Showing posts with label famous. Show all posts
Showing posts with label famous. Show all posts

Wednesday, December 2, 2020

Gambar saya dan team CocoDamia muncul dalam Belanjawan Johor 2021





Wow wow wow..
Patutlah famous haritu (26 November 2020)..
Ramai kenalan yang tagged saya kat FB dan ada juga yang send gambar kat whatsapps..

Rupa2nya saya jadi model value 1 Juta dalam Pembentangan Belanjawan Johor 2021 oleh MB Johor..
Muka2 staffs CocoDamia pun ada nilai 300 ribu juga tu. 
Muka anak Ayyunie pun ada sipi2 .
Memang kuat sungguh aura positif CocoDamia & GO JB Chocolate ni.
 Aaminn..

IF YOU QUIT NOW..
YOU'LL END UP RIGHT BACK WHERE YOU FIRST BEGAN.
AND WHEN YOU FIRST BEGAN..
YOU WERE DESPERATE TO BE WHERE YOU ARE RIGHT NOW.

KEEP GOING! 

p/s: Doakan dan merayu2 kepada Allah supaya Covid-19 ni cepat2 terhapus dan berlalu agar kita boleh kembali hidup normal seperti sebelum kewujudan pandemik ni...aaaminn





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 26, 2016

Interview dari students UTM ke Premis CocoDamia


Harini ada interview dari students2 UTM...

Seawal pagi dah masuk kilang CocoDamia..
Inilah my view this morning..
Sementara tunggu students2 UTM tu datang, sibukkan diri kat production room sat..
Ni coklat untuk goodies...
Siapa2 nak buat tempahan pun boleh ya..
Hubungi je HOTLINE COCODAMIA 010-6468383.


Jam 10 pagi mereka pun sampai..
Lama juga sesi interview kalini..
Lepas gian lah katakan...
Sepanjang saya bercuti, ayah Damia tak terima mana2 interview..haha
Katanya tunggu saya naik kerja dulu...hihi..
Al-maklumlah...Ayah Damia sibuk ke sana sini..

Btw diaorg cakap saya nampak muda dari usia...mih mih mih...
Pandai ambil hati saya pagi2..


Sesi sharing macam mana business yang hanya bermula dari rumah boleh sampai ke pasaran eksport..


Soalan wajib ditanya...
Liku2, cabaran, jatuh bangun business..


Bawa mereka tengok sendiri cara2 pembuatan coklat dalam production room..
Langkah2 keselamatan makanan perlu dititik berat ya..


Teruja masing2 nak try buat coklat..


Lelaki pun teruja nak buat coklat juga ni..
Nampak senang tapi haihhhh...


Teknik, suhu, cara penyimpanan, pengendalian bahan mentah, kaedah pencairan coklat....semua ini perlu ada ilmu dan teknik yang betul ya..


Coklat goodies dan coklat hiasan yang telah siap..
Ambil2 berapa banyak yang kamu mahu...hihi..


Eh eh Daim enterframe lah..
Daim datang masa otw ayahnya nak hantar kakak2 gi sekolah..
Tidur je sepanjang interview..
Habis interview baru bangun..
Ramah pula tu dengan tetamu2 yang ada..
Good boy!


Cenderahati daripada CocoDamia..


Cenderahati daripada UTM..
Terima kasih...


Nampaknya lepas ni...selain daripada coklat, Daim juga menjadi subjek utama ya...hihi..
Daim pantang kena diagah2..
Memang sukalah dia..
Siap pakej ketawa kikikiki lagi..
Hihi good boy..

Last sekali kata2 azimat saya kepada mereka
" Jangan tunggu sempurna baru nak buat, tapi buat sampai sempurna"..

Terima kasih sekali lagi kepada student2 HR dari UTM yang sudi jadikan CocoDamia sebagai bahan kajian tugasan mereka. Dah published dalam majalah nanti jangan lupa bagi free kat saya satu naskah ya...

Seperti biasa, untuk pembelian Coklat IQ dan Energy Bar CocoDamia, boleh buat pembelian melalui www.cocodamia.com atau whatsapp 010-6468383.

Terima kasih semua..

p/s: Esok ada lawatan dari 40 orang pula...semoga dipermudahkan...aamin

Saturday, April 23, 2016

Shooting Rancangan Kokolog Musim 3 bersama CocoDamia


21 April 2016 (khamis)

Alhamdulillah..Selesai sudah....
Terima kasih kepada Puan Dora, selaku wakil dari Lembaga Koko Malaysia Sabah, team Production House yang sporting dari Kalam Ariff Holdings, team shooting yang diketuai oleh Director, Yusmal Ghazali (pelakon juga dia ni kan?), Chef Kamarul selaku hos Rancangan ini dan juga team2 yang lain terutamanya team CocoDamia sendiri.


Saksikan Rancangan Kokolog Musim 3 bermula Ogos ini sebanyak 13 episod.
Petang nanti kita shooting bersama celebriti pula di Nilai. Siapakah celebriti itu? Tunggu!


Masing2 mengambil kerja masing2..


Setting lighting dan shooting


Roll Camera! Action!


Dah start shootingnya...
Kalini biar ayah damia jadi main actor pula..
Hihi....perut besar, segan nak jadi main actrress gitewww.,,,


Make up time..
Tapi tetap kena enterframe juga sikit2...


Bukan main lagi Chef Kamarul nak tolong buat packaging ya..


Shooting bilik production..


Tanpa skrip..
Semuanya spontan je cakap..


Staff pun kena touch up lah..


Shooting bahagian packaging line pula..


Roll camera! Action!


Dah siap semua, jemput makan nasi tomato ya..
Masing2 dah keletihan dan kelaparan tu..


Bergambar kenangan bersama wakil dari Lembaga Koko Malaysia Sabah, Kalam Ariff Holdings dan Chef Kamarul..


Puan Dora, wakil dari Sabah


Bersama director, Yusmal Ghazali


Plak penghargaan dari Kokolog 3


Tq Kokolog 3 dan Lembaga Koko  Malaysia..


Team CocoDamia pun nak enterframe juga..


Finally, 8 malam...it's wrap..
Alhamdulillah..
Syukur atas peluang ini..


p/s: Ok gerak ke Seremban dulu untuk sambung shooting lagi lepas serahkan stok CocoDamia kepada Sole Distributor Singapore pagi tadi. Semoga urusan harini dipermudahkan dan diberkatiNya.. Aaminnn..















Thursday, March 3, 2016

Semalam interview, harini terus masuk suratkhabar Sinar Harian

Pantas betul kan..
Saya dapat makluman yang artikel akan keluar 2-3 hari lepas interview, rupanya keesokannya juga keluar.
Saya tahu pun sebab rakan-rakan usahawan yang whatapps dalam group.

Btw "harini" tu merujuk kepada tarikh 7 Februari 2016 yang lepas....
Sehari sebelum cuti Tahun Baru Cina baru2 ni..
Backdated punya story lah ni..hihi....
Baru sempat lahhhh....



Dalam Sinar Harian tu, ada cerita CocoDamia tentang bagaimana Pensijilan Halal mampu membantu para usahawan untuk berkembang lebih jauh dan lebih global lagi.

Walaupun terdapat banyak kerenah, birokrasi serta kos-kos yang terlibat semasa permohonan Pensijilan Halal, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk memilikinya. Malah lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.


CocoDamia antara produk tempatan yang mendapat sambutan. Bahkan makin produktif melebarkan sayap ke Negara-negara Asean. Insyallah, makin lama makin teguh. Terima kasih juga kepada Matrade Wilayah Selatan atas sokongan dan perkongsian ini.

Untuk pembelian produk-produk CocoDamia, boleh layari www.cocodamia.com atau hubungi sahaja 
010-6468383. Pencarian ejen-ejen di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Vietnam masih diteruskan untuk memenuhi kapasiti permintaan dan kemudah capaian produk2 CocoDamia.

Don't hesitate hubungi kami ya!

Terima kasih Allah.

Saturday, February 6, 2016

Selesai sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.


Selesai sudah sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.

Btw balik je Ayah Damia dari Brunei, memang kesibukan berganda-ganda. Terutama ada 2 sesi interview dari Sinar Harian dan Akhbar Brunei yang nak buat coverage tentang Produk Halal Bumiputera yang eksport ke Luar Malaysia.

Dah tolak sebenarnya untuk interview ni hari khamis lepas dengan alasan tak sempat dan banyak kerja lain, tapi semalam jumaat call lagi nak interview.
Habis tu semalam pula sibuk dengan payaslip dan urusan bank sebelum staffs semua bercuti panjang kan. Postponed pagi ni pula. Ni pun mood ting tong ting tong nak interview sebab mood cuti-cuti kan.

Tapi last2 muhasabah diri adalah sebab tu kenapa Allah memilih kami untuk interview harini. Kalau dah berkali-kali tolak, tapi rezeki tu tetap juga, adalah tu Allah janjikan sesuatu yang lebih baik kan.

Ok. Meh kita pulun jawab soalan3 dari wartawan Brunei pula. Dengan harapan selesai semua, dapatlah bercuti dengan tenang...(Tipuuuu...Urusan kerja tak pernah habis pun)

P/s: Banyak lagi email2 yang nak jadi ejen dan pembelian borong tak dijawab lagini. Sebarang pembelian borong, boleh hubungi 010-6468383. Untuk pembelian runcit, sila layari www.cocodamia.com


Terima kasih Allah..
Terima kasih Sinad Harian..
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong CocoDamia dan Pusat Bahasa Pelangi..



Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wordnesday || Dah sampai!


Yeayy!
DVD-R dah sampai.
Boleh tengok sampai puas!

Sambil-sambil cari mana kekuatan dan kelemahan diri sendiri bila kena interview dan masuk dokumentari.
Terima kasih RTM

Friday, December 18, 2015

CocoDamia dalam Dokumentari Agrojurnal TV1

Alhamdulillah, ahad lepas (13/12/2015) bersiaran sudah Dokumentari mengenai Usahawan Coklat CocoDamia dalam siaran dokumentari Agrojurnal di TV1. Siaran yang berlangsung selama 30 minit itu betul-betul telah memberi impak yang besar kepada CocoDamia. Yang paling best, siaran tak habis lagi 30 minit, tapi whatapps dan call bertalu-talu masuk sehingga kini. Kebetulan pula kami sekeluarga baru balik dari cuti2 Melaka jam 4 petang, so agak kelam kabut juga sampai rumah dan setting DSLR untuk rekod dokumentari tersebut. 

Impak bukan sahaja dari segi peningkatan jualan serta kesibukan masa untuk melayan pertanyaan-pertanyaan orang ramai, malah impak besar kepada branding COCODAMIA itu sendiri. Permintaan ejen bertalu-talu masuk melalui email, namun jujur katakan, tapisan pelu dilakukan agar yang betul-betul serius dan yang berpotensi sahaja yang team CocoDamia akan pilih. Insyallah mana yang boleh CocoDamia berkongsi rezeki, akan kami cuba agih-agihkan.

Dokumentari ini mengambil masa 3 hari untuk shooting ya. Namun dalam blog ini saya hanya sempat buat entry pada hari pertama sahaja. Hari kedua dan seterusnya tersimpan rapi dalam draft. Hihi...tak sempat nak mengarang bait-bait tulisannya. Namun jika ada yang nak melihat disebalik belakang tabir shooting ni, boleh lah jengok-jengok ke Fanpage: Coklat IQ ya.

Gambar-gambar dibawah adalah saya snap sendiri dari handphone saya. Nak tunggu gambar2 DSLR, jenuh nak cari masa transfer dan resize gambar. Tak pe mana yang kita boleh dahulukan, kita up dulu. Kalau tak, memang tak terbuat entry ni nanti.

Saya menceritakan bagaimana CocoDamia bertapak

Pegawai dari Lembaga Koko Malaysia, Nilai

Distributer CocoDamia, Sahabat Roselle Marketing

Orang kuat CocoDamia

Pengurus Sahabat Roselle Marketing

Pengurus Cawangan Maslee Taman Teratai

Regular Customer CocoDamia

Menceritakan pasaran CocoDamia

Ulasan dari Pegawai Jabatan Pertanian Johor Bharu

Bersungguh-sungguh saya disitu

Pegawai dari Jabatan Pertanian

Discuss bersama pegawai FAMA

Pengarah FAMA yang menceritakan bagaimana COCODAMIA berusaha untuk menembusi pasaran hingga luar negara

Promosi dilakukan tanpa henti

Terima kasih Allah kerana membuka hati media-media yang terlibat untuk membuat coverage tentang COCODAMIA

Insyallah..tiada yang mustahil

Team cocodamia yang banyak membantu menaikkan branding CocoDamia

Terima kasih team CocoDamia

Semoga CocoDamia terus melakar kejayaan hingga puncak

Ni saya nak promo sikit. Saya nak bagi peluang kepada pembaca-pembaca blog saya kepada yang serius nak jadi ejen CocoDamia atau Krukk Krakk Energy bar, bolehlah hantar permohonan ke cocodamia@yahoo.com.

Untuk pembelian runcit atau sikit-sikit pula, bolehlah layari www.cocodamia.com ya. Lebih senang, lebih pantas, lebih sekuriti.

Selamat shopping bersama CocoDamia uols..
Allah jua yang mengerak hati kalian.

Terima kasih Allah. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan dokumentari ini.

p/s: Terima kasih juga pada kenalan2 yang tag gambar dan status pada saya semasa Agrojurnal ni bersiaran. Appreciated it!