Showing posts with label Raya 2021. Show all posts
Showing posts with label Raya 2021. Show all posts

Friday, May 21, 2021

Menu juadah 1 syawal hingga 3 syawal Raya PKP 2021


Simpan sini..
Menjadi kenangan untuk tahun2 akan datang..
Bukan senang nak jaga emosi semua orang sebab tak boleh ziarah, tak boleh balik kampung dan tak boleh rentas Daerah/Negeri disebabkan PKP ni kan..
Tapi raya tetap raya...
Masaklah secara  sederhana untuk keluarga tercinta..
Kalau tak, tak ada pula istilah RAYA untuk anak2 nanti.


Juadah 1 Syawal..
Masak Rendang daging, ayam masak merah, pulut kuning dan kuah sate.
Ketupat nasi dan lemang beli.
Sate dah tempah awal2..
Kek Lapis Warisan Ori dari Sarawak pun dah tempah awal2..
 Dan ada juga menu2 lain seperti nasi beriani dan ketupat palas hasil bertukar2 juadah dari jiran2..


Juadah 2 Syawal..
Rindu kampung punya pasal..
Kita masak Menu Nasi Dagang..


Semua saya masak ya..

1. Nasi Dagang Ganu
2. Gulai berempah ikan tongkol
3. Gulai lengkuas udang
4. Gulai ayam kaw kaw
5. Gulai telur rebus
6. Sambal Nyor ikan..

Satu kepuasan bila dapat masak sendiri semua menu kat atas..


Memang sengaja masak lebih..
Sebab nak bagi "munjung" kat kenalan dan jiran2..
Dah tak boleh ziarah, kita bagilah hidangan sebagai penganti..


Juadah 3 syawal..

Sup kaki lembu, gearbox lembu dan daging lembu seperiuk dang.
Boleh dijadikan kuew tiaw sup, nasi air atau hirup begitu sahaja..

Masak banyak2 ni pun berbagi2 rezeki dengan jiran2..
Selalu raya boleh ajak orang datang rumah makan2..
Ni bagi je lah kat jiran2..


Konon masak sup sebab dah muak 2 hari turut2 makan makanan berlemak santan.
Sekali gi bantai sedut "lelemaks" dalam tulang tu...
Aduhh..tu pun lemak juga kan..aiyoyoyo...


Bukan main panjang kaki lembunya..
Sampaikan nak sedut lelemaks dengan straw pun tak sampai..haha

Esoknya 4 syawal dah start puasa 6..
Alhamdulillah, harini dah boleh raya lagi sekali..
Hikmah PKP, Puasa 6 pun habis awal..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 17, 2021

Tradisi dihati walaupun Raya PKP 2021



Tradisi dihati..
Setia disisi..
Walaupun kita raya dalam PKP.
Nikmat raya haru dirai.


Amboi Daim..
Sengih2 tengok ibu bermaaf-maafan dan bercium-ciuman dengan ayah ya.


Ya walaupun dalam PKP, raya tetap raya..
Cuma cara yang lebih sederhana..
Kalau tak, tak adalah momen raya untuk anak3 nanti.
Terutama untuk usia Daim tu.
Dah lah puasa 20 hari penuh, takkan kita tak raikan..

Amboii Daim, siap intai ayah bagi duit raya kat ibu berapa ke tu?


Ya walaupun tak boleh balik kampung..
Tak boleh ziarah menziarah..
Tak boleh rentas daerah dan negeri..
Tapi tradisi raya tetap kita kena hidupkan..
Untuk disemai dalam hati anak3..
Takut lama2 nanti, tradisi makin dilupakan..
Akibat dari Covid 19 punya penangan..

Antaranya Tradisi bersalam-salaman dengan keluarga..


Tradisi berpeluk-pelukan dengan ibu ayah..


Tradisi bagi duit raya..


Hah..dengan ibu kena minta maaf banyak sikit kan..
Sebab suka bagi alasan bila ibu minta tolong tu ni..kui kui..


Betul ke ramai cakap muka Aleesya hampir sama dengan ibu?


Hah, yang si bongsu ni memang banyak ragam yang mencuit hati..
Ayahnya cakap kena minta maaf 10 kali..
Boleh pula mula2 salam tu Daim cakap ""assalamualaikum"..haha


Sukalah tu ya Daim dapat duit raya..
Mentang2 Daim banyak puasa tahun ni, ayah bagi lebih lagi duit raya Daim..


Giliran Ayyunie pula bermaaf-maafan dan dapat duit raya..


Ibu suruh Ayyunie cakap dulu apa kesalahan2 dia sebelum ni sebelum minta maaf dengan ibu..
Barulah dia lebih menghayati erti maaf tu kan dan tak kan mengulangi lagi..


Selesai sesi tradisi di pagi raya..
Cuma ralat hanya Ayah Damia seorang sahaja dibenarkan solat sunat aidilfitri..
Yang kanak2 dan perempuan tak dibenarkan kerana PKP..


Both Damias..
Dah besarkan diaorg..
Siapa yang ikut perkembangan mereka since blog ni tercipta tahun 2009, tahulah besar mana dah mereka ni.


Duit2 raya yang mak/pak sedara mereka serta kenalan ibu ayah yang bagi melalui bank transfer, kami cash out kan dan masuk dalam sampul siap2 bagi mereka. Kiranya wakil kan lah. Tu pun dah happy sakan mereka. Ya lah musim2 tak leh ziarah ni, mana dioarg nak momen dapat duit raya kan.


Family Potrait..
See..the cheeky boy..


Alhamdulillah..
Setia di sisi bersama keluarga kecil kami..


Sesi posing2 pula sebelum menikmati juadah raya..
Baju kurung kain pleated dari Mawar Cotton..
2 hari nak raya baru sempat gi kedainya beli..


Baju ayahnya dan Daim dari butik Gene Martino..


Semoga sentiasa setia disisi ya bang..


Alhamudillah..
Sempurna sudah 1 Syawal kami..
Moga2 tahun depan tiada lagi tak boleh rentas negeri..
Dan dapat pulang ke kg halaman beraya bersama orang2 yang dikasihi.

Selamat Hari Raya Aidilfiri..
Maaf Zahir dan Batin..
Untuk semua yang menbaca blog ini serta mengenali diri ini..





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::