Kalau boleh semua kedai dalam Tanah Abang dan Mangga Dua tu mak nak berhenti tengok dan beli 😁..
Dari gamis (abaya), mukena (telekung), sepatu (kasut), beg, gelang, cincin, aksesori wanita dan banyak lagi lah..
Hampir semua kedai yang mak masuk, mesti orang tanya umur mak berapa. Pabila cakap umur 83, ramai yang terkejut sebab mak masih kuat lagi berjalan dan sihat. Pastu orang yg tanya tu akan tadah tangan doakan mak supaya panjang umur lagi.
Kata mereka, purata umur mereka kat sana 73 tahun. Jarang2 sempat sampai umur 75. Kalau umur 83 tahun tu bonus. Umur pun ada bonus eh 🤲. Ah ah bonus sangat ni, sampai nak beli insurans travel mak pun tak boleh online. Terlebih umur kena beli dengan ejen insurans direct.
Sebab tu sis tak berani bawa mak bercuti long haul flight. Lagi2 kalau musim winter. Risiko. Haritu pergi Umrah pun touch down je esoknya terus kena warded sebab telinga masih berdenggung dan kurang oksigen.
Apa2 pun mak terlajak happy trip kalini. Siap ajak nak gi lagi.. phewwwww 😅… adalah benda yang nak dibeli lagi tu 😀..
Alhamdulillah..Dah pandai membaca dengan laju, dah pandai mengira, siap hafal sifir 2 dan 3 lagi (ayahnya paksa ;-) dan dah pandai juga melukis apa yang diimaginasikan olehnya. Ok lah perkembangan seiring dengan usia.
Tahniah Daim dapat TOP 3 untuk class performance..
Siap dapat sijil berhenti belajar di Tadika juga tu..
So ibu ayah dah tak ada anak fasa belajar di Tadika..
Adakah itu bermaksud ibu dan ayah semakin tua?
Tak pe..jiwa kami masih muda selagi anak3 bersekolah..hihi
Pusing2 dari dulu memang 3 orang BFF ni lah yang akan dapat TOP 3.
Kalau tak dia ni dapat no 1, dia tu yang dapat no 1...
Yang pasti TOP 3 memang dalam tangan mereka bertiga..
Tapi nanti dah sekolah rendah dah kena berpisah..
Kecuali sorang tu je lah sama sekolah dengan Daim..
Tu pun tak sekelas dengan Daim..
Last day sekolah..
Selain dari bertukar2 hadiah..
Ada juga jamuan pot luck..
Daim request nak bawa maggi goreng ibu paling sedap di dunia katanya..haha..
Balik2 dari tadika je, terus cakap "habis licin bu maggi, semua cakap sedap"..
Alhamdulillah..
Semalam dah dapat pun hadiah TOP 3 dia..
Daim ni senang..
Apa2 hadiah LEGO je..
Dan sekarang Daim counting days nak sunat dah..
Dia dah bersedia nak sunat..
Nak masuk darjah 1 kan..
Nak bujang dah anak ibu..
How time flies...
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Kena tunggu roti tu naik gelembung penuh dulu baru boleh serve..
Ni lah nasi yang ada dalam roti berapi-api tadi..
RM150/set..
Herlokkk Pak Arab pun yang buat show Nasi & Roti berapi tadi..
Me & mak..
Dah seminggu datang JB..
Semalam dah balik Kelate semula..
Roti tu lepas kena potong still boleh dimakan ya..
Besarnya roti ni...Saiz medium pun dah cenggini..
Kalau big size ntah cam mana lah besarnya..
RM5/pcs
Kebab ni recommended
RM25/set
Kunafa Cheese..
Puas hati rasanya...
RM 20 sebekas
Untunglah mak...
Ada Pak Arab muda tolong suapkan lamb shank...
Nama menu yang kami order keluar2 api tu Premium Mixed Family set...sedap..
Boleh tonton video kat atas ya tengok reaksi mak pabila kena suap..hihi..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Pemandangan & pengembaraan ini buat aku berzikir, kecil sahaja aku kat bumi Allah ni.
India bukan sekadar pelancongan menggembirakan hati, bukan sekadar bermesra dengan pasangan, tetapi juga untuk mensyukuri nikmat diri, meraikan budaya, makanan & adat sesebuah negara.
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Tahun ni diberi keizinan daripada-Nya untuk honeymoon di India pula..
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang serta diredhai olehNya
Jumpa Malaysia tahun depan 💞.
P/s:Momen2 honeymoon di Turki winter tahun lepas masih segar lagi
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Penonton pun dah kecut perut masa 45 minit pertama..
Selangor masa tu tak sepak lagi Penalti, tiba2 kat Screen dah tulis Sel 1-0 JDT..
Hahaha.. Nasib baik JDT dapat kejar masa tambahan ke 2 minit..
Fuhhh legaaaaaaa....
Seronok anak3 dapat pengalaman tengok konsert dalam stadium juga.. Tengok gelagat manusia, tengok macam2 makanan yg dijual dah macam karnival, tengok belakang tabir cammana cameraman buat live dan lain-lain..
Pendek kata dapat lah SUASANA tu... Hihi..
Femes Daim jadi Naruto haritu..
Sana sini orang nak bergambar dengan dia..
Pastu siap pakej orang bagi air kotak lah, gula2 lah, burger lah...
Semangat kan sis tengok bola..
Tak pernah beria-ia macam ni..
Haha..
Bukan selalu datang stadium Bukit Jalil kan..
So haruslah posing...
Ibu dan anak3nya.
Isteri dan suaminya...
Jauh datang sokong JDT...
Kakak pun nak posing...
Adik pun nak posing...
Ayah pun nak posing...
Konsert dalam stadium dari Amy Search..
Yeayyy JDT MENANG 2-1
Muka masing2 pun dah berminyak dan berpeluh masa ni..
Naruto femes malam tu..
Wajah2 puas hati JDT menang
Akan menjadi kenangan untuk anak3 pada masa akan datang..
First time masuk stadium Bukit Jalil..
Terima kasih Allah atas rezeki dan peluang ini...
See the video..
Betapa semangatnya sis..
hihi
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Dia lah yang pertama menyeri hidup ibu & Ayah 👨👩👧
Sedar tak sedar dah 15 tahun anak ibu.
Semoga setiap momen kamu, terciptanya kenangan indah kita sekeluarga bersama.
Selamat Hari Jadi Aleesya.
Semoga sentiasa diberkatiNya dan semua amal kebaikan kamu akan dilipatgandakan dengan ganjaran pahala teristimewa dari Allah SWT. Aamin
Anak2 makin besar..
Maknanya kita dah kena bersedia untuk berjauhan ngan anak2.. Sob sob..
Balik sekolah tadi terus celebrate..
Simple2 je janji bahagia dan dihargai..
InsyaAllah next celebration masa family day cuti Deepavali ni..
Jadi anak solehah ya Aleesya..
Sentiasa ingat ibu & ayah dalam doa kamu.
Semoga cemerlang di akhirat, cemerlang di dunia juga.. Aamin
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand boleh menjejaskan pelancongan Langkawi katanya..
Dah mahaiiiiii sangat nak bercuti ke Langkawi pun...
Lajak sikit je lah ke Hatyai kan...
Patutlah sejak akhir2 ni Hatyai dapat gelaran " Hatyai Darul Malaysia"..
Tu dalam gambar, bendera Malaysia pun ada kat Hatyai..
Bukan 1, tapi banyak pulak tu...
Nasib lah kami dah awai2 pergi Hatyai masa cuti sekolah awal bulan 9 haritu..
Kalau pergi sekarang ni...
Katanya sesak dan ramai dengan pelancong dari Malaysia je..
Antara tempat wajib pergi di Haytai..
Pasar terapung ni lah...
Selain keunikan penjual2 menjual di atas perahu, harga makanan yang murah juga menjadi sebab utama ramai pelancong datang ke sini. Contohnya air kelapa dalam buluh tu baru 20 baht.
Aleesya bukan main lagi posing sakan kat sini ya...
Beli apa tu bang?
Owhhh otak-otak dalam buluh lah..
Perghhhh rasa dia sedap sangat weiii..
Moist2 je otak2 ni...
Harga 30 baht.
Ni ais krim dalam pasu..
Orang lain habis makan bawa balik pasunya..
Kami buang lah haihhh malas nak kelek ke hulu ke hilir...haha
Laksa siam..
Tapi tak berapa best lah yang ni...
Harga tak silap 30 baht..
Nasi Khaomok..
Baru 35 baht tau..
Daim lah ni nak juga makan nasi...
Datang jauh2 tetap nak cari Takoyaki juga ya Ayyunie..
Tak silap dalam 30 baht juga harganya..
Panas ceng ceng pun gigih posing ya...
Kami sampai dalam jam 3 petang cam tu..
Masa ni tak ramai orang lagi..
Lepas tu dalam pukul 4 lebih..
Orang dah start ramai..
Jangan harap dapat bergambar kat tengah2 cam ni..
Dia pun nak juga bergambar kat tengah2 ni..
Eh eh, gambar kita pun ada...
Sementara tak ramai orang ni, posing puas-puas...
Bagi chance lah kat ibu & ayah...
Orang minta tolong kita ambil gambar diaorg, pastu kita pula minta tolong dia ambil gambar kita..
Adalah gambar family cukup korum..
Awak pandang mana tu Daim....
Ok cun!
Semua pandang kamera...
Btw dekat sini bukan hanya ada gerai2 atas perahu je...
Kat bahagian atas tu banyak lagi gerai..
Macam2 ada jual dari makanan, pakaian dan buah2...
Adoiiii..sedapnya buah apple cerry ni..
Rangup dan manis...
Bukan main lagi ya Ayyunie dengan monopod dia...
The moment
Ni gerai2 bahagian atas..
Macam2 ada...
Semua pun terliur nak rasa..
Btw kat sini no worries...
Banyak makanan yang halal....
Ketupat palas pun ada...
Fuyoooo....
Besar lah juga area pasar terapung ni...
Banyak bas2 pelancong singgah sini...
Bolehlah tengok video kami kat floating market ni..
Kot lah mana tahu ada yang memerlukan info atau gambaran untuk bercuti disini kan..
Next sambung lagi ya...