Tuesday, April 30, 2013

For pregnant women only..

Kebetulan harini posmen datang, saya baru sampai rumah nak ambil barang. Buka2 sampul, tgk ada leaflet dan booklet daripada Anmun.

Anmum??? Dah lama tak minum.. Ya lah saya ni bukan pengemar susu. Tapi kalau waktu pregnant, utk kesihatan baby dalam perut dan kesihatan diri sendiri, paksakan juga tekak ni menelan susu ni..

Dan kenapa tetiba Anmum sampai rumah saya ni?? Saya tak pregnant pun. May be beberapa minggu lepas ada Org dari Anmum ni dok interview saya itu ini hampir dekat 1 jam.. So ni lah goodiesnya kot.

Apa2 pun tq Anmum. Nanti saya pregnant saya minum susu Anmum ya..

P/s: Uols time pregnant minum susu tak??


Gwiyomi lah sangattttt...

Tu dia..
Aksi2 gwiyomi ayyunie dan aleesya..
Bolehlah pulak sementara tunggu Dominos Pizza siap utk ditapau, mereka berdua buat gaya2 gwiyomi.
Aleesya tak sangat, ayyunie tuhhh..
Mentang2 lah masa tu tak ada org. Ralit jer si cashier curi2 tgk both Damias happy masa tu.
Sebelum sampai kat Dominos, singgah dulu beli snogurt. Hihi tak tahu pun snogurt ada buat promosi, apa lagi letal banyak2 akaesori yang diaorg suka.

Ok jom kita layan aksi2 gwiyomi versi bergambar mereka!!! Saya tak record sebab Aleesya tak bagi, katanya malu!!!!













Monday, April 29, 2013

Nak order 1 macam ni boleh???

Hihi..comelkan.. Mata biru original.. Bukan edit guna app perfect365 ya...:) Rambut dah lah perang, baik pulak tu, diam jer, suka senyum... Eeeeee.. Comelnya.. Geram saya dok cubit2 dan gosok2 kepalanya.

Btw ni anak kepada student saya dari Mesir. Kebetulan ayahnya ada meeting harini. So ibunya terpaksalah bawa dia. Oh nama si comel ni Omar. Umur 3 tahun lebih. Ni kalau tunjuk kat Aleesya sure dia suka. Tapi kalau tunjuk kat Ayyunie, erkkkkkkkk tak sure suka ke tak... Hihi..

Amboi senang ya nak order2 si comel ni Kalau betul boleh order, order 2 terus.. Hihi.. Gurau2 je ya... Apa2 pun ni semua kuasa Allah. Nak order, kena minta doa dengan Allah lah kan..

Ok lah nak sambung reply pm dan email dulu ya. Baru lepas lunch..

Comel tak Omar??? (Baca versi kak ton).. Hihi





Cantiknya Kenny Rogers Setia Tropika

Dah lama nak pergi, finally sampai juga semalam. Selalu nampak kat tepi jalan jer tersergam indah dengan bangunan 2 tingkat.

Lepas siap packaging semua, tanya both Damias nak makan kat mana. Sekali 2-2 jawab Kenny Rogers. Ok layan kan ajer. Upah teman ibu ngan ayah hari sabtu n ahad kat office.

Mula2 sampai Kenny Rogers ni.. Wahhh cantiknya!!!! Masuk dalam rekaan dalamannya memang lain dari yang lain. Nampak lebih cosy dan eksklusif berbanding yang biasa. Tempat duduk pun ada macam2 design dan pattern dan di pelbagai area. Kami memilih utk makan di sofa. Senang utk both Damias nak makan dan kami santai2..

As usual kalau makan kat sini wajib pilih ayam yang quarter meal. Dan pilihan 3 side dishes. Kalau sesiapa yg tak ada line internet kat sini Wifi free. Staff pun peramah.

Wah wah buat macam rumah sendiri pulak both Damias kat sini. Siap baring2 lagi atas sofa tu. Apa2 pun make sure jangan bagi makanan atau air tumpah ya.

Kalau dah kata rezeki tak kemana. Sedang elok kami makan kat situ, ada panggilan nak beli Coklat IQ Cocodamia pulak. Hihi.. Elok lah sangat.. Stok panas2 lagi berkotak2 dalam kereta. Tu gambar last, customer yang beli coklat tu kat Kenny Rogers. Tq ya pada semua pembeli samada secara offline atau online.

Ok lah, nak siap2. Lepas ni ada kelas pulak.

Komen saya yang tak best kat Kenny Rogers Setia Tropika ni adalah ayamnya tak well done cook. Masih berminyak dan berdarah. Lagi satu haishh kena pandai pilih meja lah sebab ada banyak lalat. Nasib baik meja kami semalam tak ada lalat.





















Sunday, April 28, 2013

Over time di hari ahad demi Coklat IQ CocoDamia

Stok dah licin dari hari jumaat lagi. Tapi email tak putus2 masuk, tel tak henti2 berdering dan sms dan whatapps pun boleh tahan juga. Tu belum masuk pelajar2 tuition saya lagi yang berderu order..Alhamdulillah..

Makanya demi memenuhi order dan permintaan daripada stokis dan dealer, nampaknya harini kena overtime. Ya lah nak kejar postage utk esok. Rabu dah cuti, lepas tu ada yang cuti balik mengundi. Nak tak nak harini mesti siapkan semua order.


Seawal pagi lagi dah start untuk packaging!!!
Masing2 dengan pengkhususan kerja masing-masing!!!


Fokus-fokus...
Untuk pengetahuan semua, segala kerja dari A-Z memang diiringi dengan doa2 terpilih serta amalan kerja muslim. Pendek kata kalau 7 jam kami bekerja, 7 jam juga lah alunan-alunan doa dan bacaan al-quran. Tu belum lagi kerohanian utk pembuatan coklat yang mana lebih berat dan serius. 


Walaupun ada pekerja, tetapi kena saya juga turun padang. Al-maklumlah, demi menjaga kualiti dan juga kuantiti serta untuk pastikan tiada yang salah. 
Biasalah produk yang baik utk fizikal dan mental memerlukan ketelitian serta kerapian dari awal production lagi. 


Alhamdulillah, akhirnya setelah 1 tahun buat R&D dan memohon doa dan petunjuk daripada Allah, akhirnya terlaksana jua impian saya dan ayah damia. Yang pasti produk ni bukan produk OEM atau dari perkilangan kontrak ya. Semuanya dihasilkan depan mata saya sendiri.


Dan pabila permintaan melebihi tawaran, pabila permintaan kudrat manual 4 kerat yang Allah bagi nikmat, nak pula kena tambah stok laju2 dan cepat, maka perlulah meminta bantuan dari mesin teknologi yang lebih canggih kan. Jumaat lepas sempat survey2 mesin yang dapat meringankan kerja dan yang paling penting mencepatkan kerja2 packaging sebenarnya. Insyallah, masih mencari2 mesin yang sesuai dengan CocoDamia kerana coklat kan sensitif. 

Eh, dah makan masa ni tulis blog ni..haha rehat jap sambil tulis blog. Ok lah nak sambung buat kerja lagi!!!!
Target kena siap 500 kotak ni!!! Insyallah!!!

Saturday, April 27, 2013

Harini kerja dan sekolah..

Anak2 ada sekolah ganti..
Ibu ada kelas ganti students dari Egypt..
Ayah ada kelas ganti kat Taman Daya..

So hari ni selamat bersekolah dan selamat bekerja jua kepada yang diluar sana..

Happy Saturday uolsss!!!

P/s: Perkara wajib yang dilakukan oleh both Damias setiap pagi sebelum ke sekolah - makan Coklat IQ- CocoDamia...





Friday, April 26, 2013

Fenomena Coklat IQ -CocoDamia


Jumaat penghulu segala hari..
Kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT.

Syukur Alhamdulillah..
Program Tazkirah serta memperkenalkan Coklat IQ-CocoDamia berjalan dengan lancarnya pagi tadi di Sekolah Rendah Kebangsaan Mutiara Rini 2. Terima kasih kepada Guru Besar sekolah tersebut kerana memberi peluang kepada team Coklat IQ-CocoDamia utk bersama-sama bercerita kebaikan serta khasiat Coklat IQ tersebut.


Seawal 5:30 pagi lagi En, Khairuddin keluar rumah utk berjemaah di Masjid Taman Universiti bersama pembantu-pembantunya. Kemudian terus ke S.R.K Mutiara Rini 2 utk sama2 membaca Yassin bersama guru2, staff2 serta pelajar2 sekalian. Kemudian dimulai dengan acara tazkirah serta penerangan kebaikan Coklat IQ daripada En. Khairuddin. Wahhh nampaknya para guru dan pelajar begitu khusyuk dan teruja mendengarnya.

Tester, sample dan stok Coklat IQ-CocoDamia habis licin....licin selicinnya.
Alhamdulillah...Syukur dengan nikmat ALLAH serta rezeki daripadaNYA..\
Insyallah, jika kita berniat baik dan niat ingin menolong orang, saya percaya Allah pasti permudahkan segala urusan. Terima Kasih Ya Allah.


En. Khairuddin begitu terkejut dengan student yang begitu ramai ini.
Sangkaanya hanya tazkirah di Surau2 bersama2 dengan pelajar2 UPSR sahaja.
Walaubagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar.


Guru-guru yang sporting..
Masing-masing bila dah rasa, nak rasa lagi dan lagi..
Masing2 komen cakap "SEDAPPPP!!! Setaraf dah dengan coklat Cadburry dan Kit Kat"
Alhamdulillah, saya tak nak cakap apa2..
Biarlah anda rasa, dan anda yang tentukan kesedapannya..
Yang pasti
GIGITAN PERTAMA KESEDAPAN DINIKMATI..
GIGITAN ISTIQAMAH KEBAIKAN DI RASAI..
Insyallah!!


Terima kasih kepada Guru Besar dan Guru HEM yang yakin dan percaya akan produk Coklat IQ-CocoDamia ini.


Syukur Alhamdulillah, walaupun baru nak masuk 1 bulan di pasaran Coklat IQ-CocoDamia ni, namun penerimaannya semakin meniti bibir ke bibir. Masing2 selepas makan 4-6 Bar Coklat IQ, masing2 cakap ada perubahan. Tapi tak semua perubahan sama. Stokis baru sahaja order stock berdozen2 2 hari lepas, tup tup harini sampai whatapps suruh pos lagi stok secepat mungkin. Ada yang nak jadi dealer, ada yang nak jadi reseller. Alhamdulillah..tanpa keyakinan pada rezekiMU, pasti ia takkan berlaku.


Selain daripada stokis, dealer dan juga reseller, sample2 juga dibuat untuk orang yang baru pertama kali nak cuba makan Coklat-IQ-CocoDamia ni. Hahaha, rata2 cakap "kurang manis"...semalam ada seorang dealer baru di Bandar Baru Uda cakap "kalau org kelantan ni, mesti cakap owner coklat IQ ni kedekut sebab kurang manis, orang kelantan kan suka manis"..
 Apa2 pun Coklat IQ-CocoDamia ni memang low fat, less sugar... memang itu yang sepatutnya dititikberatkan!!! No Worries, produk ni telah mendapat Nutrition Fact dan kajian dari FAMA. Dan tambahan pula makanan Sunnah pun ada banyak dalam coklat tu. Bukankan Barakah makan makanan Sunnah ni.


Selain itu, hari demi hari, Insyallah Coklat IQ-CocoDamia akan mula masuk pasaran kedai2 Muslim bermula di Johor dan seterusnya ke negeri-negeri lain. Percayalah, pasti ada yang berbeza Coklat IQ-CocoDamia ni dengan coklat-coklat yang lain. 
Tepuk dada, tanya iman dan selera!!!
Kerana tiada paksaan untuk membelinya.
Yang baik datang daripadaNYA.
Yang buruk adalah datang daripada kami sendiri..

Untuk maklumat pembelian, stokis, dan pengedar,
boleh layari:


p/s: Terharu saya harini, nak menangis pun ada, pabila ada beberapa yang makan Coklat IQ-CocoDamia hantar testimoni kat saya. Masing2 ada perubahan ke arah positif. Ingat tu kuasa Allah, bukan kuasa Coklat IQ-CocoDamia..cuma kita berusaha utk mendapatkannya...kerana saya hanya menyampaikan yang benar dan betul sahaja. Allahuakbar!!!

Jarum panjang kat pukul 12, jarum pendek kat pukul 4

Kecik2 dulu selalu confius kalau mak kat dapur atau kat dalam bilik tanya sekarang dah pukul berapa..

Jadi antara tips yang diajar oleh mak adalah bagitau sahaja jam pendek pukul berapa jam panjang pukul berapa. Nanti lama2 kita akan pandai sendiri agak agak minit jam tu kan.. Setuju???

Tapi sekarang dah canggih. Anak2 saya dah tak diajar dengan cara tu lagi. Sebab contoh dalam bilik kalau tanya Aleesya lul berapa sekarang, nanti dia akan jawab "nine forty five (9:45)".. Sebab apa??? Sebab sekarang kan banyak jam digital. Sama gak kalau kat dalam kereta, sekarang pukul berapa ayyunie??? "Five ten (5:10)"... Sebab dalam kereta kan no terus tunjuk angka digital.. Hihi.. Setuju???

Pendek kata corak pembelajaran budak2 zaman dahulu lain betul dengan sekarang. Sebenarnya banyak lagi contoh2 perbezaanya. Yg paling ketara belajar math, ingat lagi kalai dulu mengira, mesti guna papan yang ada biji2 tu nak mengira, sekarang both Damias hanya guna mind sahaja mengira.. Contoh: 4+2.. Diaorg akan cakap four plus two equal how many??? Four in mind, take out teo, after four five, six!!! Kan nampak tak perbezaannya disitu???

Apa2 pun saya yakim coral pembelajaran akan datang pasti lebih advanced dari sekarang..

Selamat hari jumaat semua!!!



Thursday, April 25, 2013

How to make a suprise cake???

Wowww.. Creative Idea ni.. Bukan setakat creative ni, tapi boleh kena pelempang org yang buat kek ni.. Dan org yang menerima kek ni pun boleh mati sakit jantung ni.. Muahahaha..

Gurau2 di petang hari tatkala otak penat dan tangan kebas..:))

Biar penat bekerja janji puas hati dan dapat berkongsi kebaikan dengan org lain.. Aminnn

Wednesday, April 24, 2013

A Special Blogger Invite : Boleh pergi ke tak??? Boleh pergi ke tak???

Hi Mommies and Daddies! Guess what?! :-D

For the very first time in Malaysia, Disney is premiering the Sofia the First: Once Upon a Princess movie...and you, your kids, the entire family will be first to watch this before it debuts on the channels!

More information on the movie screening in the e-invite below and attached. BTW, May 11 is a Saturday (if you're wondering) and we hope you and your princesses and of course, princes too can join us at this "royal" screening.

If you're keen, please RSVP with these details (seats are limited but we'll try our very best to accommodate everyone!):

P/s: Boleh pergi ke tak ni??? Haishh kalau zaman tak banyak keje, boleh jer nak gi sambil2 shopping atau holiday kat KL kan..tapi apakan daya sekarang ni sangat2 busy.. Bukan cari alasan busy tapi mencari peluang rezeki yang Allah telah berikan kepada hambanya..Ok lah nak sambung packaging lagi dan pergi atau tidak biarlah masa yang menentukan..hihi

P/s: Ada blogger dapat invitation uang sama tak???


Finally, habis jugak...

... Ubat ubat ni setelah bercinta nak makan...

Ubat yg dibekalkan mesti dihabiskan dalam masa seminggu, ni dah nak masuk minggu ke 3 baru habis..

Jujurnya saya memang tak suka makan ubat atau jumpa doktor, sebab saya ni PENAKUT!!! Ni pun dipaksa rela dibawa oleh ayah damia ke klinik ni..

P/s: ada tak siapa2 yang sepesen ngan saya takut makan ubat dan takut jumpa doktor???

Tuesday, April 23, 2013

Beanbag like a nest....

....a sort of dream place...

P/s: Assalamualaikum dan Selamat Hari Selasa semua!!!! X sempat buat entry panjang2, bertanya khabar dan say hai dalam blog pun boleh kan..:)) Kalaulah saya boleh tidur seayu Aleesya macam gambar kat atas...hihi... Eh bukan ibu borek anak rintik ke???

Ok, jom sambung kerja!!!


Monday, April 22, 2013

Dapat no 3!!!

First time join.. First time menang.. 
Ok lah untuk budak umur 5 tahun lebih kan...dapat no 3 pun bukan main suka kepalang lagi Aleesya tu... 
Ayyunie pula dapat saguhati..
Janji dia orang berani nak mencuba..
Dia orang join colouring contest ni Anjuran UTM..


Ngeh ngeh ngeh..
Ayyunie warnakan muka orang warna pink..
Katanya tak ada warna krim/peach pun..
Yang ada warna oren jer..


Boleh lah nak...
First time masuk colouring contest kan..
Nanti asah bakat lagi..
Ibu kat tepi dok tolong korekkan pensil warna jer..:))


Seramai 10 peserta yang join..
Anak foreigner pun ada 2 orang join..


Yeayyy..Alhamdulillah..walaupun dah last2 minute tu Aleesya agak kalut gak sebab tak sempat siap warnakan semua, ibu cakap "warna jer laju2 Aleesya, tak yah slow slow sangat"...hihi
Ayyunie saguhati dapat gelas dan dalam gelas ada pudding jelly tu banyak2..
Tak sempat nak snap gambar Ayyunie..:((
Tak pe, bagi pengalaman kat Both Damias,
Kalau tak cuba tak ada pengalaman kan..
Kalau tak ada yang first time, cam mana nak ada yang second, third, forth time kan..
Hihi..

p/s: Sure anak2 uolss terror colouring kan..

Saturday, April 20, 2013

Sarapan di UTM

Happy saturday semua!!!
Malam tadi tidur jam 2 pagi sebab sibuk siapkan packaging sambil layan filem Dua Kalimah kat astro first, pagini jam 6 pagi dah bangun. Sebab harini ada Ekspo keusahawanan di UTM.

Sebelum tu, pergi Arked Meranti dulu makan-makan. As usual kat sini terdapat pelbagai pilihan makanan yang murah2 dan best!!! Sambil makan sambil dok bercerita kat Both Damias ibu dulu duduk kolej ni, belajar kat sini, jalan kaki dating ngan ayah kat sini.. Haha Aleesya tanya "dating" tu apa, ibu jawab "sayang sayang"... Hihi

Ok lah, nak sambung buat kerja dulu...happy weekends uolssss!!!

Thursday, April 18, 2013

Lately dapat banyak buku politik dari my students

Ya.. Tak pernah2 sebelum ni dapat pelbagai buku politik, kalini dapat pulak.. Bukan 1 naskah, tapi 3 naskah berbeza tajuk dan isu.

Tu saya snap 1 naskah yang ada dalam drawer saya. Kebetulan buka drawer nampak buku ni, terus terlintas nak snap dan buat entry.. Kesian lately blog macam dipinggirkan...

Lagi 2 naskah dalam kereta tak terusik dari mula2 dapat buku tu.. Haishh saya ni bukannya minat politik pun. Malas nak ambil tahu. But you know what??? Tadi sebelum saya snap, sambil makan tengahari depan lappy tadi, saya TERbelek2 buku ni, lepas tu TERbaca2 pulak, pastu TERfikir2 ada betulnya juga, dan TERcari2 kebenarannya lagi, dan TERanalisa mengikut senario yang berlaku sekarang, dan finally TERtutup buku tu dan malas dah nak fikir apa yang patut apa yang tak patut!!!! Nanti lagi fikir lagi TERsusahkan akal fikiran jer nak fikir kerja orang lain kan. Baik fikir kerja sendiri yang makin lama makin banyak dan makin mencabar ni kan..

Oklah cam mana students tu boleh bagi saya buku ni, sebab ayahnya adalah pengerusi DAP parlimen Skudai ni.. Dan students ni ambil private tuition kat rumahnya. Alhamdulillah, sebilangan dari private tuition student ayah damia adalah VVIP parentsnya. Saya memang tak nak ajar private tuition ni kecuali foreigner dari Arab Saudi jer saya ajar. The rest ayah damia yang handle. Al maklum lah, tutor pilihan ramai..:))..hihi.. Ni pun ayah damia tgh mengajar students di Le Grandeur Palm Resort kat Senai. Selagi ada permintaan, jangan lepaskan peluang. Macam artis, masa muda la kerja keras, esok dah tua2 boleh bercuti around the world sambil menghayati keindahan dunia kan.. Eh melalut sudah..

Ok lah saya nak sambung kerja buat syllbus utk students saya dari Egypt esok.

P/s: Pssssttttt, jangan bagitau org tau, saya tak daftar pun mengundi, cam mana nak pergi mengundi dan minat politik???? Opssss OH MY ATTITUDE!!!! You all ada yang tak daftar juga ke???? Huhu