Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, April 2, 2019

Ada apa di Come Out & Play "Foodology Activities" di Puteri Harbour Theme Park



Selain dari berseronok dengan alam kartun di Thomas Town & Sanrio Hello Kitty Town tu, apa kata kita cuba pula aktiviti "Foodology' ni. 
Sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga yang ada anak-anak. 


Aktiviti Foodology ni boleh dirasai keseronokannya bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Hah! Mana2 yang memang sedang bercuti kat Johor tu, apa lagi? Masih sempat ke Puteri Harbour. Manakala untuk orang2 Johor, hujung minggu pun boleh pergi. 


Bayaran yang dikenakan juga amat berbaloi dengan input serta aktiviti yang dilakukan.


Aktiviti Foodology ini dijalankan di Level 2.
Setelah bayaran dibuat, petugas akan mmberi kad nama seperti diatas.


 Antara aktivitinya seperti bermain game dengan Piramid makanan.


Apa yang akan berlaku jika titisan sabun dimasukkan dalam susu?


Light, Lava, Action!


Membuat ice cream sendiri.


Tindak balas garam dengan ais..agak2 apa akan berlaku ya?


Semestinya sebelum memulakan aktiviti, tangan2 peserta akan dipakaikan hand sanitizer dulu..


Wow, buat apa tu?


Yeayy dah jadi ice cream..


Dikejarnya kita sampai ke luar sebab nak panggil interview bagi feedback tentang program ni. Terpaksa masuk bilik semula sebab interview kat luar bising. Bagi feedback on the spot apa yang terlintas di fikiran je lah. 

Video direkod oleh Ayyunie
 Happy Watching


Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 menerokai alam sains untuk aktiviti "Foodology" ni, bolehlah membuat pembelian tiket di:

Blog: http://bit.ly/2Fp4cnO


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta gambar2 sepanjang aktiviti, bolehlah tekan hashtag:

#ColdStoneCreameryAtSanrioHelloKittyTown
#ColdStoneCreameryAtThomasTown
#FoodologyAtThomasTown
#ComeOutnPlayThomasTown
#ComeOutnPlaySanrioHelloKittyTown

Eh! Bagi ibu bapa yang dah pergi untuk aktiviti Foodology ni pun, jangan lupa hashtag macam diatas pada gambar2 yang diupload di IG atau FB tau.


Happy holiday & Enjoy! 


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, March 27, 2019

Foodology School Holiday Activities at Thomas Town & Hello Kitty Town



Hello Everyone.. 
Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi..
Tak tahu nak bawa anak2 bercuti kemana atau buat aktiviti apa? 
Jom ke Thomas Town & Hello Kitty Town kat Puteri Harbour, JB. 

Sempena cuti sekolah ni, ada program baru diperkenalkan di Puteri Harbour.
Selain dari berseronok dengan alam kartun Thomas & Hello Kitty tu, apa kata kita cuba pula aktiviti "Foodology' ni. Sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga yang ada anak-anak. 

Aktiviti Foodology ni boleh dirasai keseronokannya bermula dari 22 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Hah! Mana2 yang memang dah bercuti kat Johor tu, apa lagi? Masih sempat ke Puteri Harbour. Manakala untuk orang2 Johor, hujung minggu pun boleh pergi. 



Apa yang bestnya aktiviti ni? 
 Ni merupakan modul permainan sains menggunakan makanan.
Antaranya Foodologist akan menerangkan piramid makanan dalam bentuk game yang interactive, ada "Colour n Cream" yang mana anak2 boleh meneroka tindakbalas bahan2 kimia dengan ais semasa penyediaam ais krim sendiri dan juga "Colour Crazy" yang mana anak2 dapat melihat sendiri bagaimana susu lembu bertindak balas dengan sabun pencuci pinggan untuk menghasilkan lava.

Wahhhh pendek kata anak2 bukan sahaja akan berseronok dengan alam fantasi mereka bermain, terapi juga akan meningkatkan ilmu sains mereka secara tidak langsung. 



Selain itu, bagi 1000 pengunjung yang terawal dengan pembelian tiket Puteri Harbour pula, mereka akan menikmati "condiments" secara percuma dengan pelbagai pilihan yang ada. Seperti ais krim, gummy bear, M&M Chocolates dan lain2 lagi. Tapi yang ni terhad sehingga 30 Mac 2019 sahaja. So cepat2 pergi ok! 


Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 menerokai alam sains untuk aktiviti "Foodology" ni, bolehlah membuat pembelian tiket di:

 Untuk mendapatkan Special Discount pula, sila gunakan kod promo "OTF319" semasa membuat pembelian online. Sah sehingga 30 Mac sahaja kod promo tu ya. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta gambar2 sepanjang aktiviti, bolehlah tekan hashtag:

#ColdStoneCreameryAtSanrioHelloKittyTown
#ColdStoneCreameryAtThomasTown
#FoodologyAtThomasTown
#ComeOutnPlayThomasTown
#ComeOutnPlaySanrioHelloKittyTown

Eh! Bagi ibu bapa yang dah pergi untuk aktiviti Foodology ni pun, jangan lupa hashtag macam diatas pada gambar2 yang diupload di IG atau FB tau.

Happy holiday & Enjoy! 


Saturday, March 2, 2013

Cepat!!! Cepat!!! "Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience"


Kenapa saya memilih Huggies Dry Pants???

1. Kerana saya seorang yang bekerjaya, dengan Huggies Dry Pants saya cuma perlu 
"KOYAK, SALIN & LEPAS"..jimat masa kan!!!

2. Kerana saya suka travelling, dalam kereta pun
"TUKARLAH UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI"...tak perlu berhentikan kereta lagi!!!

3. Kerana saya boleh MENUKARNYA DI MANA SAHAJA tanpa perlu ke baby room atau wash room...kini saya boleh shopping dan membuat urusan tanpa risau lagi!!!

4. Dan yang paling penting kerana ia TERBUKTI SECARA KLINIKAL. Waahhhh ini sudah bagus, kerana dengan Huggies saya percaya kulit anak saya lebih sihat dan putih sentiasa kerana ia dapat mencegah ruam lampin...Ibu mana tak sayang anak kan???


5. Dan yang paling penting, HUGGIES DRY PANTS memang saya gunakan sejak turun temurun lagi iaitu sejak anak pertama saya. Kerana saya percaya akannya, maka kini anak ke-2 saya juga turut menggunakannya..:)) Kalau tak bagus, takkan saya gunakannya hingga kini kan???


Lihatlah si comel saya, dengan Huggies Dry Pants Ayyunie begitu rasa yakin dan selesa untuk bermain walaupun saya tiada disisi!!!

Jadi anda tunggu apa lagi??? Jom ramai-ramai sekarang bertukar kepada Huggies Dry Pants - Tukar untuk lebih senang dipakai!!!!

Sekarang Huggies DRY PANTS ada buat acara Roadshow di Mydin USJ dari hari Isnin (25 Februari) hingga hari Ahad (3 March). Ruginya siapa yang duduk berdekatan tapi tak  pergi roadshow ni. Banyak acara-acara yang menarik tau!!! Jom baca apa yang menarik di Roadshow itu!!!


Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik!


Jangan terlepas acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang bakal diadakan dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!

Nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik! Singgahlah di booth kami untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah! Mari berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Jangan lepaskan peluang – sertai kami untuk acara yang penuh keseronokan bersama keluarga tersayang!

Butirannya seperti berikut:
Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut:
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!



Dengan Huggies Dry Pants juga, Ayyunie sentiasa berasa kering dan tidak takut akan air lagi walaupun bermain ditepi tasik!!!





Mengenai Huggies®
Huggies ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira.Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.


Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!



Jadi tunggu apa lagi????
Datang jangan tak datang tau!!!
Rugi siapa yang tak datang untuk mereka yang duduk berdekatan Mydin USJ tu!!!

Have a great and fun weekend you all!!!!

Akhir sekali, dengan keistimewaan Huggies Dry Pants, saya berasa begitu ceria, begitu gembira dan ketawa senantiasa!!!!
















Thursday, May 3, 2012

Video Recording bersama JACOBS



Sabtu lepas, kami ke KL atas urusan video recording utk Jacobs..
Bertolak dari JB jam 7 pagi, sampai Desa Melawati lebih kurang jam 11 pagi..
Mula2 takut jugak nak ke KL sebab BERSIH 3.0 tu kan..
Walaupun banyak jalan2 tutup di Bandar KL, tapi alhamdulillah, perjalanan kami lancar..
Mungkin sebab haluan kami tidak menggunakan jalan2 yang ditutup..
Kami sampai betul2 depan WHITEROOM DESA MELAWATI atas panduan GPS..
Kalau tak ada GPS SYGIC tu, memang serius kami takkan sampai ke situ sebab agak susah jugak nak cari premis Whiteroom tu..

Sampai jer situ, tgk2 ada sorang chienese lady ni tgh tunggu turn utk recording..
Sempat berkenalan dengannya...rupa2nya adalah pemenang OSIM utk minggu yang ke 3 atau 4 tak silap..kami bincangkan benda yang sama iaitu, kenapa OSIM tak sampai2 lagi...katanya dia pernah tanya pihak JACOBS, rupa2nya tak ada stock lagi...huhu

Sementara tunggu recording, Aleesya main Iphone Ibu, Ayyunie main Iphone ayah dan si ayah guna Ipad utk booked hotel on the spot...Al maklumlah, walaupun recording ni memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja, tapi penat drive tu mesti recover balik, so that's why setiap kali kami ke KL walaupun atas urusan yang kadang2 tak sampai sejam, tapi tetap stay hotel...sambil berurusan, boleh juga merehat2kan minda..kalau nak fikir pasal duit, duit boleh dicari, tapi moments dan quality time bersama tersayang tu takut terlepas utk masa2 akan datang kan..

Ok lah, back to topic...Lepas sahaja orang yang tgh recoding kat dalam tu keluar, dan turn chienese lady tu masuk, tiba2 terasa macam pernah nampak jer muka orang yang baru keluar dari Whiteroom tu, Owhhh Mira rupanya iaitu ibu Emir..tak sangka sebab dapat jumpa face to face dengan Mira, salah sorang comper hebat ni...selama ni kenal dalam FB dan Blog jer...


Ni lah Mira, peramah orangnya..
Kalau org yang suka join contest bertemu, apa lagi, cerita pasal contest jer lah kan..hehe
Walaupun sekejap jer berbual, tapi macam dah lama kenal...hehe

Pasal recording tu pulak...serius....pelbagai emosi yang hadir, ada ketawa, ada menangis, ada blur dan macam2 lagi perasaan yang hadir...apa2 pun kalau boleh tak nak bagi mak tgk muka me menangis tu....huhu..malu...depan mak buat2 kuat semangat, padahal dalam hati ada taman sekebun..huhu..

Apa2 pun wish me luck utk FINALE EVENT nanti..
Doakan yang terbaik utk me dan mak yer...segalanya untukmu MAK....

P/S: Gambar kat atas tu cilok dari blog Mira  sebab me langsung tak snap2 pun...thanks Mira..



Saturday, December 17, 2011

Testimoni from Blogger || TQ kak Ezna..:)

Kebetulan pagi tadi buka dashboard blog..
Ternampak pulak kak Ezna ibu Dania buat entry best ni..hehe..
So, datanglah pulak idea nak updated entry harini guna entry kak Ezna jer..hehe..boleh gitu kak Ezna??

Mula2 sekali nak ucapkan terima kasih kepada Kak Ezna sebab sudi beli belt kanak-kanak macam kat bawah ni..memang famous amous betul belt kanak2 kat bawah ni...ada tu borong sampai 5 pcs terus...hehe..sekejap jer upload dalam FB...Zassssssss...tinggal 2 pcs jer hingga ke saat ini..


Belt yang menjadi pilihan kak Ezna, Dark Chocolate berbunga roses..

Belt macam ni sesuai digayakan bersama skirt kan..
Alahai....memang comel ler kalau anak2 kita pakai skirt...
Tak percaya...cer tgk adik Dania ni pakai..cantikkan..


Sesuai sangat pakai belt utk skirt kan..
Nampak lebih kemas dan elegan..


Ni contoh Aleesya pakai belt dengan skirt..
Amacam?? Nampak bergaya kan..

So kalau nak baca full entry testimoni kak ezna tu, leh klik2 link bawah yer..
http://ezna-daniayasmine.blogspot.com/2011/12/belt-buat-si-cilik.html



Oppss.. sebelum tu nak jugak cakap ni..
Skirt Zarina Ayu (dewasa) juga ada...
Sesuai utk remaja, yang dah kahwin, yang belum kahwin atau yang berbadan besar..
Sesuai sangatlah kalau nak sedondon ibu anak kan..
Barulah kena dengan tagline "IBU ANGGUN ANAK BERGAYA"...:
Utk maklumat lanjut..
Feel free to
FB: KEBAYA ZARINA AYU COLLECTION


TQ for viewing....

p/s: Bukan Aleesya jer suka pakai belt2 ni, ibu pun dah bertambah2 koleksi belt ni utk diri sendiri...betullah org kata, mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasinya kan....



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sunday, October 2, 2011

Filem Karipap-Karipap Cinta || Dalam Novel lain, dah jadi filem lain pulak...


Tertarik dengan pendapat si dia ni masa terbaca pendapatnya tentang KARIPAP-KARIPAP CINTA..
Dalam Novel lebih kepada karya yang agak "islamik"
Tapi bila dah sampai ke filem lain pulak kisahnya..

Apa2 pun uols baca sendiri lah kat blog si dia ni yer...


p/s: Happy weekends!!! Hari ahad pun kena kerja lah....:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, July 18, 2011

1111 Hikayat

Setelah 2 hari tak updated...
Pagi isnin ni dimulakan dengan entry 1111 Hikayat..
Apa maksud 1111 Hikayat??
Tu maksudnya sebanyak 1111 post/ entry telah dibuat sepanjang menceburi dunia blog ni since 24/06/2009..
Dah 2 tahun lebih menceburi penulisan blog ni..
Selagi ader masa diluangkan utk menulis blog..
Insyallah...akan diteruskan jua.
Sebab rasanya selagi blogspot masih ader..
Selagi tu kenangan2 akan diabadikan dalam blog ni..


Berapa pula entry yang anda post setakat ni??

p/s: Yer...kami jadi pergi cuti2 kelmarin dan semalam.....both damias pun makin sihat masa cuti2 tu....just wait for the pics yaaa..


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, July 1, 2011

Keyword paling laris minggu ini!!!!

Apakah keyword paling laris dalam blog anda???
Kalau dalam blog ibu ni tak lain tak bukan..
Keyword "Resepi" dan juga keyword " Kebaya kanak-kanak"
Memang 2 keywords tu paling laris lah...
Dah lama ibu perhatikan memang itu jer lah keyword yang selalu muncul dalam statistik..
Sampai banyak kali juga blogger2 baru/ yg ibu tak kenal bertegur sapa/ bertanya pasal resepi2 dan kebaya kanak2 dalam blog yg tak seberapa ni..

Ni ibu captured 2 hari lepas..
Keyword yang sama juga naik..
Alhamdulillah...sekurang2nya dapatlah juga share sedikit ilmu bersama dengan pembaca2 di luar sana kan..

Owh yer..selain tu antara keywords yang laris juga aderlah pasal "holiday"
Antara tempat yang selalu org tanya pendapat dan tanya pelbagai soalan adalah ke  
Endau Beach Resort, Batam Indonesia dan USS...
Semoga blog yang tak seberapa ni dapat membantu sesiapa yang nak sedikit info pasal cuti2, resepi dan baju kebaya kanak-kanak...

p/s: Apa pula keyword paling laris di blog anda????







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, June 28, 2011

Shopping kebaya kanak-kanak online|| Memang mudah!!!

Semalam ader yang tanya...
Kalau tak der FB, nak beli kat mana baju kebaya kanak-kanak ni???
Jangan bimbang...sebab ZARINA AYU COLLECTIONS memang ader blogshop utk memudahkan serta menjimatkan masa anda..

Kepada yang berminat untuk membeli kebaya kanak-kanak, dialu-alukan jemput ke blogshop


ATAU



Ini lagi satu design terbaru ZARINA AYU COLLECTIONS...
Fabric Sulam Bunga dan SB Line cotton..

Jemput singgah ke FB jugak yer kawan-kawan..


p/s: HOOYEAYYYYYYYY...LHDN dah siap....lega bernafas....

p/s: Kerani Am diperlukan....please call 012-7560895 utk details....



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, May 31, 2011

Calon-calon pQAemenang Fareeda Kids dan Trudy& Teddy Product !!!!

* Autopublish!!! Tuan blog sibuk jadi urus setia "TREASURE HUNT" dari awal pagi sampai petang ni...

Berikut adalah senarai calon-calon yang layak untuk memenangi Tudung Fareeda Kids dan Produk Trudy & Teddy...Sila pastikan samada anda tercalon atau tidak mengikut komen2 anda dalam kategori yang betul di dalam blog atau FB...mana2 nama yang tertinggal, harap inform yer...sebab esok kita akan pilih pemenangnya!!!

" Saya nak Trudy & Teddy Products"


2. MrS. F!zA 


4. e!ya 


6. mummy_ayu 






12. kemma


14. Mama Kyra 

15. gewecun

16. aqishah


18. iduraz 





23. inasepi 

24. MRS. K


26. taufidris 


28. Ogy

29. sarah

30. aNggUn

31. Nana




Penyertaan dari FB

35. Erma Liana

36. Roslindawati

37. Norhidayanti

38. Noorzie Jasni

39. Siti Zaleyah

40. Dahlia Faizal Zariff



"Saya nak Tudung Fareeda Kids"







7. eRiNsZ


9. cira




13. fa10

14. MamaAimy 

Penyertaan dari FB

15.  Sam Mia

16. Noraini Khani

17. Akyf Barudin

18. Ayu Rafikah


p/s: Make sure nama anda ada yer bagi yang menyertai Giveaway ni..





Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!