Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Wednesday, February 9, 2022

JJCM Kuantan II Kuantan Art Street


Family where life begins and love never ends.






Walaupun Penang Art Street lagi banyak mural dan lebih popular, tapi dah alang-alang bercuti di Kuantan, kami tidak melepaskan peluang bergambar bersama mural-mural yang ada.
Lagi pun dekat sangat jalan kaki je dari hotel yang kami stay dan orang pun berapa kerat je ada..
So boleh posing2 dengan amannya.
Tapi satu je lah tak tahan...iaitu panas terik...kih kih..
Lepas dah posing sakan kat Art Street ni, terus cepat2 cari air sejuk kat kedai runcit berdekatan..haha.















Ni pula suasana Kuantan Art Street waktu malam..
Nampaknya lebih ramai yang datang waktu malam dari siang..
Happy reading & watching...


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, February 5, 2022

JJCM Kuantan II Kula Cake


Sanggup beratur 1 jam lebih.
Semata2 nak dapatkan mango cheese cake bualan netizen dan tersedap di Alam semesta katanya.
Ok, bukti kami sekeluarga dah sampai sini..ngeh ngeh..


Bila dah masuk dalam ni legaaa...
Sejuk lah sikit berbanding beratur berjam kat luar tadi..
Macam-macam kek ada.
Tapi misi saya tetap pada Mango Cheese Cake yang utama.


Nak order minuman pun ada.
Yang famous kat sini Pandan Cooler..
So refreshing..
Gabungan pandan, serai, selasih dan apa lagi ntah..
Tahu minum je..tapi sedap lah..


Rasa Mango Cheese leleh tu  macam makan ais krim + mango gitu. Dan cake ni kena frozen ya. Kalau dalam perjalanan tahan 5-6 jam siap bungkus dengan aluminium sebelum masuk kotak.

Peanut pie dia pun sedap. Macam makan ais krim oreo + kacang. 
Yang penting vibes dine in dia sangatlah cool dengan view Menara Kuantan.


Yang ni view menghadap ke belakang..
Kalau menghadap ke depan betul2 nampak Menara Kuantan..


One for album..
Ok nanti sambung lagi..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, February 3, 2022

JJCM Kuantan II Makan dalam gerabak keretapi

Misi JJCM Kuantan sempena cuti Tahun Baru Cina..
Kita mulakan dengan Belibis Cafe yang terletak di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Makan dalam gerabak keretapi yang tak bergerak sambil menikmati pemandangan tepi sungai gitu konsepnya. Berangin sejuk je suasana.


Nak makan dalam gerabak keretapi, penuhlah pula..
Makan kat bawah ni pun boleh sambil menikmati pemandangan sungai..


Ni pintu masuk ke dalam ruang untuk ambil makanan dan minuman...


Cantik tembaga2 lama ni..


Tapi sebab kami pun sampai late lunch dah dalam pukul 3:30, makanan memang dah banyak habis. Makan je lah apa lauk yang ada. Tunggu 4:30 pula menu akan bertukar jadi western. So tak leh review sangat bab makanan tu. Adoii baru nak try laksa Pahang dan puding raja.


Laluan2 keretapi tanah melayu..
Teringat kecil2 dan masa belajar dulu pernah juga naik keretapi balik Kelantan.


Daim tak pernah lagi naik keretapi..
Tapi naik aeroplane dah banyak kali...


Lagi satu meja dalam gerabak tu hanya ada 5 je. So kebarangkalian nak makan dalam gerabak waktu orang ramai sangat lah tipis. Ada air-cond dalam gerabak. Kerusi meja pun selesa. Boleh naik bergambar je lah kalau tak leh makan dalam tu


Posing je lah mampu kan..


Yang nak datang makan sini kena rancang waktu elok2 ya sebab menu akan bertukar2 seperti waktu dibawah:
Sarapan pagi (8-10 pagi)
Lunch (11:30-2 petang)
Western (4:30-6:30 petang)


Enterframe sekeping..


Ada pameran juga kat luar muzium ni..
Ramai yang singgah solat dan berhenti berehat kejap sambil2 cuci mata disini..


Boys memang suka lah kenderaan2 rare macam ni..


Ok sampai sini dulu..
Nanti sambung kat tempat makan lain di Kuantan ni pula ya..






::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::