Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Monday, August 17, 2020

Cover lagu pertama Daim Muslim bersama Ukulele


Daim & Ukulele barunya..
Baru beli hujung minggu baru ni..
Dia memang minat muzik..
Bab menyanyi lirik berterabur & bab cipta lirik sendiri memang serah kat dia ;-)..


Dah survey kelas Ukulele..
Tunggu Daim mahir ABC dan bacaan sikit lagi baru boleh enroll kan dia.
Kalau tak susah dia nak faham baca chord nanti.
Maklumlah baru 4 tahun.


Ok buat masa ni hari2 lah kitaorg kena dengar konsert lawyer buruk dia.
Tapi style dan gaya memang dah ON sangat.


Susah juga nak cari Ukulele untuk saiz 4-5 tahun ni..
Mula2 pergi CP Music tak ada stok..
Patu ke YAMAHA Taman U pun tak ada kena order dulu..
Then pergi pula YAMAHA Taman Sri Putri pun sama stock tak sampai lagi..
Last2 pergi ke YAMAHA Paradigmall barulah ada..
Tapi Daim tak ambil Ukulele yang paling kecil..
Ambil yang besar sikit dari usia dia sebab dia kan tinggi..
Sesuai lah dengan dia tu..
Dan boleh guna lama juga kan..


So sudi2 kan lah dengar cover pertama Daim bersama ukulelenya ni..
Dengan harapan aunty2 uncle2 kakak2 dan abang2 jangan moday blues ya..kiki..
More songs coming soon..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, October 7, 2012

Double row with both hand





Yeayy new skills for Aleesya!!!
Semalam Aleesya dah masuk level baru di YAMAHA music school.. So buku2 dan CD serta DVD pun dah kena beli baru..pelaburan yg berbaloi utk minat Aleesya..hopefully Aleesya terus berbakat dan menunjukkan kejayaan dengan minatnya bermain piano.. Amin amin

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Wednesday, October 3, 2012

Piano Performance by Aleesya at YAMAHA MUSIC SCHOOL



Sabtu lepas, tamat sudah level 2 Junior Music Course (JMC) utk Aleesya..
So lepas ni Aleesya akan sambung utk level 3 tapi masih kelas JMC lagi...
Utk level ni ada sampai level 4, lepas tu baru berganjak pada Course Piano yang lebih advance..

Btw Aleesya ni banyak kali jugak tak hadir kelas piano ni..
Bukan salah anak, tapi ibu dan ayah yang sibuk ke KL atau ke sana sini pada hujung minggu menyebabkan kadang2 Aleesya memang betul2 tidak dapat hadir..
So banyak jugaklah kelas2 music yang tertinggal...
Belajar piano ni kalau tertinggal satu kelas, memang akan blurr utk next class..
Lainlah kalau ibunya ni terror main piano kan..

Nak tak nak, kami anak beranak (ayahnya tak) memang practice bersungguh2 kat rumah..
Mana yang rasa ingat2 lupa tu, berusaha juga recall semula..
Dan 2 minggu masa yang diberikan kepada kami utk practice membuahkan hasil..
Sebab Aleesya dah hampir mahir main piano menggunakan kedua-dua tangan..
Ya, part yang paling susah apabila kedua2 tangan memainkan keynote2 yang berbeza..
So, practice jugak practice jugak dan practice jugak!!!


Ni sehari sebelum Aleesya kena buat persembahan di Yamaha..practice masa malam kat rumah..
Not bad, ada improvement dan dah boleh focus main both hand..
Walaupun ada yang Aleesya teragak2 nak tekan key mana..but it's ok..

YouTube Video

Dan ini pula masa persembahan Aleesya kat Yamaha keesokkan harinya..
Ni lagu kedua...memang perfect...cuma Aleesya terlebih mainkan keynote 1 baris pulak..
Masa lagu pertama, rythem Aleesya ada sedikit lari dari keynote yang sepatutnya..
But still boleh faham lagu tu..
Tak pe Aleesya, permulaan awal utk Aleesya pandai dan mahir main paino.
Bukankah setiap kejayaan dimulai dengan langkah yang sukar dulu..

Apa2 pun dear Aleesya, I'm always be your cheerleader!!!!

p/s: Tak pernah ajar lagi Aleesya main lagu happy birthday, hope 1 day she will play the song with piano to me!!
p/s: Oh ya, Aleesya juga mendapat pujian suara dan nyanyian paling best masa performance tu..:)



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Wednesday, November 2, 2011

Music Lessons || Progress Report

Dah lama tak updated pasal kelas music aleesya kan..
Btw lepas jer aleesya grade Musickids Programme
Aleesya dah up 1 level iaitu Junior Music Class (JMC)


Dulu2 Aleesya belajar kat level bawah jer..
Sekarang dah belajar kat first floor pulak...
Kat floor ni banyak kelas individu actually..
Cuma kelas aleesya ni jer yang group..


Ni kes datang awal lah ni..
Snap sana snap sini 2 beranak ni...:)


Kualiti gambar handphone cam ni ler..
Tak pe...anak ibu tetap comeyyy


Owh yer...sekarang dah ada children set sendiri..
Ni dapat masa bayar registration utk JMC..
Registaration fees utk JMC pun dah cecah RM400..


Fungsi children set ni adalah utk mahirkan diri dengan notes2 serta key2 yang diajar...
Alhamdulillah..Aleesya dah mula mahir recognize key2 dan notes2 masa main piano..


Kemahiran jari utk mengenal key2 & notes2 pun aleesya dah makin pandai..
Contohnya utk ibu jari kanak utk DO, jari telunjuk kanan utk RE.....
Dan begitulah seterusnya...


Kawan2 dalam kelas JMC ni semua baru2..
Sebab aleesya tak leh masuk kelas dengan geng2 music dia dulu..
Kelas yang tu hari sabtu malam...sob sob sob..cam mana nak meronggeng kalau malam minggu pi kelas kan...(wink wink)..
Kelas sekarang ni sabtu jam 3:30-4:30 petang...ok lah sikit..at least petang lepas kelas tu kalau nak travel pun still boleh lagi kan...
Teacher pun teacher baru...
Dulu Ms Ho, lemah lembut jer ajar..
Kini Ms Tan, lembut dalam tegas gitu...tapi efektif sebab Ms Tan lebih agresif....:)


p/s: Apa2 pun ibu & ayah harap Aleesya kekal minat bermain piano ni...biar berbaloi dengan duit yang dilaburkan serta alat2 muzik yang dibeli kat rumah tu...Bukanlah cita2 ibu nak Aleesya jadi seorang pemain piano terkenal atau pemain muzik tersohor...cuma sekadar ingin Aleesya cerdas, kreatif dan dapat menstimulasi sel2 otak melalui music...insyallah...


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, April 29, 2011

YAMAHA CERTIFICATE

Tahniah Damia Aleesya bt Khairuddin
I'm proud of you!!!


So, Aleesya dah boleh melangkah fo the next step..
Kali ini focus kepada listen the song + play the piano + read the notes..
Details later ok..



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Sunday, April 10, 2011

Tengah ajar my hubby main.....

 Currently..memang tgh ajar my hubby main...
Main apa?? Jeng jeng jeng...
Agak2 main apa yer??
Well..inilah hobi baru kami sekeluarga...


Main keyboard ler...
Tgh ajar my hubby main note "happy birthday" dan "twinkle2 little star"
Well..nampaknya my hubby dah ader improvement...


Tu bawak keluar buku music aleesya..
Harap2 ia dapat improve kan skill aleesya main keyboard..


Beli keyboard ni 30/03/2011..sempena birthday ayyunie..
Percaya tak?? Dalam satu hari jer ibu dapat main keyboard ni tanpa lihat note..
Lagu "happy birthday"
Pastu search googled lagu "twinkle2 little star"
Dalam 1 hari jugak dapat main lagu tu tanpa tgk note...
And sekarang baru start nak main lagu2 realiti..
Currently tgh practise lagu " Lagenda Budak Setan" tu


p/s: Nak ajar anak, kenalah ibunya dulu study dan practise habis-habisan kan...

p/s: Memang tiap2 malam balik keje, pasti akan duduk main keyboard ni...hopefully hobi ini akan berterusan...




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!