Showing posts with label Secondary School. Show all posts
Showing posts with label Secondary School. Show all posts

Monday, February 28, 2022

Lawatan sambil belajar (Edutour) buat coklat di Go JB Chocolate



Terujanya adik-adik semua dapat buat aktiviti luar setelah sekian lama.

Edutour  pada (24/2/22) dari Tadika Raudhatul Iman, Bandar Pulai Jaya. 
Terima kasih kepada guru pengelola dan guru-guru pengiring juga. 
Kita jaga SOP sama-sama ya selagi boleh. 
Yang penting semuanya teruja pabila masuk GO JB Chocolate.

Edutour ni pun merupakan satu "education" kemahiran insaniah serta kemahiran tidak langsung kepada semua peserta. Bukan sahaja ilmu, pengalaman dan pemerhatian sahaja yang dapat, malah nilai2 murni turut diterap dalam modul yang disediakan.

Have fun kids! Happiest Edutour begin with us!

P/S: Untuk cuti sekolah ni, kami juga menerima lawatan dari kumpulan2 kecil seperti taska, childcare, family group, pusat tuisyen, sekolah Pendidikan Khas dan lain-lain. 
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk booking tarikh dan maklumat lanjut.


Rindu dengan zaman sebelum pandemik, pagi petang mesti je ada lawatan pelajar-pelajar dengan bas yang turun depan ni.


Welcoming board yang akan sentiasa bertukar-tukar nama mengikut tarikh dan nama sekolah.


Sebelum masuk kita ambil suhu, spray tangan dan sembur sanitizer dulu para peserta.


Comel2 semuanya..


Sesi Edu-learning


Ya dik, tak sabar nak makan coklat ke tu?


Kita bagi makan coklat puas2..


Dah buat macam2 aktivit dalam ni, sampailah kita ke aktiviti kemuncak...


Masing2 tak sabar nak buat coklat sendiri.


Sempat lagi posing ya.


Warna warni bermain dengan coklat.


Masa untuk bawa blik coklat masing-masing.


Yeayy..happiest Edutour begin with GO JB Chocolate.


Sesi pemberian ole-ole.

Kepada organisasi yang berminat, boleh lah hubungi 010-6468383 untuk booking tarikh dan dapatkan details ya. Terima kasih.




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, October 4, 2021

Jauhnya anak sulung cucuk vaksin kat Kelantan


Alhamdulillah..
Selesai 1st dose vaksin Aleesya semalam (3/10/21).
10 minit je prosesnya.
Al maklumlah orang pertama cucuk vaksin kat sekolah tu. 
Dan mujurnya ibu ayah diberi kebenaran untuk teman anak2 cucuk vaksin dah sekarang.

Jauhnya Cucuk vaksin sampai ke Kelantan.
Aleesya cucuk vaksin di SR Demit 2, Kota Bharu.

Alkisahnya masa sebelum ambil permit kebenaran rentas negeri tu, tak ada lagi tarikh Cucuk vaksin Aleesya. Alih2 hari pertama kat Kelantan, tiba2 dapat panggilan sekolah Aleesya kena cucuk 6hb ni. Sedangkan tarikh tu kami masih di Kelantan lagi.

So try adjust tukar cucuk vaksin di Kelantan. 
Alhamdulillah urusan dipermudahkan sangat2. 

Kita hanya ikhtiar, selebihnya tawakkal kepada Allah yang Maha mengetahui dan berkuasa.
Semoga dengan vaksin ini tidak memudaratkan anak-anak kita.
Aaaamin.


Tandatangan pelajar dan bapa sebagai tanda setuju penerimaan vaksin.


Urusan penilaian dan pengesahan


Sementara tunggu kena cucuk..


Berdebar-debar ke tu?
Btw lelaki cucuk kat luar, perempuan cucuk kat dalam bilik.
Masa ni bilik untuk perempuan belum siap lagi..


Anak yang nak kena cucuk, ibu yang rasa lenguh2 bahu...haha
Oh my....abaikan eyebag ibu tu...



Selesai urusan.
Tunggu bagi kad vaksin.
Masa ni dah tahu ya tarikh 2nd dose.
Cuma kena tunggu yang dalam My Sejahtera untu confirmkan.


Good job Aleesya...
Diam & cool je..
Tapi nampak lah raut muka tu tak senang duduk..kih kih..
Time ibu kena cucuk aritu pun siap menjerit tau..haha


Tempat tunggu pemantauan.
Sambil2 pihak KKM bagi taklimat..


Siap ada pelamin hah untuk sesi bergambar..
Good job pihak2 yang terlibat..
Semuanya smooth dari mula2 proses sampai akhir..


Food Cravings after vaccine..gitewww..
Eh ke ibu yang cravings ni....opsss!!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 20, 2021

Persiapan "School Station" sebelum naik sekolah 2021



Selamat kembali ke sekolah bagi pelajar-pelajar SPM 2020 dan tadika-tadika seluruh Malaysia.
Bagi pelajar-pelajar yang lain, walaupun tidak dapat pergi ke sekolah lagi, tapi tetap meneruskan sesi persekolahan 2021 ni secara Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) atau lebih tepatnya secara online.


Siap projek "School station" sempena nak naik sekolah 2021 dalam era Norma baharu. 

Naik sekolah untuk tahun 2021 ni nampaknya tak payah beli uniform, stationary pun guna apa yang ada je, just top up mana2 tak cukup, buku2 teks pun digital dah, nota2 & latihan pun boleh print sendiri. 


Antara perkara2 penting yang dah dibuat untuk menyiapkan  projek ni:

1. Since day 1 PKP 2.0 ayahnya dah tambah lagi 1 laptop. So masing2 dah ada laptop sendiri. Masing2 jaga. Belajar guna handphone/tab boleh je macam sebelum2 ni. Tapi rasa tak puas lah sebab screen kecil. Lagipun kadang2 handphone anak2 hang sebab memory full download macam2 dari cikgu masing2. 

2. Sebelum2 ni guna earphone/air pod. Nak naik sekolah ni upgrade guna head phone lah bagi lebih selesa (pakai tudung kan) dan tak sakit lubang telinga.


3. Sebelum2 ni ada 2 wifi (unifi & umobile) dan data maxis, ni tambah lagi satu data. So masing2 jaga data masing2. Habis data cepat, top up guna duit masing2.

4. Untuk memudahkan lagi sesi pengajaran & pembelajaran, beli lah juga drawing tablet untuk memudahkan conteng2/tulis jawapan atas kertas (read atas screen sebenarnya).


5. Sebelum2 ni masing2 study dalam bilik masing2. Sukar nak pantau lagi2 ayahnya takkan sewenang2 masuk bilik2 anak dara kan. Ni senang ibu & ayah pantau mereka kalau buat school Station macam ni. Tak faham terus tanya. 

6. Siap beli meja study baru dan kerusi study baru nak bagi seragam kat school station supaya dapat ciptakan mood positif pergi "sekolah" hari2. Ya lah, anak2 dah lama cuti sekolah. Perlu energy dan mood yang baru bagi diaorg lebih semangat.


7. Semalam siap panggil orang repair dan tambah lampu supaya pengcahayaan on point masa kelas online nanti. Selain bagus untuk mata, cikgu2 pun semangat dapat tengok muka anak2 murid ceria dan cerah kan. Ni kusam je..

8. Pokok pun baru. Punyalah nak bagi mood umpama anak2 pergi sekolah nampak pokok2 hijau kat celah2 tingkap dalam kelas kan 😁.


Semoga urusan pembelajaran anak2 dirumah dipermudahkan..
Begitu juga dengan urusan cikgu2 semua.


Budak ni special.
Walaupun tak ada laptop, tapi Ipad, Tab dan PSP ada atas meja..
Time belajar, belajar betul2..
Time main, main betul2..
Daim kita bagi tengok Youtube, pulun tengok ya Daim..
Alhamdulillah..
Daim ni memang minat belajar, tapi perlu kita yang guide dia..


InsyaAllah.. Kita boleh menghadapi Norma baharu ini jika kita lebih bersedia 💪.
Yang penting  ANAK-ANAK ADA BONDING BERSAMA CIKGU MASING-MASING semasa kelas online nanti.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, January 7, 2020

Aleesya & Kelas Rancangan Khas (KRK)



Hola hola..
My first born...
Dah melangkah ke alam Sekolah Menengah dah..


29 Disember 2019..
Selesai urusan pendaftaran Tingkatan 1 dan Orientasi.
Tapi masa ni tengah tunggu keputusan untuk Kelas Rancangan Khas lagi pada 2 Januari.
So berdebar2 lah juga menanti keputusan masa tu.
Aleesya buat muka tu sebab dia kata "tak habis2 ibu ni ambil gambar"...
Haha..


Tu dia..
Dah melangkah masuk sekolah menengah dan alam remaja ni...
Banyak yang kena kita terutama si ayahnya bagi pesanan dan teguran..
Al maklumlah, pengaruh sana sini, cuba itu ini..
Aleesya ni mudah sensitif  orangnya.
Baru ayahnya bagi pesanan itu ini,air mata dah bertakung..


Dan pada 2 Januari 2020..
Legaaaaaa...
Yang ditunggu2 dah dapat keputusannya..
Alhamdulillah..

Aleesya kata besar amanah cikgu utk kelas KRK ni..
Kena balik lambat, kena aktif masuk pertandingan dan sukan, kena jaga prestasi, 
dan kena bla bla bla..

Ramai juga kawan2 dari Sek Cina dia dulu pun sekelas dengan dia...

Dan yang paling penting sekali, dapat sekolah sesi pagi (itu yang ibu ayah paling lega sekali).
2 hari sekolah sesi petang huru hara kejap adjust masa.

Semoga Aleesya berjaya dan cemerlang dalam pelajaran serta dunia akhirat.
Aaaaminn..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::