesempatan sebegini kan. Kiki.

Tepat jam 9 malam WIB, saya pun balik bilik dan membersihkan diris serta solat.
Roomate saya, Kak Norli pun balik.
Apa lagi, maka bersambunglah kami bercerita akan perihal masing2 pada haritu..

p/s: Oh ya Kak Norli ni tak ikut lawatan bersama rombongan kerana dia menemani kawannya Lina untuk jumpa pengusaha dari Batam.

Nanti sambung lagi ya.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::