Showing posts with label annoucement. Show all posts
Showing posts with label annoucement. Show all posts

Monday, February 28, 2022

Lawatan sambil belajar (Edutour) buat coklat di Go JB Chocolate



Terujanya adik-adik semua dapat buat aktiviti luar setelah sekian lama.

Edutour  pada (24/2/22) dari Tadika Raudhatul Iman, Bandar Pulai Jaya. 
Terima kasih kepada guru pengelola dan guru-guru pengiring juga. 
Kita jaga SOP sama-sama ya selagi boleh. 
Yang penting semuanya teruja pabila masuk GO JB Chocolate.

Edutour ni pun merupakan satu "education" kemahiran insaniah serta kemahiran tidak langsung kepada semua peserta. Bukan sahaja ilmu, pengalaman dan pemerhatian sahaja yang dapat, malah nilai2 murni turut diterap dalam modul yang disediakan.

Have fun kids! Happiest Edutour begin with us!

P/S: Untuk cuti sekolah ni, kami juga menerima lawatan dari kumpulan2 kecil seperti taska, childcare, family group, pusat tuisyen, sekolah Pendidikan Khas dan lain-lain. 
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk booking tarikh dan maklumat lanjut.


Rindu dengan zaman sebelum pandemik, pagi petang mesti je ada lawatan pelajar-pelajar dengan bas yang turun depan ni.


Welcoming board yang akan sentiasa bertukar-tukar nama mengikut tarikh dan nama sekolah.


Sebelum masuk kita ambil suhu, spray tangan dan sembur sanitizer dulu para peserta.


Comel2 semuanya..


Sesi Edu-learning


Ya dik, tak sabar nak makan coklat ke tu?


Kita bagi makan coklat puas2..


Dah buat macam2 aktivit dalam ni, sampailah kita ke aktiviti kemuncak...


Masing2 tak sabar nak buat coklat sendiri.


Sempat lagi posing ya.


Warna warni bermain dengan coklat.


Masa untuk bawa blik coklat masing-masing.


Yeayy..happiest Edutour begin with GO JB Chocolate.


Sesi pemberian ole-ole.

Kepada organisasi yang berminat, boleh lah hubungi 010-6468383 untuk booking tarikh dan dapatkan details ya. Terima kasih.




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 2, 2020

Gambar saya dan team CocoDamia muncul dalam Belanjawan Johor 2021





Wow wow wow..
Patutlah famous haritu (26 November 2020)..
Ramai kenalan yang tagged saya kat FB dan ada juga yang send gambar kat whatsapps..

Rupa2nya saya jadi model value 1 Juta dalam Pembentangan Belanjawan Johor 2021 oleh MB Johor..
Muka2 staffs CocoDamia pun ada nilai 300 ribu juga tu. 
Muka anak Ayyunie pun ada sipi2 .
Memang kuat sungguh aura positif CocoDamia & GO JB Chocolate ni.
 Aaminn..

IF YOU QUIT NOW..
YOU'LL END UP RIGHT BACK WHERE YOU FIRST BEGAN.
AND WHEN YOU FIRST BEGAN..
YOU WERE DESPERATE TO BE WHERE YOU ARE RIGHT NOW.

KEEP GOING! 

p/s: Doakan dan merayu2 kepada Allah supaya Covid-19 ni cepat2 terhapus dan berlalu agar kita boleh kembali hidup normal seperti sebelum kewujudan pandemik ni...aaaminn





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, October 29, 2020

Salam Maulidur Rasul 1442H/2020


Salam & selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad. Wa'ala Ali Saiyidina Muhammad.

Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda. Aamin ya Allah.

#salammaulidurasul








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 12, 2020

Kids Chocolate Making Workshop in JB


Sempena Bulan Kemerdekaan dan Cuti Sekolah minggu depan, 
GO JB Chocolate ada buat bengkel membuat coklat.
Terbuka kepada umum kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 15 tahun. 
Semua keperluan kami sediakan termasuk apron dan peserta hanya bawa diri yang sihat sahaja. 
Sijil penyertaan turut diberikan.
Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti makan coklat dan minum air coklat sampai puas, tayangan video, pengenalan jenis-jenis coklat, DIY coklat ikut kreativiti sendiri dan yang paling best, semua peserta boleh bawa balik coklat yang dibuat masing-masing. Wowwwww!
.
Tarikh boleh pilih samada 20, 21, 22 atau 23 Ogos 2020. 
Dan masa bermula dari 9 pagi hingga jam 11:59 pagi.
.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak kelas membuat coklat, cepat2 

www.wasap.my/+60127560895/experiencechocolate ya.
.
Tempat terhad. 1 sesi hanya 10 peserta sahaja mengikut SOP.

Jom kita tengok soalan-soalan yang berkaitan dengan bengkel membuat coklat ni dibawah..














Nota kaki: Gambar-gambar diatas adalah sebelum PKP. 




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, March 22, 2020

Langkah selepas pulang beli barang untuk cegah Covid19



Tak payah nak keluar rumah tanpa sebab2 mustahak. Kalau nak beli barang2 keperluan asas pun, biar ketua keluarga seorang je yang pergi. Dan amalkan langkah2 pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Sebelum ayahnya balik, dah halau anak3 ni semua naik atas. Jangan turun selagi ibu tak suruh turun.

Ayahnya balik pula, buang sarung tangan dan face mask tu siap2 dalam plastik kat tong sampah luar. Basuh tangan dengan sabun kat luar. Masuk rumah terus pergi tandas mandi dan rendam pakaian dalam sabun. Dah siap, baru panggil anak2 turun ke bawah.

Tu tak masuk nak sanitized dan lap barang2 dapur kering pula. Barang2 basah basuh siap2. Sayur2 dan buah2 rendam dalam air garam dulu.

Tapi ayahnya bagitau, ada juga yang degil buat donno je gi kedai Acheh selsema tak pakai face mask, tak pakai sarung tangan dan yang lagi kronik bawa anak2 kecik naik motor. Adoiii..kenapa susah sangat nak dengar arahan dan jaga keselamatan ni..

Semoga ketua2 keluarga kita semua dilindungi olehNya.

#covid19
#perintahkawalanpergerakan
#velocifero



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, April 16, 2019

Kenapa perlu doorgift/goodies kahwin?


Kenapa perlu goodies/doorgift kahwin?

Ia diberi untuk meraikan tetamu yang hadir. Disamping sebagai tanda kenang-kenangan dari pasangan keluarga pengantin.

Dulu, bunga telur adalah doorgift yang paling popular. Macam2 bekas, bunga dan gubahan ada.

Tapi sekarang doorgift pun menampakkan perubahan trend dan lebih menarik. Semuanya nak yang terbaik untuk para tetamu yang hadir.



Kalau rasa tak ada idea nak tempah doorgift apa, boleh lah tempah oat choco 2pcs dalam gift box ni. Bukan sahaja rasa yang sedap, tahan lama, coklat tak cair, aneka pilihan kotak menarik, hiasan boleh bincang ikut tema dan yang paling penting, budget 1 kotak ni tak sampai pun RM4. Bijak2 pilihan client kami dari Kelantan ni.


Coklat handmade, balut pun handmade, tampal sticker handmade, hiasan reben pun handmade, memang dibuat dengan penuh teliti dan kasih sayang.


Eh, tak semestinya untuk kahwin je.
Untuk apa2 majlis keraian macam Hari guru, Hari ibu atau Hari jadi pun boleh tempah juga.


Tempahan kahwin dari client kami di Singapura.


Tempahan sempena Hari Guru.

Yang berminat nak tempah doorgift, boleh whatsapp 0127560895 ya.
atau
Terus datang sendiri ke GO JB CHOCOLATE, Taman Teratai, Skudai


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 15, 2018

CocoDamia dapat Anugerah Pingat Emas Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan

Peringkat Daerah - Juara
Peringkat Negeri - Juara
Kini kami juara untuk peringkat Kebangsaan pula..


Alhamdullillah,  syukur.  
Tidak dapat kami dustakan Rezeki dari Allah swt setelah kita usaha sebaiknya.  
Syukur *COCODAMIA* mengondol *Anugerah Emas* Inovasi Peringkat Kebangsaan. 
Syukur Ya Allah.  
Terima kasih team Cocodamia.
Terima kasih  team Jabatan Pertanian Daerah JB  dan Johor,
 serta yang banyak menyaksikan perjalanan kejayaan hari ini iaitu anak anak kami Aleesya, Ayunnie dan Daim.




Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat lebih lagi untuk berjaya dan maju masa hadapan.


Bukan senang nak buat sesuatu inovasi ni, kecuali tuan punya business itu sendiri tahu subject matter yang timbul dalam business tu..


Nak bawa mesin ke Serdang besar sangat, so kita pamerkan melalui gambar dan mould CocoDamia sendiri..


Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong CocoDamia dan GO JB CHOCOLATE..


Alhamdulillah..

Thursday, October 18, 2018

Happy 11th Birthday Aleesya


Semalam..
17.10.2018

Genap usia anak sulung ibu 11 tahun..
Anak yang paling senang dilahirkan..
Anak yang dilahirkan paling kecik berbanding adik2nya..

Anak yang paling jiwanya sensifif..
Anak yang sentiasa beralah ngan adik2..
Anak yang dari kecil dah melalui liku2 kehidupan bersama business ibu dan ayah kesana kemari.. 

Semalam FB Throwback video2 dan gambar2 masa dia kecik, terasa sangat yang masa ni berputar laju.. Teringat pelat2 dia, teringat kerenah2 dia, teringat manja2 dia.. Semua tu satu memori. Mujurlah time dia kecik2 dulu banyak gambar2 dan video2 dirakam utk tatapan harini dan akan datang.

Tapi seiring dengan usia, dia makin bertambah pemalu. Maksudnya perkembangan emosi remajanya seiring usia. Pagi2 tadi sebelum hantar dia ke sekolah, minta snap sekeping gambar, ditutupnya muka dengan belon. Hihi. Dah besar ni tak leh paksa2 bergambar dah.

Dan dia pun rasa diri dia makin besar. Demand nak hadiah birthday bag sama macam staff bujang ayahnya pakai. Wahh dah makin pandai melaram.

Semoga Damia Aleesya membesar sebagai anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Aaaminn... 


Dah pandai demand nak hadiah apa dan macam mana.. 


Gigih lepas ibu balik kerja terus gi cari beg idaman birthday girl dengan Daim malam tadi. Alhamdulillah, kul 11 malam dia balik tengok hadiah, dia happy.. Warna beg pun warna kesukaan dia warna pink..


Tengahari semalam, celebrate dengan daim dan ayahnya sahaja di SDS. Ibu as usual busy kat kilang.. Ayyunie pula sekolah.. Huhu..

Walauapapun, doa ibu untuk kakak dan anak2 ibu tidak pernah putus. Ingat ibu dan ayah selalu dalam doamu jua anakku.. 
Aaaminn.. 

Monday, August 14, 2017

Washing Machine & Steam Iron for Sale at Cheap Prices


ALHAMDULILLAH..
Rezeki Hari Jumaat lepas..
Terima kasih Haier Malaysia
Hadiah washing machine & steam iron dah sampai..

Moga lebih banyak lagi rezeki yang tak disangka-sangka selepas ini.
Rezeki yang kita usaha setiap hari tu memang dah pasti!


Tapi memandangkan kat rumah saya pun dah ada washing machine yang cukup menampung keperluan pencucian baju kami, dan kat rumah pun memang guna steam iron, tak naklah benda2 ni membazir atau rosak macam tu je kan..
Jadi saya nak jual lebih murah dari harga online dan juga harga pasaran direct kedai..
Prefer mereka yang berada di sekitar JB sahaja untuk washing machine.....
Lagi elok kalau self-pickup..
Kalau steam iron insyallah saya boleh pos..


Ni harga untuk steam iron..
Memang senang guna steam iron ni..
Baju cepat je lentik sebab guna wap kan..
Jimat masa..

Saya nak jual RM45.00 sahaja..
Kalau siap postage RM50.00 sahaja..

UPDATED: STEAM IRON SOLD


Ni pula harga Lazada untuk washing machine tu..
Besar ni weii..
14kg..
Dah macam kat kedai dobi dah..
Senang nak basuh comforter dalam ni...


Ni antara function2 yang ada..


See!
Review pun 5 bintang tau..
Insyallah dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya..
Saya nak let go RM1200 sahaja..
Kondisi kotak 10/10 sebab masih dalam kotak dan tak buka2 pun..

Sesiapa yang berminat nak beli, boleh whatsapp saya di talian 012-7560895 ya.

Moga Allah permudahkan urusan dan rezeki kita sekalian...aaaminn..