Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, December 27, 2020

JJCM Pahang || Jaman Tory Resipi


Dah lama tahu tempat ni..tapi tak tergerak hati nak singgah sebab kami sekeluarga tak makan ikan patin (dah serik sebab 1st time cuba makan kat Temerloh dulu rasa something error & hanyir pula dah. Eh ke memang ikan patin rasa cam tu 


Tapi kalini try lah juga singgah sebab riview katanya ikan patin kat sini sedap yakmat dan tak hanyir. Biar menyesal cuba, dari menyesal tak pernah cuba kan. 


Air2 kat sini menarik.. 
Banyak dan bekas pun cantik.. 


Ok kami dah try makan ikan patin masak tempoyak kat sini. Anak2 memang kata kali pertama dan terakhir lah makan ikan patin ni. Hahaha.. Tapi bagi kami suami isteri not bad juga lah rasanya. Still boleh telan beberapa cubit walaupun tak lah hingga  menjilat jari. Kuah masak tempoyak tu pun still boleh hirup lagi. Dah rasa kan, so tak menyesal.


Menu lain macam masak lemak daging salai bolehlah tahan, ayam kampung goreng sedap garing sampai tulang pun boleh hancur di gigit. Puyuh goreng pun not bad dan yang membuat kan lagi berselera makan tu sebab ada ikan Pekasam. Memang 👍.


Ekspresi Aleesya makan Secubit ikan patin.. Haha.. 


Dah lepas makan, apa lagi.. 
Posing lah kan.. 


Tempat cantik dan redup je.. 
Dan kalau datang sini, jangan lupa bergambar atas buaian Signature ni ya.. 


Bagi chance ibu posing juga.. 

Review: Makanan 3.5/5 bintang
Harga: Agak mahal sikit sebab kuantitinya sikit
Recommended: Ikan pekasam, ayam kampung goreng & sambal tempoyak. Air2 dia pun best.. 





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 30, 2020

Jalan Jalan Cari Makan Johor II Nasi Kandar Royale Daun Pisang


Cuba Nasi Kandar di tempat baru. 
Baru buka 1 bulan je kedainya. 
Owner Melayu.

Buka2 Waze nak follow.. Laaa.. 
Tak sampai 10 minit je dari rumah.


Rasa boleh tahan sedap. Kuahnya kaw kaw. 
Sayur gorengnya berasa. 
Tapi Ayam goreng tu ada lagi yang lebih sedap kat tempat lain. 
Dan kari telur ikan dia memang superb. 

Cuma expectation mula2 ingat makan dalam daun pisang macam kat kedai India tu. 
Rupa2nya guna pinggan bentuk daun pisang dan alas daun pisang. 
Pun boleh lah kan...


Ni pilihan saya..
Ayam goreng
Kari telur ikan
Telur masin
Bendi celur
Tauge goreng
Total RM16


Ni pilihan ayah damia.
Ayam goreng
Kari sotong
Kubis goreng
Total RM18

Lokasi:
Nasi Kandar Royale Daun Pisang, Taman Indahpura, Kulai

Ok boleh repeat makan sini lagi..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 23, 2020

2H1M bercuti di Pulau Kapas, Terengganu


Cerita pada 22-23 June 2020
Masa Malaysia baru dibenarkan merentas negeri..


Because after quarantine & balik kampung, we deserve this!


Ya Allah, terubat sungguh hati keluarga kami untuk bercuti lepas beberapa bulan terkurung dirumah kerana PKP. Masa ni kerja pun tak start naik lagi


Tengoklah tu Daim..betapa happynya dia..
Ya lah budak kecik masa PKP kan mana2 pun tak boleh pergi..
Tengok pantai yang cantik tu terus release stress..


Since pkp, orang dekat pulau cakap memang tak ada tourist datang. Almost 3 bulan chalet2 dan boat2 tidak beroperasi. Jadinya air laut memang  cantik dan jernih sekarang ni.


Trip Pulau Kapas kalini kami memang takda plan nak island hopping ke, hiking ke, snorkelling tengah laut ke,  memang bercuti untuk berehat santai2 dan bawa anak3 release tension lepas 3 bulan terperap kat rumah je. Just untuk main pasir, snorkelling depan resort, makan2 dan mandi sampai rentung.


Trip Pulau Kapas ni sangat sesuai untuk bawa anak2. Sebab perjalanan boat dari Jeti Marang ke pulau hanya 10-15 minit sahaja. Tak sempat nak mabuk laut pun. Kiranya santai dan tak sempat penat pun dalam boat. Sebab tu ramai juga yang buat day trip ke Pulau Kapas ni just untuk picnic, snorkeling dan hiking.


Dah macam kat pantai2 oversea pun ya ni..hihi..


Kami stay di Kapas Coral Beach Resort. Ambil pakej bilik dan boat transfer semata2. Beli dengan ejen Kapas Vacay. Bayaran RM99/pax. Kalau umur 4-11 tahun, bayaran hanya 60% dari harga dewasa. Parking kereta kat Jeti Marang dengan bayaran RM8/semalaman, terus pergi ke kaunter 2 MGH boat service, sebut nama yang buat booking, nanti semua akan diuruskan.


Muka happy terlepas dapat pergi holiday..


Walaupun panas ceng ceng, tetap bersemangat semua nak lunch bawah pondok buluh ni..
Daim tak kira dah makan ke tak, janji dapat main pasir..


Nasib baik dalam kereta tu sentiasa standby tikar..ada juga gunanya..


Tapau siap2 makanan sebelum sampai jeti..
Dah sampai Terengganu, wajiblah makan nasi dagang dan nasi minyak kan walaupun hanya sekadar tapau sahaja..


Dah makan, tak nyempat2 semua nak snorkelling dan mandi laut..


Ikan puasa 3 bulan.
Tak bagi makan pun berduyun2 datang buat show depan kita.
Bila bagi roti apatah lagi..


Dah penat main air, berehat main pasir lah pula..


Tapi kadang2 hati2 juga dengan serangga kecil dalam pasir ni..
Takut gigit nanti gatal..


See, ikan datang berlumba2..


Teruja haihhh..


Daim siap bawa baldi kecik lagi nak tangkap ikan2..
Tapi dapat ke idokkk Daim?
Kih kih...


With my first born..


Panas ceng ceng pun don't care lah kan..
Janji dah sapu sunblock semua..


Ya Ampunnn Daimm..
Dalam air pun ko sempat makan..haha..


Sebelum senja, nampak ada resort crew yang tengah set up candle light dinner..


Jalan2 tengok sunset..


Wahhhh dah cantik mnegerlip..


Our dinner...
Ala carte sahaja..
Harga sepinggan nasi goreng bermula RM15 ke atas..
Rasa biasa2 aje..tapi dah banyak pilihan kedai makan yang ada, pun bersyukur dengan apa yang ada..


Esok paginya...
Lepas breakfast hotel..
Full Face Snorkel mask ni kami bawa sendiri..
Boleh baca kat sini..


Anak dara meniti remaja asyik nak bergambar aje..


Mak dara pun sama..


Snorkelling, swimming & sand castle..
Waktu terbaik snorkelling kat depan2 resort ni adalah waktu pagi..
Air jernih bersih lagi sebab orang tak ramai..
Bot2 pun tak jalan lagi..
Air pun masih pasang..


Memang banyak ikan main2 kat gigi pantai tu je..
Bagi yang nak rileks2 dan tenang2 je kat pulau, tak yah ambil pakej island hoping atau snorkelling tengah laut pun ok. Yang penting standby lah tikar dan makanan atau minuman untuk santai2 tepi pulau. Roti habuan untuk ikan2 jangan lupa beli masa kat darat lagi..


Ada juga yang bawa khemah tu..
Tu selalunya utk yang daytrip lah..


Di hadapan chalet2 resort..
Ni untuk yang berdua atau bertiga ok lah kot..
Sebab kami berlima, dapat bilik family room..
So, biliknya kat bangunan 2 tingkat sebelah belakang sikit..


Ni masa dah check out tunggu boat sampai..
So apa lagi Daim ambil peluang lah beli air krim..


Boat paling awal 9 pagi. Sesuai untuk yang nak buat day trip. Tapi sebab kami check in jam 2 petang, waktu boat paling sesuai jam 1 tengahari. Sebab masih dalam PKPP, sebelum check in, suhu akan diambil, nama perlu ditulis dan hand sanitizer kenalah pakai. Barulah boleh ambil kunci dan masuk bilik. Deposit RM50. Tuala akan diberikan mengikut bilangan keluarga. Dan check out nanti kena pulangkan tuala di lobby baru dapat semula deposit. Oh ya, dalam bilik tak ada jug kettle ya. Dah tu cam mana nak makan maggi (menu utama travel kot) nanti. Caranya boleh minta termos air panas kat lobby, dan bayaran deposit RM20 dikenakan. Nanti bolehlah refill air panas tu sentiasa. 


Dah nampak anak2 dara sangat dah both Damias ni..


Alahai..pelihara ikan boleh tinggal2kan sebab ada auto feeder tu..
Pelihara kura2 dah kena angkut sana sini sebab sejenis yang makan sayur2 dan juga kapsul makanan kura2..
Untunglah kau kura2, sampai ke pulau ni hah diangkut..


Us..


Ais krim ke dua Daim..
Selagi bot tak sampai, selagi tu lah berzikir nak ais krim lagi dan lagi..


Yeayyy..dah naik boat untuk balik..
Alhadulillah..
Semuanya dipermudahkan dan kami pun enjoy trip Pulau Kapas ni..

Oh ya jangan lupa bawa insect repellant . Saya bawa yang jenis tampal2 kat baju, seluar, stokin atau stroller tu senang. Memang berkesan dari dulu guna. Beli kat Guardian je.
Nyamuk banyak terutama time nak makan kat cafe atau lepak2 kat luar bilik tau..

Moga perkongsian ini memberi manfaat..
Sharing is jariah..


Sebelum balik JB, kami transit dulu semalaman di Kuantan..
Penat main air pun tak hilang lagi..


Kami stay di Hotel Sentral Kuantan Riverview..

Begitulah ceritanya..
Nanti sambung cerita holiday lain pula ok..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::