Showing posts with label Coklat IQ. Show all posts
Showing posts with label Coklat IQ. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Jadilah bijak seperti Puan Kalsom..;-)



Datang dari Sentul berniaga di Pesta Konvo UTM,

Sorang lalu, dua lalu, tiga lalu bertanyakan Coklat IQ CocoDamia,

Pernah didengar tapi tak pernah pula terbuka hati nak jadi ejen CocoDamia, 

Lalu digoogle-googlenya laaaaa kat Skudai aje kilang rupanya,

Empat lalu, lima lalu bertanya lagi Coklat IQ Cocodamia,

Ini tak boleh jadi terus aje menelefon CocoDamia,

Order2, bayar2, COD2 terus jadi ejen CocoDamia.

Jadilah bijak mengambil peluang seperti Puan Kalsom (019-7499108) untuk memenuhi permintaan ramai sebagai persediaan peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi.

Last day harini di Pesta Konvo UTM. Boleh kunjungi booth Puan Kalsom di K17 


(landmark tepi rumah hantu).

Untuk menjadi ejen dan belian secara online, boleh hubungi/whatapps 010-6468383.

Percayalah, CocoDamia bukan sekadar coklat biasa!


Thursday, January 28, 2016

Temui team CocoDamia di Brunei sekarang!!!


Alhamdulillah..
Tahun 2016 merupakan tahun ke-3 CocoDamia bertapak di Brunei dan kali ke-5 dah ni team CocoDamia berdagang di Brunei. Mudahnya menjemput rezeki di Negara orang.

Dan alhamdulillah juga, sole distributer dan ejen-ejen di Brunei masih kekal bersama CocoDamia atas permintaan yang tak pernah putus untuk produk Coklat IQ-CocoDamia di Brunei.


Dan setahun yang lepas pada tarikh hari ini..
Saya dan team CocoDamia berada di Brunei..

Harini team CocoDamia sekali lagi berada di Brunei untuk tujuan mengukuhkan jenama CocoDamia dan promosi berterusan Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar. 

Good luck semua team CocoDamia di Brunei!!!

BAGI WARGA BRUNEI...
Jangan lupa singgah di ICC Barakas untuk Asean Consumer Fair yang lebih meriah dan lebih hebat kalini yang bermula dari 27 Januari hingga 31 Januari ni. Sehingga jam 9 malam ya!

Pasti ada yang merindui Coklat IQ-CocoDamia di Brunei kan kan kan..

<<Mudah Fokus>>
<<Mudah Ingat>>
<<Mudah Hafal>>

ITULAH KESAN DARI FORMULASI COKLAT IQ-COCODAMIA!

Percayalah,
CocoDamia,
-Bukan sekadar coklat biasa_

p/s: Sebarang pertanyaan atau pembelian borong, boleh hubungi talian hotline CocoDamia 010-6468383.





Friday, October 9, 2015

Products of CocoDamia @ www.cocodamia.com


Salam Hari Jumaat!

✅Untuk yang terlibat dengan peperiksaan PT3, SPM dan final exam - boleh order Coklat IQ- CocoDamia

✅Untuk yang terlibat dengan Hari Sukan  Negara atau aktiviti2 kesukanan lain - boleh order Krukk Krakk Energy Bar

✅ Untuk yang nak travel atau tak sempat nak sediakan breakfast dan bekal - boleh order Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Semuanya di www.cocodamia.com

Untuk pertanyaan pantas pembelian borong dan ejen, jangan lupa hubungi hotline kami 010-6468383.

Pasti tak menyesal!

Percayalah,
COCODAMIA
Bukan sekadar coklat biasa!

Tuesday, September 22, 2015

Day 1 - Shooting dari RTM untuk Rancangan "Agro Jurnal"


Alhamdulillah.
Selesai sudah shooting 3 hari bersama pihak RTM dari 18 hingga 20 September lepas.
Nama je shooting 3 hari. Tapi persediaan rasanya berhari-hari juga perlu dibuat.
Dah lah kami hanya dapat panggilan daripada pihak RTM awal pagi Isnin lepas, terus je kelam kabut dan huru hara sikit meeting dengan orang tu, jumpa dengan agensi ni, bincang dengan pihak tu dan macam2 lagi. 

Namun semuanya berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama dan sokongan pelbagai pihak.
Ya lah shooting ni berbeza2 di setiap lokasi pada setiap hari. Semestinya macam2 pihak perlu terlibat sama.

Oh ya berdasarkan jadual diatas tu, ada perubahan tentatif sikit. Iaitu tentatif pada 18hb bertukar dengan tentatif 19hb. Ini kerana pihak Lembaga Koko Malaysia dari Nilai hanya boleh turun ke premis CocoDamia pada tarikh tersebut sahaja. Namun ia langsung tidak menjadi masalah kepada kami.

Satu penganugerahan besar juga tajuk "Usahawan Berjaya dalam Industri Koko Negara" kepada kami. Namun saya percaya pasti ada hikmah kenapa Allah telah mendetikkan pihak RTM memilih kami CocoDamia.

Jom tengok gambar2 dibawah!



Day 1 - 18/9/2015

Task: Rakaman dari RTM Angkasapuri untuk Rancangan "Agro Jurnal" setiap ahad di TV1

Venue: Pasaraya Maslee Taman Teratai dan Kedai Sahabat Roselle Marketing (SRM) Taman Impian Emas

Masa: 10 pagi hingga 4:30 petang

Skop Interview: Pasaran CocoDamia dari mula2 berniaga hingga perkembangan terkini

Pihak2 terlibat: Branch Manager Pasaraya Maslee dan juga para staff lain, Pegawai FAMA Negeri Johor, Pengurus kedai SRM, regular customer CocoDamia, promoter CocoDamia dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua atas komitmen yang diberikan.


Untunglah staff Maslee pun boleh masuk TV..


Branch Manager Maslee Tmn Teratai


Regular Customer CocoDamia


Regular customer kena intervie juga


Hah! Dah start part saya kena shooting bersama pegawai FAMA


Belek2 sambil bual2..


Lam pula scene saya..


Macam2 saya terangkan...


Pegawai FAMA kena interview


Crowds yang ramai uji rasa Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Scene saya lagi


Lebih menceritakan pasaran saya sekarang


Ramai pula yang tengok.
Mujur saya dah biasa.
Penerbit RTM cakap saya macam dah biasa kena interview dan berlakon. Hihi..


Sebelum solat jumaat, saya membawa krew RTM makan dulu


Restoran pilihan saya kalini adalah di Asam Pedas Bugis.


Jam 2:30 petang kami sambung shooting di kedai stokis kami iaitu SRM.


Berlakon bang, jangan tak berlakon


Kat SRM ni pun ramai crowd yang datang tgk kami shooting


En Yusof selaku pengurus SRM sedang ditemuramah


Regular customer Coklat IQ di SRM, Puan Sarina


Bergambar kenang-kenangan.


Kepada sekitar penduduk Johor Bahru, boleh dapatkan Crunchy Flakes Cereal Cup ni di semua outlet2 (12) Pasaraya Maslee ya kecuali di Simpang Renggam tiada.

Ok, sambung shooting lagi keesokannya.





















Sunday, September 20, 2015

Last Day || Whatsapp Sale || Coklat IQ || CocoDamia

Yuhuuu..
Hampir 1 jam 10 minit lagi Whatsapp Sale akan berakhir.


Jom cepat-cepat WHATSAPP 012-7507659 untuk pembelian jimat berganda2. Tatkala harga barang import kami naik harga, kami pula buat promosi turun harga.


Semoga pembeli yang membeli Coklat IQ ni memdapaf manfaat dan kebaikan dengan Izin Allah.

Harini Payment!
Esok Pos!
Lusa sampai!

Yang pasti,

Cocodamia,
Buka  sekadar coklat biasa.




Saturday, September 19, 2015

Whatsapp Sale untuk Coklat IQ


WHATSAPP SALE!
WHATSAPP SALE!
WHATSAPP SALE!

Shop now via WHATSAPP
ONLY RM39 per box

Sale start from 17th until 20th September at 5pm.

Whatsapp order 012-7507659

p/s: Busy shooting lagi..



Tuesday, September 1, 2015

CocoDamia di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015


Team CocoDamia telah bergerak dan start loading barang di KUD hari ini.
Jom temui mereka di Zon B booth nombor 129 bermula 2 hingga 6 September dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Semestinya fenomena COKLAT IQ, bukan sekadar coklat biasa. 

Terima kasih Kyra "Teman Lelaki Upahan" a.k.a Kak Long Petir "Dia isteri luar biasa" promote CocoDamia.



Ini pula promosi oleh pihak KUD sendiri.


Save the date!
Dan ingat Zon serta no booth CocoDamia seperti di atas ya!


Hoorey!
KUD kembali lagi!
Setiap 2 tahun sekali.
Semoga KUD kalini
Memberi pengalaman manis lagi!

Seperti yang kami alami sendiri!
2 tahun lepas masih diingati.
Pengunjung dari serata negeri.
Ada yang jauh dekat apatah lagi.
Sampai kami terpaksa pinjam stok stokis lagi.
Asyik SOLD OUT SOLD OUT hari-hari.

Tahun ni kami dah bersedia dari kapasiti.
Insyallah cukup dari segenap segi.
Andai kata stok memang tak cukup lagi.
Itulah ketentuan Allah untuk rezeki kami.

Jumpa kalian semua di Precint 3 Putrajaya ya!


Monday, August 17, 2015

CocoDamia ke Segamat...


...tapi produk2nya sahaja..
Tuannya masih ada di JB membusykan diri seperti biasa..

Seminar usahawan Industri Asas Tani 2015 di hotel VIP, Segamat. 
Terima kasih Jab Pertanian Daerah Johor Bharu kerana memilih produk-produk CocoDamia untuk dipromosi dan jualan di Segamat selama 3 hari. semua gambar adalah ihsan daripada usahawa-usahawan pelbagai daerah yang berkampung disana. Terima kasih semua.


Crunchy Flake CocoDamia..


Krukk Krakk Energy Bar


Usahawan dari Kulai..


Produk2 usahawan dari daerah Johor Bharu yang terpilih..


Zoom in produk2 CocoDamia..


Terima kasih semua..







Thursday, June 4, 2015

Pembelian melalui cocodamia.com


Nak beli produk-produk CocoDamia yang awesome?

Malas nak pm/ whatapps/ sms kami?

Tak sempat nak bank in duit/ transfer duit?

Sibuk nak buat temujanji untuk COD?

Anak-anak asyik suruh beli lagi, tapi asyik lupa nak repeat beli?

Kini produk-produk CocoDamia boleh dibeli online melalui cocodamia.com

-lebih mudah
-jimat masa
-web mesra pelanggan

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa!

Wednesday, May 13, 2015

Rezeki Jangan Ditolak || Meh beli borong Krukk Krakk Energy Bar


Pagi tadi ada orang datang services air-cond, saya pun bagilah Krukk Krakk Energy Bar kepada uncle dan 2 pekerja Bangladesh tu.

Aikkk, selang 10 minit kemudian lepas dia balik, uncle tu call tanya saya berapa harga kalau beli borong.
Saya tanya kenapa?
Dia cakap nak jual kat kedai runcit dia lah. 
"You tak mau duit meh? Coklat you manyakkkkk sedap, rugi lor kalau saya tak jual"..kata uncle tu.

Haha...meh meh uncle berapa banyak you nak borong. Rezeki jangan ditolak maaaaa..

Kepada yang nak beli Krukk Krakk Energy Bar, sila hubungi 010-6468383 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian borong. Makin banyak beli, makin berbaloi-baloi..

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa.

p/s: Team CocoDamia otw ke KL untuk loading stok dalam kontena lagi. Alhamdulillah....

Thursday, May 7, 2015

Audit Teknikal untuk CocoDamia


Done Audit Teknikal dari Jab. Bio Security Negeri Johor ( Puan Zaiti Akmal), Bahagian IAT Jab. Pertanian Negeri Johor (Puan Aslah), dan Bahagian Galakan Usahawan Jab. Pertanian Daerah Johor Bharu (Puan Ruby). 

Audit teknikal ni dilakukan setahun 2 kali. Next audit adalah hujung tahun pula.


Banyak idea, ilmu, pandangan dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama pagi tadi untuk lebih membangunkan produk2 usahawan PKS.


Nak order Coklat IQ, CocoDamia?Jangan segan2 beli kat Stokis2 dan kedai2 runcit terpilih. Atau lebih mudah hubungi/ wechat 010-6468383 untuk maklumat lanjut. 

Tadi pegawai2 kat2 atas tu tanya apa yang menyebabkan coklat saya ada IQ, bila ditunjuk lubanah, dibagi rasa lubanah dan di hayati lubanah tu, terus semua nak beli berkotak2. Tak pe kalini saya belanja 👌👌👌..
:-)

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa..

Thursday, April 30, 2015

Gambar paling champion!


Dalam ramai-ramai saya COD Coklat IQ Cocodamia harini, gambar atas paling champion.
Sebab hampir 12 tahun tak jumpa rakan sekuliah kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah saya ni. Happynya dapat jumpa dia kat Putrajaya pagi tadi. Kalau tak kerana dia waktu bekerja dan saya masih ada janji dengan ejen lain hantar stok, memang saya dah ajak dia ngeteh minum air atau makan2. Dia masih sama macam dulu. Cumanya yang beza anak dia dah 5. Murah rezeki ko Ija. Yang bongsu lahir kat UK masa dia sambung master. Baru 6 bulan balik Malaysia.


Dulu kerja bahagian tanah, lepas habis master balik Malaysia kerja di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula. Semoga ko berjaya dalam bidang yang diceburi ya. Setiap usaha ko untuk membantu masyarakat insyallah ada ganjarannya.

Ija, terima kasih ya jadi ejen CocoDamia di Putrajaya! 

p/s: Anak-anak tengah mandi dalam bathtub, ayah damia ada seminar dan saya golek2 atas katil sambil taip entry ni. Lepas asar nak bawa anak2 main pool pula.






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::