Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 7, 2021

Buat scaling, polishing, filling & extraction gigi






Semalam saya dan suami berkesempatan buat service gigi.

Suami dah biasa jumpa dentist buat scaling & buat polishing ni..

Saya ni hah yang baru first time nak buat. 
Memang cuakkk lah sikit. 
Tapi takut2 pun siap buat filling (tampal) & extract (cabut) 2 batang akar gigi yg rosak juga.


Kalau tak kerana sokongan suami yang beria-ia ajak jumpa dentist (sebelum ni saya selalu mengelak) memang tak akan lah berlaku kejadian service gigi semalam.

Alhamdulillah, selesai buat Scaling, Polishing, Filling & Extraction 2 batang gigi.


Boleh tengok video kat atas cam mana seriaunya saya pabila kena service gigi.
Korang jangan gelak pula...hihi..

Untuk rujukan, saya pergi service gigi di Dental Pavillion Taman Universiti.

Untuk rujukan bayaran, boleh tengok resit kat bawah ya..
Ni resit saya sorang...Resit ayah damia lain.


.
p/s: Pesanan Khidmat Masyarakat- Check lah gigi anda sekurang2nya 6 bulan sekali..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::



Thursday, April 25, 2019

Losyen, gelang dan sticker penghalau nyamuk


Dulu, kita biasa guna penyembur nyamuk macam ridsect atau bakar ubat nyamuk lingkaran untuk halau nyamuk kan. Canggih sikit pun kita guna ubat nyamuk yang elektrik yang kena masuk slot bentuk empat segi tepat kat dalam bekasnya. 

Tapi sekarang dah macam2 jenis pula penghalau nyamuk yang ada. 
Paling penting lebih selamat, lebih senang dibawa kemana2 dan lebih mudah penggunaanya. 

Ni kisah pengalaman saya dengan penghalau nyamuk. 
Details dalam setiap gambar. 







Pilihan kamu semua yang mana pula? 




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, October 14, 2014

Detox Drink tak sesuai buat guna botol plastik


Alhamdulillah..
Dah lebih 2 minggu saya masih istiqamah minum detox drink yang dibuat sendiri dirumah.
Minum setiap pagi, minum setiap malam.
Walaupun dalam kuantiti yang kecil, tapi saya happy sebab masih berterusan.

Dan hasilnya?
Badan terasa lebih ringan, kaki bangun pagi pun kurang kebas dan masalah membuang bahan2 penyahtinjaan pun lancar.
Kalau tak sebelum amalkan detox drink ni bangun pagi je mesti tapak kaki kebas2, kalau duduk lama je mesti tapak kaki kebas2, terutama kalau jalan atas lantai sejuk. Orang kata banyak toxin kat tapak kaki. Sebab tu saya cuba sedaya upaya buat detox drink ni, dan alhamdulillah ia berhasil.

Masalah pencernaan pun boleh dikatakan hari2 mesti nyah dari rektum. 
Kalau tak saya ni jenis susah juga nak membuang. Boleh simpan 4-5 hari tau. Hihi..

Dan kalau pasal badan boleh slim minum Detox Water ni, saya tak amik port sangat.
Sebab hari2 tetap makan nasi, cuma kuantiti sederhana lah.
Yang pasti badan memang terasa ringan. Serius! Lain rasa bangun pagi dan setiap kali solat.
Hopefully dengan usaha kecil ini, kesihatan bertambah baik dan urusan kerja dan ibadah turut dapat dipertingkatkan.

Oh ya, masa dalam entry saya Homemade Detox Drink 2 minggu lepas, ada adik yang bernama Aisy Nasiha ni komen kalau buat detox water ni sesuai dalam bekas kaca. Saya pun tanyalah apa reasonnya? Then adik tu jawab

"Menurut kawan, kalau bekas plastik , lama kelamaan akan dihakis oleh asid yang terhasil oleh bahan yg direndam tu..jadi khasiatnya tak terjejas.."

 Thanks dik bagitau. Logik juga tu reasonnya kan. Then saya pun trylah googled sebab2 detox water ni tak sesuai digunakan dalam botol plastik. Ada yang tulis sebab botol plastik tak free BPA, ada yang tulis sebab botol plastik ni diperbuat dari minyak dan boleh bertindakbalas dengan asid limau tu dan beberapa sebab lagi.

Oraitt, kini saya lebih faham kenapa perlu buat dalam bekas kaca dan juga bekas stailess steel.
Saya sempat minum detox drink dalam botol plastik yang saya buat 3 hari je. Lepas tu cepat2 saya tukar dalam jug kaca seperti diatas.

Dan oh ya ada juga yang bertanya kepada saya memang air detox ni pahit ke?
Sebenarnya lagi lama buah-buahan tu dalam bekas detox drink tu, memang makin pahit air tu.
Seeelok-eloknya detox drink tu bertukar ganti air dan buahnya dalam 2-3 hari gitu. Baru rasanya just nice. Tapi saya ok je pahit2 limau gitu. Mak saya pesan pahit2 kulit limau nipis banyak khasiatnya. Mak buat sambal belacan siap potong nipis2 kulit limau nipis masukkan sekali dalam belacan tu tau. Tu saya dah kalih pahit kulit limau nipis ni.

Ok lah itu sahaja ilmu yang ingin saya kongsi harini.

Mari kita teruskan kerja hakiki kita ya.




Monday, September 29, 2014

Homemade detox drink


Saya memang bukan pengemar air masak sejak dari dulu lagi.
Kalau nak habiskan segelas air masak tu puas kena paksa dengan mak.
Barulah minum.
Itupun panjang anak tekak menelan air masak.
Kalau gi sekolah dulu, sebotol air bawak pergi, sebotol air juga bawak balik.
Ishh ishh ishh..betapanya saya tak suka minum air masak.

Lama-lama, wujud kesedaran sendiri betapa pentingnya ais masak untuk sistem badan kita. Then saya try masukkan limau nipis atau lemon untuk galakkan diri sendiri minum air masak. At least air tu ada perasalah konon2nya. Dan alhamdulillah, berjaya jugalah saya minum walaupun cuma 2 gelas sehari dan kadang2 on off minum.

Tetiba sejak akhir2 ni, ternampak virals pula kat FB dan IG pasal detox drink ni. Why not saya cubakan. Alang2 memang dah minum air masak perasa lemon atau limau nipis, just tambah timun dan apple merah sahaja.

Kata orang, air kita minum, toxin kita buang.

Dan pagi ini saya trylah minumnya. Alhamdulillah. Tak jauh beza dengan rasa air masak perasa elmon sebelum ni. Cuma kalini ada rasa timun juga. Saya memang pengemar timun. So, luluskan minuman ini untuk saya minum setiap hari. Semoga istiqamah sahaja. Takut awal2 bersemangat2, lama2 tak minum tu je. Oh ya, rasa apple tu masih belum dapat dirasai sepenuhnya lagi. Atau memang tak akan rasa apple tu sebenarnya? 

Ok, kepada readers semua yang nak tahu apa kebaikan detox drink ni, bolehlah google ya. Insyallah banyak manfaatnya walaupun nampak simple sebegini.

p/s: Pinjam bekas air Ayyunie yang dibeli di USS tempohari. Saja nak bagi semangat minum air masak kan, so bekas air pun memainkan peranan penting juga tu. Marah juga Ayyunie mula2, pastu saya sogok beli yakult untuk stock 20 hari, terus dia tak marah. Hahaha..

Wednesday, December 25, 2013

Tips nak kurus paling mudah!

Mana-mana perempuan pun takut kalau orang cakap dia gemuk kan? Tak ketinggalan juga saya. Sabtu lepas saya gi scan keseimbangan badan saya masa di Halal Fest 2013 Selangor oleh Herbalife..scan ni best sebab kita boleh tahu secara kasar kondisi dalaman badan kita. Contohnya peratusan air dalam badan kita. Huhu.. Peratus air dalam badan saya hanya 40% sahaja. Tapi memang tak dinafikan bahawa saya memang susah sangat nak minum air masak.

Dan seperti yang dijangka, berat badan saya turut menghampiri ke tahap gemuk!!! Kalau BMI tu tinggal 1 angka lagi nak mencapai tahap gemuk. Huhu.. Ideal memang ideal tapi ideal yang dah hujung2. Walaupun hari-hari asyik ingat nak diet, diet, diet.. Tapi kalau time makan, dah tak ingat semua tu!!!

Sampaikan suami saya turut cakap "sayang dah gemuk lah"! Sob sob sob..


Hari ahad lepas, tiba2 nampak chef zam meluru ke booth CocoDamia. Masa tu staff saya sibuk melayam customer. Suami saya pula kesian, dia mana kenal sangat artis2 dan celebriti. Buat Donno jer dia nampak Chef Zam tau. Saya pula bila nampak Chef Zam, terus say hi kepadanya dan bertanyakan tip-tip nak kurus macam dia. Haha.. Dan dan kan tanya..

Dia jawab senang jer nak kurus.. 
JANGAN MAKAN APA-APA!!!
Haha.. Bertuah punya jawapan kan..


Kesempatan yang ada, apa lagi bergambar beramai-ramai lah kan. Hamboi-hamboi Ayyunie.. Bukan main lagi posing kan. Mengalahkan Chef Zam tau posing ni. Tapi serius lah, Chef Zam sangat happening dan peramah. Tak sombong pun. Borak2 macam kawan je.


Ayyunie panggil Chef Zam "orang putih" youuu...tapi memang putih melepak tau! Bukan main manja lagi Ayyunie dengan Chef Zam. Siap pegang2 tangan lagi. Eh tapi sekali tgk cara senyum Chef Zam san Ayyunie nak samalah.. Hihihi..


Ok lah ni ada sedikit tips cara nak kurus dengan mudah. Sharing is caring..
Dream big, start small..
Janji kita mulakan..
Biar sikit, asalkan istiqamah kan..
Peringatan utk saya ni..
Go go go girls!!! Kita semua boleh kurus!!!

p/s: Tadi on the way nak gi office jalan lenggang jer..Patutlah...cuti rupanya harini..hihi..Staff-staff saya semua tak cuti harini. Office buka macam biasa ya..Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya..

Wednesday, October 9, 2013

Oat BG22 turunkan bacaan Kolestrol

Last few weeks saya ada buat full package body check-up di KPJ masa Karnival Agrotek di Pasir Gudanh. Alang2 booth utk check kesihatan ada depan mata, baik ambil peluang kan. Antara yg saya check adalah kencing manis, darah tinggi, jenis darah, keseimbangan badan hinggalah tahap kolestrol dalam badan.

Yang lain2 ok cuma kolestrol tak ok. Tahap bacaan normal 5, tetapi bacaan kolestrol saya 6.2. Agak tinggi tu.

So kebetulan last week masa kat KL keluar makan dengan kawan2 lama masa study kat UTM, borak punya borak sampai 1 pagi hah. Nasib baik both damias tinggalkan denan staff. Banyak yg kami borak dari topik business hingga kepada kesihatan. 

Tu yang diaorg recommend makan oat BG22 ni sebab diaorg makan memang turun tahap kolestrolnya.


Semalam baru sempat cari kat Farmasi berdekatan office. Petugas Farmasi tu pun recommend makan ni utk turunkan kolestrol. Harga asal RM88.50. Sekarang ada sale RM63 sahaja utk 1 tin.


Memang banyak perbezaan dari segi khasiat antaa oat BG22 ni dengan instant oat yang biasa tu. 5 kali lebih baik dari yang biasa tu utk penyerapan kolestrol. Jujurnya rasa x berapa best sebab serbuk oat kan. Kena pula minum dengan air sejuk bukan air panas. So saya add on milo sejuk bagi rasa best sikit. Ada yg recommend makan dengan soya sejuk. So far ok lah sikit rasanya. Lepas shake kena minum terus sebab nanti oat tu kembang dan pekat.


Apa2 pun ini hanya ikhtiar dan bukan penyelesaian. Macam makan Coklat IQ-Cocodamia juga, bukannya sekali makan terus pandai dan anak dengar cakap kan. Mestilah makan secara istiqamah dan juga berdisiplin. Baru nampak kesan yang maksima. Walaupun produk yang kita makan tu sedikit mahal, tapi kesan kebaikannya utk jangka masa panjang. Alah.. Sekali makan kat luar pun dah cecah RM50-RM70 kan utk satu family. Apatah lagi kalau beli produk minda dan kesihatan utk keluarga tersayang kita. 

Itulah org kata, kerja kuat2 kesihatan tak terjaga. Kerja mana pernah habis tak? Ni production CocoDamia tgh siapkan order2 para stokis baru dan juga repeat order dari stokis2 lama. Pastu standby utk event besar MICCOS pula. Memang bulan ni hari2 OT lah jawabnya. Apa2 pun sibuk cam mana, kesihatan perlu sangat dijagakan. Tak sihat cam mana nak buat master plan kan. 

Oklah kejap lagi nak ke Desaru pula, nak hantar stok utk stokis baru disana. 

Oh ya malam tadi saya gi Guardian, ternampak yang Oat BG22 ni hebat salesnya.. Hanya RM57++ sahaja. Jom sihat dan kuatkan minda bersama!!!

Tuesday, January 8, 2013

Sebab utama kenapa saya beli BASIKAL..

Ada cerita kenapa tiba-tiba sahaja kami nak beli basikal ni..
Kisahnya bermula masa hari sabtu malam minggu lepas, ayah damia dan Aleesya nak gi beli burger kat depan taman perumahan kami ni. Jarak lebih kurang 500 meter. Si ayah berjalan kaki, si Aleesya pula mengayuh basikal pinknya tu. Ayyunie awal2 dah zzzzz sebab tak tidur petang. 

Kalau nak tahu, tu lah first time si ayah berjalan kaki sejauh tu. Selama ni nak gi rumah jiran selang satu bangunan kami pun sibuk nak naik kereta juga. Sebenarnya kami dalam proses nak melatih fizikal dan keupayaan berjalan kaki sebab nanti masa Sae' kat Mekah, sekurang2nya kami tak lah terkejut kan. At least kami dah boleh biasakan diri berjalan sejauh 500 meter ke atas. 

Tapi, hahahaha...sampai2 jer rumah si ayah cepat2 panggil saya nak air, lepas tu peluh2 pula tu, kesian tengok. Tak lama kemudian, si ayah pun cakap "Aduh sakit lutut pulak, betis pun rasa-rasa berat". Hah tu baru si ayah berjalan kaki, belum lagi saya...Saya kan memang tak boleh penat sikit dari segi fizikal ni, mulalah rasa nak pitam dan pengsan. Tu yang decided beli basikal slow2 nak latih ketahanan fizikal kami suami isteri. 

Itulah ceritanya...Tu yang hari ahad tu dan dan pergi beli basikal terus. Mahal juga erkkk basikal2 ni. Yang budak2 bawak pergi kelas/ sekolah tu pun dah cecah RM250 ke atas. Belum lagi pixie yang harga cecah 800-1000. Fuhh...alhamdulillah, nasib kami baik...kami jumpa kedai yang harga reasonable murah...basikal + pam kaki + lampu = Harga yang sukar dipercayai...hihi..may be sebab awal2 tu kami ke kedai yang mahal kot. Kedai last sekali tu yang harga Ok. 


Homaigawd..homaigawd..
Saya dah hampir terlupa cam mana nak naik basikal..
Semalam balik kerja jam 6 petang, terus saya naik basikal ni ke taman..
Huaaaa....apasal handle tu goyang2?? tetiba saya rasa basikal tu jalan sendiri dengan lajunya...rasa sangat2 tak konfident..budak2 kat taman (ada juga antara mereka students saya) siap cakap lagi.."tak pe kalau jatuh sakit"...hahaha...buat malu jer...nasib baik ayah damia tak ada, kalau tak memang kena gelak sakan kot...hihi


Sengaja pilih basikal ladylike dan ada bakul..
Senang nanti nak buat props photoshoot...muahahaha
Tapi ramai yang cakap basikal saya ni comeyyy..:))


Ayyunie pun sama tengah belajar mengayuh..
Kalau tak selama ni dia kayuh jugak, tapi kayuh yang jenis sekerat2 tu..
Bukan kayuh yang smooth dan berterusan..

Weiii anak-anak, jangan tinggalkan ibu kat belakang..
Mentang2 lah ibu baru nak belajar balik naik basikal..
Laju jer korang tinggalkan ibu ya..


 Dah janji dengan Ayyunie, kalau dia pandai kayuh dan keputusan peperiksaan bulanan memberangsangkan, nanti birthday Ayyunie bulan March ni ibu ayah hadiahkan basikal baru. Tu Ayyunie pinjam basikal kakaknya..


Aleesya dan skuternya yang beli kat Munduk, Thailand.
Nanti Aleesya besar sikit lagi, ibu belikan basikal yang sesuai dengan ketinggian Aleesya ya..

Semoga kami suami isteri betul2 istiqamah melakukan senaman fizikal dan menguna basikal itu sebaik mungkin. At least nak gi beli nasi goreng atau burger kat depan taman perumahan tu tak yah dah susah2 keluar kereta dari garaj rumah kan..:))
Badan sihat otak cergas..

p/s: Semalam saya dan ayah damia buat terapi Al-Jabbar lagi supaya badan kami cukup cas-casnya dan sihat.




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 19, 2012

Terapi Elektrostatik Dr Jism || Terkejut tengok badan sendiri keluar cas-cas

Dah lama sangat nak try terapi kat sini..
Bukannya jauh pun..
Dekat jer dgn office..
Bayaran pun murah..RM5 utk 1 jam..
Tapi mungkin sebab masa tu terfikir yang terapi ni hanya sesuai untuk golongan2 tua sahaja, maka asyik tertangguh-tangguh nak cuba terapi ni..

Ada sekali tu saya jumpa owner pusat rawatan Al-Jabbar ni..
Saya kenal owner ni sebab anak2 mereka belajar tempat saya..
Dalam 3-4 tahun lepas kot..sekarang  ni dah besar pun anak2 owner ni..
Siap pusat rawatan ni dinamakan khas utk anak perempuanya.
Owner dia cakap, yang buat terapi ni bukan utk golongan tua sahaja, malah yang muda2 pun ada juga datang terutama mereka2 yang mudah penat dan mengantuk.

Jadi semalam saya pun terdetik ajak ayah damia ke sini.
Lately ayah damia mudah sangat mengantuk..
Kalau dulu2 drive JB-Kelantan 10 jam non stop ok jer..
Sekarang drive KL-Seremban pun kena tidur kat RnR Nilai..
Tak yah cakap yg jauh lah..
Kadang2 balik kerja ke rumah yang tak sampai 20 minit tu pun siap tertidur kat traffic light..
Pernah 2 kali terlanggar kereta depan sebab terlelap..alhamdulillah, nasib baik tak ada apa2..

Jadi kalini nekad nak cuba try terapi Dr Jism Al-Jabbar ni..
Kalau boleh biar istiqamah secara berterusan..

Lepas balik kerja dalam jam 5:30 petang semalam terus decided datang ke sini..
Wahhh sangat selesa lah dalam ni..
Dan decoration dalam pusat rawatan ni pun moden dan cantik..
Bukan macam sesetengah pusat rawatan tu..

Oh ya, masa kita duduk atas kerusi ni, sebarang kunci. handphone atau apa2 yang ada unsur besi tak boleh ada pada badan kita kecuali jam dan barang kemas. Ini bertujuan utk mengelakkan renjatan elektrik..
Lepas kami dah duduk atas kerusi ni, maka mesin elektrostatik dipasang. Masa ni kita akan rasa seolah2 ada semut2 kecil sedang merayap2 kat dalam tangan kita hingga ke badan. Yang membuatkan saya terkejut tu, org yang tak duduk atas kerusi ni apabila sentuh kita, akan keluar percikan api iaitu cas-cas elektrik tu lah. Terasa juga sedikit rencatan elektrik pada bahagian yang disentuh tu. 

Masa ni Ayyunie memang dah main2 ngan atuk (panggilan utk owner pusat rawatan ni). Siap gi jalan-jalan ngan atuk lagi beli gula2 dan ice cream...wah wah wah, Ayyunie memang sangat friendly..Aleesya pula memang penakut kat org tak dikenali. So dia duduk jer lah kat kerusi sebelah saya. Gambar ni Aleesya lah yang snap...hihi


Pada mulanya hanya saya dan ayah damia jer menjalani terapi. Kemudian makin ramai pula yang datang terutama warga emas. No worries, you takkan boring disini sebab ada TV...kebetulan ada cerita melayu masa tu, so tak terasa sangat 1 jam terapi. Ayah Damia pula tidur siap berdengkur lagi...Adoilah....see my husband, cepat sangat penat dan tidur. Oh ya masa terapi diadakan, anda juga diberi sehelai selimut sebab sejuk betul air-cond nya..:))



Stock produk-produk Al-Jabbar. 
Tersusun rapi dan kemas.



Pandangan dari belakang ke hadapan. Suka tengok kombinasi warna dan deco-deco di dinding..
Simple but nice..



Bersama dengan owner Pusat Rawatan Dr Jism Al-Jabbar


Sebelum balik saya pilihkan kopi ni utk ayah damia.. saya pilih aja, dia yang bayar...hihi..
Kopi ni bagus utk menambahkan tenaga serta mengandungi 9 herba dalam kopi ni..
Selain memberi tenaga, banyak lagi kebaikannya...

So saya dan suami dah berbincang seminggu sekali kami akan cuba buat rawatan terapi ni..buat sekali manalah nak nampak hasilnya kan...at least buat 6 kali...baru boleh rasa perbezaanya...lagipun sejak akhir2 ni kami dah mula concern tentang kesihatan kami. Ya lah, anak masih kecil lagi, kudrat diperlukan utk meyara mereka serta bekalan dihari tua. Kalau tak sihat dan mudah dapat penyakit, cam mana nak work smart kan.

Untuk yang masih tak tahu apa itu Terapi Dr Jism Al-Jabbar yang saya lakukan ni, boleh baca di artikel


******************************************************************************************************************************************************************
Untuk kesihatan tubuh badan saya, akhirnya saya pilih BB Plus Collagen. Moga dengan izinNYA, BB Plus ni bermanfaat kepada saya utk kecantikan pada suami serta keyakinan diri disamping sihatkan minda dan tubuh badan. Pabila sihat, In Sha Allah, bolehlah beribadat secara lebih kepadaNYA.


Kalau berkesan saya heboh-hebohkan, kalau tak berkesan saya lebih suka diam je...hihi..

Ok lah, apa pula yang uolsss makan atau minum utk kesihatan tubuh uolsss ya???


Nota Kaki:

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::


Tuesday, September 6, 2011

Punca sebenar saya kurus!!!

Psttttt..nak tahu tak kenapa saya nampak kurus lately???
Ingatkan org lain tak perasan saya dah kurus..
Diri sendiri mestilah perasan sebab pakai seluar pun dah longgar 2 saiz, pastu beli baju raya baru2 ni pun kena guna kancing/ kerongsang nak kecikkan pinggang kain, br@ pun dah kena ketatkan tali sikit sebab rasa macam tak pakai apa2 pulak kalau longgar kan...hehe..

Ok lah ok lah....jawapan standard lepas2 puasa ni mestilah alasan 
"PUASA KAN SEBULAN, CAM MANA TAK KURUS??"
Tapi sebenarnya saya ader alasan lain yang lebih kukuh utk menyokong kekurusan saya tu..
Faktor puasa tu membantulah jugak ke arah kekurusan tu..
Tapi ada faktor lain yang menyebabkan diri sendiri terasa kenapa saya kelihatan kurus lately...

Apa2 pun kita tgk dulu komen2 rakan2 yang mengatakan saya kurus...
Kang kalau tak tunjuk bukti, org kata saya ni perasan pulak kurus..
Padahal gumukksss bam bam..haha

 ·  · Share · Edit

    • Afidah Arif u nampak kurus la..
      August 23 at 10:13pm · 

    • Zamzarina Bt Zakaria ye ke??? weeeeeeeeeeeee...happynya dengar..penangan puasa kot...amin amin...
      August 24 at 5:37am · 


Ni masa berbuka dengan staff2..
Pastu Fira komen yang saya ni kurus..
Mestilah happykan org komen kurus..
Masa tu terfikir faktor "puasa" lah kan menyebabkan kurus..
Yer yer.muka agak cengkung sikit sampai pipi pun nampak naik..



  • Eily MdRozali kak ayu nampak kurus sangat..jelesnyaaaaa
    20 hours ago · 

  • Zamzarina Bt Zakaria hahaha..kurus ke?? penangan puasa tu...lepas ni harap2 maintain ler..
    20 hours ago · 

  • Eily MdRozali memang kurus giler ler kak ayu..slim melim..jeles kuasa 1000x
    20 hours ago · 

  • Zamzarina Bt Zakaria alahai..ntah2 eily diam2 pun dah kurus tak...jeng jeng jeng..
    20 hours ago · 


Yang ni gambar the latest lepas raya..sabtu lepas snap2 ni..
Nampak tak komen eily tu??
Hehehe..suka suka...Mak OK Jer org puji kurus....ekekeeke
Kebetulan masa tu pun ada saudara mara kat rumah MIL komen saya nampak kurus...



Blogger Nana said...




ayu nampak slim la!
September 6, 2011 9:24 AM

Ni komen dapat pagi tadi dari NANA...
Hehehe..kalau dah 3-4 org puji saya nampak kurus tu..betullah kurus kan..
Tak banyak sikit pun kurus bolehlah..
Actually dah timbang....memang ada penurunan KG...nak tahu tak berapa banyak yang turun..alaaa tak banyak pun..setakat turun 5-6 kg jer pun...tapi bersyukur lah jugak kan..

OWH YER...BACK TO TOPIC...
Kenapa saya kurus?? Betul nak tahu punca sebenarnya???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PUNCANYA SEBAB SAYA DAH TAK ADA BIBIK!!!!!!!
ITULAH FAKTOR BESAR YANG BANYAK MEMBANTU SAYA KURUS!!!

Hehehe...logik tak faktor tu???
Logik lah tu kan...
Sebelum2 ni banyak duduk daripada berdiri..
Sekarang nak duduk bersenang lenang??? huh??? kirim salam jer lah...unless time aleesya pergi school dan ayyunie tido..dapat ler menilik FB dan BLOG ni dengan tenang...kalau tak?? hurmm..kejap2 ke hulu, kejap2 ke hilir...dan faktor banyak berfikir utk projek akan datang ni pun mungkin salah satu membuatkan saya makan ala kadar jer..sebab cam mana nak makan senang lenang macam masa ada bibik....kita makan, ayyunie pun nak suruh kita buat tu lah buat ni lah...hehe..dulu2 masak memasak memang hobby...tiap2 minggu ader jer resepi yang dikongsi kat blog...sekarang??? hurmmm....fast food lah jawabnya yang terbaik dan cepat....tu pun makan sikit2 jer sebab dah bosan..jadi sekarang uols dah tahulah faktor utama saya kurus yer???

Ader hikmah rupanya tak der bibik ni kan...cepat2 lah kurus banyak2 sebelum bibik baru sampai yer...nanti leh maintain...hehe

p/s: JANGAN KURUS SANGAT!!! NANTI MUKA CEPAT NAMPAK TUA, URAT2 TIMBUL DAN JUGA NANTI ORG CAKAP KITA TAK CUKUP MAKAN PULAK...HAHA


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenankkk

Sunday, February 20, 2011

BAGAIMANA LELAKI MENOPAUS???

Ingat perempuan je ke Menopaus???
Lelaki pun boleh..
Cam mana dikatakan lelaki menopaus tu??

1. Gejala Seksual
- Menurunnya tahap ereksi di pagi hari, ejakulasi awal dan dorongan seksual semakin berkurang

2. Gejala fizikal
- Tidak mampu berjalan kaki lebih dari 1 kilometer, tidak mampu melakukan aktiviti berat, sukar membongkok dan berlutut

3. Gejala spiritual
- Kehilangan tenaga, mudah diserang rasa sedih dan mudah penat

Tapi gejala ni 
hanya 2% je dialami oleh lelaki, terutama mereka2 yang hampir di mamah usia.
Korang jangan bimbang...selagi suami masing2 tak da tanda2 di atas..
Maksudnya tak menapaus lah tu..hehe
Boleh lagi tambah umat islam!!!:)


menopause

Dipetik dari : Majalah RAPI keluaran Feb




 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!