Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, June 23, 2019

Breakfast Raya untuk 2019 pula

Jamuan Raya -Part 2

Terima kasih kepada jiran-jiran, staff-staff, student-student dan rakan-rakan yang sudi datang Breakfast Raya.

Yang jarang2 jumpa, masa ni lah kita nak bertaut silaturahim.
Yang selalu jumpa, masa ni jugalah kita nak maaf-bermaafan ntah buat berapa kali.
Yang tak dapat datang, insyaAllah lain kali.

Sesungguhnya tetamu-tetamu yang datang itu membawa kebaikan dan rahmat. Insya Allah.

Mohon maaf kalau ada yang tak sempat bergambar.
Mohon maaf kalau ada yang terkurang sepanjang jamuan.

Salam Aidilfitri sekali lagi dari kami sekeluarga.



































:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, April 17, 2016

Majlis Perasmian Lip Balm "Naturel Kiss"


Tengahari tadi sempat meluangkan masa ke Majlis Perasmian rakan usahawan Dr. Siti Hamidah dari UTM untuk produk yang dicipta sendiri iaitu "Naturel Kiss" serta perasmian Spa barunya di Bandar Baru Kangkar Pulai. Tahniah Dr Siti. Enjoy your journey in business ya.

Kepada yang berdekatan, bolehlah calling2 buat appointment dan singgah buat spa ya. Ada urutan anti stress dan lips spa ya. Baru2 buka ni banyak promosinya.



Test wefie guna handphone baru ayah damia sikit..;-)


Dengan salah seorang staff  'Naturel Kiss"


Cantik deko-dekonya..


Produk yang diinovasikan serta dibangunkan..


Antara produk2 lain "Naturel Kiss"


Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Ustaz yang baca doa tu ustaz both Damias..


Majlis perasmian oleh Prof Ir Dr. Wahid Omar selaku Vice Chancellor UTM


Gimik melepaskan belon perasmian ke udara.


Sembang2 bersama Coach Rik dan Coach Rostam serta owner kedai dalam Spa.


Antara perkhidmatan yang ditawarkan..
Sauna dan mandi lulur..


Ermmm...wangi..


Bilik facial


Bilik urut


Ni lah ownernya..
Ownernya sibuk sungguh tadi..
Tak sempat nak bergambar bersama tadi..
Tak pe next time kita wefie ya..

p/s: Dr Siti Hamidah sedang bercuti dari mengajar di UTM sekarang dan sedang fokus untuk businessnya.













Wednesday, February 24, 2016

Makan-makan di Ejohng Concept, Pulai Perdana


Restoran baru kepunyaan rakan usahawan kepada ayah damia.
Yang baru dibuka di Pulai Perdana pada 15/2 minggu lepas.
Kami turut tidak ketinggalan support busines kawan-kawan.
First day hari pembukaan lagi ayah damia dah ajak kami sekeluarga makan disini lepas balik dari office untuk dinner.

Sampai-sampai je memang full house.
Rata-rata bawa family masing-masing.
Mungkin ada yang sekadar nak mencuba tahap kesedapan restoran baru atau mencuba suasana restoran yang lebih selesa disini.


Ni antara menu yang ada.
Macam2 ada.
Dari menu kampung hinggalah menu western.


Harga pun masih reasonable dengan portion dan cara presentation makanan.


Wowww.. macam-macam air ada.


Memandangkan hari tersebut adalah hari pertama restoran tersebut beroperasi, so banyak makanan dah habis masa kami pergi. Yang ada western dan juga mee/meehoon/kuewtiaw. Operasi pun agak kelam kabut. Tapi no worries, pekerja2 kat sini friendly. Asyik minta maaf je order sampai lambat dan makanan yang diorder habis. Kami faham. First day beroperasi kan. Dari pagi sampai lewat malam non-stop bahagian kitchen memasak bak kata kawan ayah damia selaku owner restoran ni.


Love the honey lemon ice.
Next time boleh repeat lagi..;-)


Kid's menu. 
Btw Ayyunie order chicken chop yang kid's menu punya. Tapi habis lah pulak. So tukar jadi fish and chip.
Rasa standard lah.

Saya pula order meehoon goreng.
BIL order beef kuew tiaw.
Dan both ayah damia dan Aleesya order set mushroon soup.
(Tak sempat snap haihh...sebab lama menunggu. Hihi)


Soft-drink ni free flow tahu!
Siapa2 yang makan kat restoran ni boleh minum secara percuma.


Ruang dalam berair-cond.
Besar dan selesa.
Serta sejuk mata memandang.
(Tak sempat pula saya nak tinjau2 bahagian luar sebab full house kan)


Ni saya tunggu di bahagian waiting area.
Ada set sofa untuk kita tunggu semasa ahli keluarga lain buat bayaran atau nak dapatkan seat.


Tempat bayaran.
Gunakan POS system.
So lebih sistematik lah.
Cuma mungkin baru2 operasi ni mungkin agak lambat sikit.
Sebab ya lah nak training staffs baru bukannya senangkan.
Hopefully pasni service lebih tip top dan mantop.
Tapi jujurnya makanan sini semua sedap2.
Katanya chef hotel yang masak di bahagian kitchen.

Yang duduk area berdekatan bolehlah try ya.

p/s: Katanya sekarang tengah renovate restoran kedua pula di Bandar Baru Uda. Wahhh...pantas gitu berkembang ya. Tahniah untuk rakan ayah damia.