Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Monday, September 13, 2021

" Kenal ke tidak pasangan " challenge

Alhamdulillah...
Pada 10 September 2021,  3 hari lepas...
Genap usia perkahwinan kami yang ke 17 tahun..
Syukur di atas limpahan kasih sayang serta kebahagiaan yang diberi oleh Allah kepada kami.
Kalau sebelum2 ni time anniversary je, mesti ada anniversary trip..
Tapi tidak tahun ni..

Tahun lepas sempat juga kami honeymoon di Sipadan-Kapalai Dive Resort..
Tahun ni apa pun tak boleh sebab Johor masih dalam Fasa 1...
Tapi kami tetap happy dan happening raikan bersama..

Ada je anak-anak2 punya idea buat challenge untuk kami berdua..
Terima kasih Aleesya & Ayyunie & pelakon tambahan Daim yang organized challenge ni. 
Semoga kalian terhibur...haha..

Meriah 17th Anniversary ibu & ayah tahun ni. 
Tak ada Anniversary trip pun tak pe lah tahun ni, janji kita bahagia cara kita.

Ya Allah..
Jadikanlah kami suami isteri yang diredhai olehMu. 
Happy 17th Anniversary abang...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 5, 2021

First Family Dine-in after MCO3

Daim lah paling happy bila ibu call restoran tanya boleh bawa anak3 dine in ke tak malam tadi. 
Melompat2 dia hah.. Nasib tak runtuh katil.

Alih2 dah syok2 tengah2 makan, tiga2 anak pula cakap pening kepala lah ibu..pusing2 kepala.. Ayahnya cakap mabuk darat dah tu lama tak keluar rumah dan dine in. 

"Merdekakan" anak3 kejap bagi diaorang happy. 
Selebihnya tawakallah dan kita jaga kita.

Alhamdulillah..
Perfect 5 ❤️

Menu pertama Daim order..
Banana Split..

Menu kedua Daim dah sampai..
French fries...

Menu ke 3 Daim...
Ayam BBQ Stick...
Ni memang menu feveret kami sekeluarga..
Rasanya tak berubah dari dulu..

Finally..
Our main course dah sampai..
Menu biasa2 je...lebih kurang sama menu yang ibu masak kat rumah..
Tapi suasana tu yang penting..
Ubah angin orang kata...
Lama sangat anak3 terperap dalam rumah, sampaikan diaorg cakap ibu masak lagi sedap..haha..

Kami dinner di sini..
Dulu namanya Restoran Singgah Selalu..
Sekarang dan tukar nama Mana Cafe yang terletak di Puteri Harbour..
Sebelum PKP, biasa juga lah dinner kat sini..

Boleh tengok video betapa happynya Daim ya..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, March 29, 2021

Grill & Chill with the graduate @ Pulai Spring Resort || SPM PROMAX 2020

School holiday just started.
Selalunya cuti sekolah bulan Mac ni, Pusat Bahasa Pelangi akan mengadakan Kem Jati Diri untuk students.
Tapi memandangkan tahun ni masih belum boleh buat aktiviti luar lagi bersama students, maka kalini kami buat acara BBQ Buffet dinner bersama dengan pelajar-pelajar SPM Promax 2020. 
Eh dah habis SPM, tak boleh panggil pelajar2 dah kan..hiiiii...
Ok gambar model kat atas ikut dress code: White & jeans ;)

Raikan sekecil-kecil kejayaan tanda bersyukur..
Nanti kejayan besar akan menyusul..

Memang tujuan event ni adalah untuk raikan students SPM Promax 2020 yang baru je merdeka exam SPM beberapa hari lepas. Batch paling lama belajar di Pusat Bahasa Pelangi. Penuh dengan badai melanda, roller coaster dan onak duri.. Finally, habis pun exam SPM kan.

TQ Cikgu Khai sponsor event ni.
Dan tq juga pada parents yang ada bagi sumbangan untuk menjayakan program ni.

Disclaimer: Masa bergambar ni je terpaksa rapat2 dan buka mask kejap. 
Kalau tak, tak masuk frame nanti.

Pukul 6 semua sampai, so aktiviti pertama adalah bergambar dulu sebelum matahari melabuhkan tirainya. Takut nanti gambar kelam dan kusam bila senja muncul.

Berkumpul dan briefing kejap.

Halah halah...manis2 semuanya..

Alhamdulillah...semua ikut tema dress code.
Siap ada AJK disiplin lagi tau supaya semua tetamu ikut SOP..

Jam 7 malam,  dah boleh start makan2...
Weiii..apesal cikgu tengok korang dah macam pekerja katering kat hotel tu..
Hahaha..

Teacher Ayna..
Yang mengajar subjek english semua peringkat di Pusat Bahasa Pelangi..

Makanan2 di Pulai Spring Resort memang tidak pernah menghampakan dari dulu..

BBQ Section..
Semuanya sedap...
Fresh dan panas2...

Daging harimau menangis anyone?

Saya memang ulang alik ulang alik punggah lamb chop dan udang tu je..

Salad section

Sambil2 makan, gilir2 tunaikan solat maghrib di bilik hotel masing2..
Lebih separuh dari students yang hadir  stay kat hotel.
Termasuklah kami sekeluarga..
Yang tak stay hotel, boleh solat kat surau hotel yang disediakan.

Then majlis tukar-tukar hadiah pun bermula..
Semua tetamu tak balik dengan tangan kosong..

Hah ni budak2 perempuan dan teacher sekali kena denda buat tik tok sebab kalah game teka2 lagu..

Daim pun dapat hadiah juga..
Tapi tak tukar dengan sesiapa pun..
Ibu beli siap2 spare bagi kat dia..
Kang dia nampak semua dapat hadiah, apesal dia sorang tak dapat..haruuuu

Dalam jam 9:30 malam, majlis pun bersurai..
Hurmmm biasalah...sebelum masing2 balik..
Boomerang lah, tik tok lah, stories lah, reels lah, snap sana snap sini lah...
Hihihi...

Sebelum masing2 membawa haluan sendiri nanti..
Banyak kenangan offline dan online dengan mereka ni.
Semoga kejayaan besar menanti kamu semua di masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi untuk
 team PUSAT BAHASA PELANGI.
InsyaAllah...keputusan SPM keluar nanti, kita raikan lagi.
Aaaaminnn

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 1, 2021

My Best Nine 2020 II Syukur selalu

All about:
Family, travel, celebration & achievement.
. 
Thank you so much for all the likes, comments, trust and love in 2020. 
.
2021, be nice to me. 
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
.
Sedikit trivia best nine 2020.

1. 16th Anniversary at Sipadan Kapalai Island (Sept 2020).

2. Keunikan kehidupan orang2 Bajau laut di tengah2 pulau (Sept 2020)

3. Glass bottom kayaking di tengah2 laut crystal (Sept 2020).

4. Kenangan di Pantai Mek Mas  persis gunung pasir dekat Perth & Dubai bak katanya netizen 
(June 2020).

5. 2nd day di Jeju Island main snow (Jan 2020).

6. New Achievement masa PKP kena interview dan resepi masuk dalam Sinar Harian Online/portal (June 2020).

7. Daim melangkah ke Alam Pre school. The first day of school is a special milestone (Jan 2020)

8. Celebrate birthday Daim yang ke 4 tahun dalam suasana PKPB (Mei 2020).

9. Sambung main salji  lagi di Gala Yuzawa, Tokyo selepas di Jeju. (Jan 2020).

#syukurselalu
#bestnine2020
#2020bestnine

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 21, 2020

First Mini Concert Daim

Alhamdulillah..
Selesai dah sesi pembelajaran sekolah untuk Daim tahun 2020 semalam.
Sedar tak sedar dah nak sampai hujung tahun 2020 dah kita semua ya..

Walaupun banyak cabaran kerana PKP, kelas online, sistem penggiliran hari sekolah, hari2 bangun pagi tanya 'hari ni sekolah ke tak' dan macam2 lagi, tapi siapalah kita untuk menidakkannya.

Daim dengan sijil, flower bouquet serta goodies dari kawannya yang celebrate birthday semalam.

Muka Daim ada bling2 dan blusher harini sebab buat mini concert. 
Hari2 practice kat rumah  dancing. 
Macam tu lah budak tengah membesar nak explore banyak benda.

FANS Daim..
Kakak2 tunggu kat bawah je boleh..
Hanya ibu bapa je boleh naik atas sekejap untuk bergambar dengan anak..
Tu pun gilir2 sebab takut crowded sangat kat atas..

Sijil pertama Daim..

Thank You Smart Reader Kids Sri Pulai Perdana..

Masuk je kereta, 1001 cerita yang kita orang kena dengar..
Memori dan kenangan untuk Daim semua ni..

Preparation sebelum konset..
Excited Daim hari2 belajar dancing kat rumah..

Daim dan rakan2 sekelasnya..
Memang ko lah paling besar dan tinggi Daim..haha

Sebelum konsert bermula..

Daim bersama dengan pengetua SRK Pulai Perdana..

Lepas konsert...

Thank you semua teacher atas bimbingan dan tunjuk ajar..
Ni cuti sekolah lama lagi ni, mulalah hari2 nanti Daim tanya lagi 'kenapa harini tak pergi sekolah'?

Tahun 2020, tahun lebih banyak duduk kat rumah dari pergi sekolah!

p/s: Usia Daim 4 tahun 6 bulan masa ni..
 
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, October 19, 2020

Simple 13th birthday celebration @ Impiana Hotel, Senai

Happy 13th Sweet Birthday my first born, Damia Aleesya..
Saya percaya ramai yang  follow blog ni since Aleesya kecil usia 2 tahun lagi kan....
Tup tap tup tap..
Dah masuk alam remaja pun dia..

Selamat Hari Lahir Damia Aleesya Bt Khairuddin...
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..
Selamat membesar menjadi anak yang solehah dan bidadari syurga selamanya walau dimana pun kamu berada...aaaminn..

Dikesempatan hari istiwewa Aleesya, kami bawa dia untuk birthday Lunch di Impiana Hotel Senai..

Daim...kenapa makin bam bam ni..
Tu lah banyak sangat makan..huhu..

Tersenyum melalui mata gitewww...

Ni bukan mangkuk tingkat bawa dari rumah ya..haha..
Ni memang Tiffin set untuk lunch..
1 set ada ayam masak lemak cili api, ikan tenggiri masak asam pedas dan Kambing Masala..
Sesuai untuk 2 orang setiap 1 set..
Tak membazir dan tak terlalu kenyang..
Ater lepas tu nak sambung jjcm lagi kan...

Termasuklah ulam-ulaman dan sambal belacan..

Untuk Daim add on lagi 1 nasi tambahan..
Habis ko 1 pinggan nasi tu..
Mana lah tak bam bam kan...haha..
Time nak bayar cashier kata tak pe tak payah bayar nasi Daim tu..
Alhamdulillah...rezeki juga tu..

Then saya add on high tea set ni pula..
Untuk dijadikan appetizer & dessert..

Alhamdulillah...
Tak kira celebrate di mana atau  bila..
Asalkan sentiasa bersama keluarga..

Makan macam ni pun jenuh nak habiskan..

Jeng jeng..sesi bagi hadiah untuk kakak ya Daim..

Thank you kakak sebab selama ni selalu tolong jaga adik2 terutama Daimlah masa ibu ayah pergi kerja..

Agak2 apa ya tu Aleesya?

Hadiah yang dia nak sangatttt..
Sebelum tu dah 2x masuk starbucks pujuk ayah dia beli botol air ni..
Tapi ayahnya reject..
Bak kata ayahnya tak padan ngan harga botol kecik je..
Dah lah susah jaga sebab ada pengalaman beli botol2 air starbucks ni (bukan pattern ni) kat Jepun mudah pecah..
Tapi sebab nampak dia asyik dok bagi hint2 je..
Last2 ayah dia beli buat suprise..
Nanti tengoklah kat video bawah tu ekspresi Aleesya..

Gambar 1 family wajib ada..

Lagi2 norma baharu ni memang wajib bergambar pakai mask kan..
Boleh dijadikan kenangan untuk tahun2 akan datang..

Syukur alhamdulillah..
Tak berkurang, tidak pula berlebihan dalam sambutan hari jadi Aleesya kalini..
Janji 1 keluarga bersama..

Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat ya Aleesya..
Orang kata, anak2 makin besar makin jauh dengan kita..
Tapi harapan ibu ayah semoga selalu ingat  kat kami dan titipkan doa untuk ibu ayah ya tak kira walau berada di mana...aaaminn..