Showing posts with label advertisement. Show all posts
Showing posts with label advertisement. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

Kids Chocolate Making Workshop in JB


Sempena Bulan Kemerdekaan dan Cuti Sekolah minggu depan, 
GO JB Chocolate ada buat bengkel membuat coklat.
Terbuka kepada umum kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 15 tahun. 
Semua keperluan kami sediakan termasuk apron dan peserta hanya bawa diri yang sihat sahaja. 
Sijil penyertaan turut diberikan.
Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti makan coklat dan minum air coklat sampai puas, tayangan video, pengenalan jenis-jenis coklat, DIY coklat ikut kreativiti sendiri dan yang paling best, semua peserta boleh bawa balik coklat yang dibuat masing-masing. Wowwwww!
.
Tarikh boleh pilih samada 20, 21, 22 atau 23 Ogos 2020. 
Dan masa bermula dari 9 pagi hingga jam 11:59 pagi.
.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak kelas membuat coklat, cepat2 

www.wasap.my/+60127560895/experiencechocolate ya.
.
Tempat terhad. 1 sesi hanya 10 peserta sahaja mengikut SOP.

Jom kita tengok soalan-soalan yang berkaitan dengan bengkel membuat coklat ni dibawah..














Nota kaki: Gambar-gambar diatas adalah sebelum PKP. 




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, August 30, 2019

Semangat Kemerdekaan di GO JB CHOCOLATE



Halah..halah..
Semangat Kemerdekaan kami datang dulu..
Gambar diatas adalah Edutour pada 27/8/19 dari Tadika Genius Al-Latif, Iskandar Puteri.

Cikgu2nya teruja betul..
Selalu nampak kat FB apron purple, ni apron Merdeka pula katanya.


Ya cikgu, mana-mana sekolah yang buat edutour sepanjang minggu akhir bulan Ogos dan sepanjang bulan September, akan dapat apron limited edition sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Selagi stok masih ada.


Halah halah..
Tak boleh Move On dengan kecomelan adik2 yang pakai apron limited edition ni..
Cikgu2 pun macam tau2 je siap sedondon tudung merdeka juga.
Gambar diatas adalah Edutour pada 28/8/19 dari Tadika Al-A'qil Cawangan Pulai Indah dan Seri Orkid.


Yang ni Edutour semalam 29/8/19 dari Sekolah Orang Asli Sek Keb Runchang, Pahang.
Walaupun berbeza negeri, berbeza etnik, berbeza agama..
Tapi kami bangga dengan pencapaian Malaysia.
Oh ya mereka semua diatas bukan Islam ya.
Hanya seorang pelajar yang bertudung dan guru2nya sahaja Islam.
Namun ia tidak menghalang kami utk sama2 menyambut hari Merdeka.


Ini juga Edutour semalam 29/8/19 dari Sek Keb Pogoh, Segamat.
Lain macam semangat kemerdekaan lepas pakai apron edisi Merdeka ni.
Walaupun mereka mungkin tidak begitu faham lagi erti "MERDEKA", namun ekspresi kebebasan dalam kehidupan seharian mereka sangatlah priceless.

Bulan September sesi pagi dah fully booked ya.
Sesi petang pun tinggal beberapa je tarikh kosong lagi.
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk maklumat lanjut mengenai pakej2 Edutour.

Banggalah kita menjadi Rakyat Malaysia!


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, November 17, 2017

Menang RM200 dengan tonton Video EduTour @ GO JB CHOCOLATE



Sambil menonton video EduTour ni, jangan lupa klik-klik sekali Facebook Pages : Ole ole CocoDamia ya...sebab siapa tahu peluang untuk anda menang RM200 kan..

BERMINAT HENDAK MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR/ EDUTOUR SERTA SUKA SUKI MEMBUAT COKLAT SENDIRI? BOLEH AJUKAN PERTANYAAN ATAU BOOKING SLOT PADA cocodamia@yahoo.com ATAU WHATSAPP 010-6468383

UNTUK LEBIH INFO, BOLEH SINGGAH DI FANPAGES : ole ole cocodamia.

TERIMA KASIH SEMUA!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 16, 2017

Signboard baru GO-JB CHOCOLATE





Orang putih kata 
"strong outdoor business signage will boost your business"

Company advertising yang buat signboard ni pula kata
" signboard CocoDamia ni antara yang tercantik pernah kami buat. Base signboard ni jarang org kita guna"

Saya pula kata
" saya nak signboard yang showcasing my brand dan boleh memberi first impression pada potential customer"

Makanya semoga Signboard baru GO-JB CHOCOLATE yang cantik lagi unggul dan bersinar-sinar dengan LED illumination pada waktu malam ni dapat berkomunikasi dan lebih attracting customers melihatnya. Nak-nak pula kena traffic jammed kat traffic light depan kedai ni. Jangan jemu memandang dan terus datang membeli di GO-JB CHOCOLATE ya.

P/s: Ok! Syarikat advertising otw untuk pasang signboard Pusat Bahasa Pelangi pula.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, April 1, 2017

Welcome to GO-JB Chocolate

• GO-JB CHOCOLATE•

Salam 4 Rejab.. 

Alhamdulillah.. Officially kelmarin (2 rejab, 30/3/17) team production #cocodamia dan #oleolecocodamia dah mula bekerja di 4 in 1 hub (Retail - Production - Class - EduTour)

Lebih selesa, lebih elegan, lebih kapasiti dan lebih umphhh!

Eh! Kenapa nama Go-JB? 

Go-JB tu nama gallery chocolate. Tapi di dalamnya ada produk2 dari jenama CocoDamia (import eksport), Ole Ole CocoDamia (doorgift & homemade chocolate), dan coming soon pelbagai jenis coklat lagi.. 

Masih lagi belum 100% completed. Ada beberapa part kena touch up & work on progress serta our custom machine pun still  in progress. Insyallah satu produk inovasi dari CocoDamia iaitu COKLAT KEREPEK akan berada di pasaran dunia.

So siapa2 lepas ni nak ambil/ tempah #chocolate #chocotart #chocoballs boleh jemput datang ke: 

GO-JB CHOCOLATE 
No 52, Jalan Enau 15, 
Taman Teratai, Skudai. 

Selama ni kami banyak menolak EduTour dari sekolah2 dan Universiti kerana kapasiti keluasan, kalini insyallah dialu-alukan datang. Email to cocodamia@yahoo.com untuk EduTour & hands on class ya.

Gambar2 dibawah menunjukkan team Ole-Ole CocoDamia sedang sibuk menyiapkan tempahan doorgift kahwin #chocotart dan #chocoballs

Semoga dengan tempat baru ni, dapat meluaskan lagi empayar CocoDamia & Ole-Ole CocoDamia.

Aaminn..












Thursday, January 28, 2016

Temui team CocoDamia di Brunei sekarang!!!


Alhamdulillah..
Tahun 2016 merupakan tahun ke-3 CocoDamia bertapak di Brunei dan kali ke-5 dah ni team CocoDamia berdagang di Brunei. Mudahnya menjemput rezeki di Negara orang.

Dan alhamdulillah juga, sole distributer dan ejen-ejen di Brunei masih kekal bersama CocoDamia atas permintaan yang tak pernah putus untuk produk Coklat IQ-CocoDamia di Brunei.


Dan setahun yang lepas pada tarikh hari ini..
Saya dan team CocoDamia berada di Brunei..

Harini team CocoDamia sekali lagi berada di Brunei untuk tujuan mengukuhkan jenama CocoDamia dan promosi berterusan Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar. 

Good luck semua team CocoDamia di Brunei!!!

BAGI WARGA BRUNEI...
Jangan lupa singgah di ICC Barakas untuk Asean Consumer Fair yang lebih meriah dan lebih hebat kalini yang bermula dari 27 Januari hingga 31 Januari ni. Sehingga jam 9 malam ya!

Pasti ada yang merindui Coklat IQ-CocoDamia di Brunei kan kan kan..

<<Mudah Fokus>>
<<Mudah Ingat>>
<<Mudah Hafal>>

ITULAH KESAN DARI FORMULASI COKLAT IQ-COCODAMIA!

Percayalah,
CocoDamia,
-Bukan sekadar coklat biasa_

p/s: Sebarang pertanyaan atau pembelian borong, boleh hubungi talian hotline CocoDamia 010-6468383.





Sunday, November 15, 2015

Promosi Kelas Membaca dan Kelas Tuisyen area Skudai!

Setelah 5 hari di KL...

...... harini masuk kerja seawal pagi selepas pergi ambik report card di Tadika Ayyunie. Alhamdulillah. Dah dapat sijil berhenti Tadika dan Report Card pun menunjukkan kecemerlangan.


Dari awal pagi lagi, tak putus-putus orang datang daftar kelas Bahasa, kelas Tuisyen dan kelas Membaca di Pusat Bahasa Pelangi.

Al-maklumlah, promosi Free Registration dan 10% diskaun ke atas yuran bulanan selama setahun akan berakhir harini hingga jam 6 petang ya setelah promosi selama sebulan dijalankan.

Bagi yang sekitar Skudai yang nak buat pertanyaan tentang Kelas Tuisyen dan Kelas Bahasa, boleh hubungi/ whatapps 012-7507659 untuk tempahan kelas dan jadual sesi 2016. Bayaran melalui online turut diterima. Janji anda tak rugi untuk grab promosi yuran bulanan selama setahun tu.

Semua program cuti sekolah dan kelas tusiyen akan bermula 1 Disember ni.

Check it out! So cepat-cepat daftar!

P/s: Harini lunch depan meja daftar je lah. Tapi nikmat juga! Alhamdulillah..

Wednesday, October 28, 2015

JOM HEBOH bersama COCODAMIA


2 DAYS MORE TO GO!

< JOM HEBOH bersama COCODAMIA>

CocoDamia Coklat IQ, diformulasikan dari makanan sunnah, makanan penambah tenaga dan lubanah!
Sedap ke Coklat ni? Berapa harganya? Apa khasiatnya?

Kalau nak tahu bagi yang masih belum tahu, jom temui team CocoDamia di Jom Heboh Plaza Angsana di Pavillion BizChannel@MARA pada 30 dan 31 Oktober 2015 ni.

Boleh klik link di bawah untuk tengok Promo TV3

Bagi pengunjung luar dari Johor pula, jangan bimbang! Boleh shopping online produk-produk CocoDamia di www.cocodamia.com

Nak dapat hadiah free dari CocoDamia?
Sertai juga sesi soal jawab dan aktiviti-aktiviti bersama CocoDamia dalam slot BANANAN LAND nanti!

Temui anda disana disana disana!

Sebarang pertanyaan, order atau pembelian, boleh dirujuk pada hotline kami 010-6468383.

Percayalah,
CocoDamia
-Bukan sekadar coklat biasa-


Wednesday, October 14, 2015

Event Mamil Mom Me Saturday @ Doubletree by Hilton Hotel JB

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 Oktober 2015, saya dijemput oleh Dumex Mamil untuk memeriahkan serta berpeluang 'Me' time di Doubletree Hotel JB. Jemputan telah dibuat seawal 2 bulan sebelum majlis berlangsung. Dan mujurnya tarikh berkenaan saya free walaupun takut2 juga tarikh tersebut outstation atau ada agenda lain.


Sampai sahaja di Doubletree hotel jam 9:30 pagi, semua tetamu dikehendaki mendaftarkan diri di meja pendaftaran.
Kelihatan si manis Jessica (bergaun merah) yang selalu berurusan dengan saya melalui email dan telefon berkenaan majlis ni disitu.


Tetamu yang datang akan daftar mengikut kategori masing2 samada media, blogger atau peserta. Dan saya kalini bertindak sebagai blogger..;-)


Oh ya Aishah Sinclair selalu emcee pada hari tersebut memang peramah orangnya. Mula2 sampai lagi dia dah tegur ramai orang. Btw ni bukan kali pertama saya jumpa Aisyah yang kecil molek dan peramah ni. 


Tiba-tiba, ada satu suara memanggil2 nama saya. Rupa2nya kawan FB saya yang menegur saya. Namanya Yanie (bertudung kuning).


Susu-susu keluaran Mamil. Ada step 3 dan step 4.


Selesai sahaja pendaftaran, para tetamu akan diminta masuk kedalam Ballroom dan duduk mengikut No meja yang diberikan.


Ini jiran/rakan saya yang kami sama2 datang ke event ini. Blogger dan Comper hebat juga ni. Tq Lynn jadi partner hari tersebut.


Opss mula2 masuk Ballroom lagi dah nampak jenis2 najis hokeyy..
Ok..tak pe! Tak ada bau kan!


Setiap peserta ada badge yang tertera nama masing2.
Cantik juga hiasan atas meja kami tu. Dimekari dengan kelopak2 bunga yang segar.


Ok! Kita tunggu kejap sebelum majlis bermula.


Aksesori-aksesori yang terdapat di Photobooth.


Macam-macam jenis topi dan eye mask ada.


Awwww...ini yang paling suka..
Goodies bags yang bernilai RM160 setiap satu untuk setiap tetamu.


Popcake ni saya ambil 2 simpan siap2 untuk both Damias.


Meriahnya kat Photobooth.


Ada juga kaunter untuk bersama Skincare Consultan dari KIEHL's
Apa lagi, masa ni lah nak 'Me" time kan..


Yang ni pula kaunter untuk make over bersama Shu Uemura


Macam2 colour dan macam2 aksesori make over ada!


Dan Majlis pun dimulakan dengan kata2 aluan dari Aishah Sinclair.


Dan untuk bagi warm-up majlis ni, para tetamu kena main game dulu! Hah kelam kabut semua berlari mencari nama dan hobi kawan2..hihi


Kemudian ucapan dari Marketing Manager Danone Dumex.


Dr Lim Kia Suan, Speaker dan konsultan Paediatrician di Mamil Mom Me event.


Dr Lim menerangkan kepada para ibu dalam pengurusan anak-anak berkenaan sembelit dan bagaimana mengekalkan sistem percernaan yang bagus dalam kalangan anak-anak. Best tau talk pasal ni. At least banyak ilmu2 baru yang para ibu boleh dapat.


Kenali najis2 anak anda.


Tentatif pada hari tersebut.


Mengenali sembelit anak-anak anda.


Bagaimana sembelit berlaku.


Sesi soal jawab


Sesi demostrasi bersama Skincare Consultan Kielh's.


Selain itu, ada juga kejutan untuk pakaian mommy terbaik, senyuman mommy paling manis, serta award untuk message ibu paling berinspirasi.


Dan jeng jeng...sesi makan tengahari pun bermula.


Macam2 makanan ada.
Lamb, chicken, fish, dan macam2 lagi..


Dan yang paling menarik perhatian saya semestinyalah dessert2 ni semua.
Caramel pudding tu serius memang sedap!


Ini je yang mampu saya makan..
Ambil serba sikit untuk merasa.


Ada apa dalam bag goodies?
Ada macam2.
Dan yang bestnya susu Mamil Step 4 tu Ayyunie minum sampai 3x sehari.
Wah, makin bam bam lah kamu Ayyunie.
Yang pastinya produk2 Shu Uemura tu saya punya...hihi..


Lepas makan, kalau nak sambung "Me" time pun dialu-alukan lagi.
Saya jam 1:30 pm terus balik.


Dan inilah barisan group photo dari para ibu, wakil2 dari Mamil, Speaker Dr Lim, dan celebriti Aisyah serta pihak media pada event Mamil Mom Me Saturday sabtu lepas. Yang bestnya acara begini, ia juga boleh menambahkan kenalan baru lagi. 



Info tentang Susu Mamil:

“Di Mamil®, kami memahami usaha para ibu untuk membentuk asas yang kukuh bagi tumbesaran dan kesejahteraan simanja mereka.Sebagai pakardalam pemakanan kanak-kanak, kami ingin menemani para ibu dalam perjalanan ini denganmembantu membekalkan nutrisi optimum demi tumbesaran dan kesejahteraan simanja yang menyeluruh. Pada acara Mamil® MomMe Saturday ini, kami memberi tumpuan terhadap masalah sembelit dan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” ujarCik Jane Ee, PengurusPemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd. “Mamil® mengandungi campuran prebiotik oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) berpaten antarabangsa yang boleh membantu mengekalkan kesihatan usus.”


Jadi untuk ibu-ibu yang ada anak-anak masalah sembelit, bolehlah cuba susu Mamil ni..;-)








:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::