Showing posts with label Boracay Island. Show all posts
Showing posts with label Boracay Island. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Hadiah 14th Anniversary


ALHAMDULILLAH..
Sept 2004 - Sept 2018
Happy 14th Anniversary abang...
Another year to create precious memories together...
Aaamin..

Sepatutnya kami dah rancang ke Phuket tarikh 10/9 tu, dah lah cuti panjang masa tu kan, tapi firasat kami mengatakan yang rumah tengah under contruction masa tu takkan siap on time. Fuhh sekali betul delayed 10 hari. Tak kemana2 pun kami masa tu. Just hari2 keluar shopping barang2 rumah yang tengah renovated je.

And finally, we declared our new Open Concept Kitchen ni sebagai hadiah anniversary bersama untuk tahun ni. Lagi mahal berganda2 dari gi Phuket ni. Tapi hadiahnya kekal ni sampai cucu cicit...haha..


Kenangan celebrated Anniversary tahun lepas di Boracay Island, Philipines.
Antara kenangan yang paling best dalam hidup sebab candle light dinner sambil tengok sunset di antara puncak paling tinggi di Boracay bersama anak3. Masih tergiang2 di telinga saya tatkala tour guide kami bagitau yang ni first time dia arrangekan candle light dinner dengan anak2 sekali. Tapi feelnya tetap romantis. Tour guide kami siap jaga dan main2 dengan Daim tau supaya tak menganggu kami kononnya. Haha.. 


Siap sejambak bunga, siap ada kek halal lagi..
Semoga kenangan manis sebegini berulang lagi. 
Tapi kat Negara lain pula ya..hihi..

Alhamdulillah...Syukur selalu..

Friday, November 10, 2017

Makanan Halal di Boracay Island


Rindunya makanan-makanan seafood (besar-besar dan segar-segar) ni kat Boracay! Bukan sahaja sedap sehingga menjilat jari dan bibir, siap hantar sampai depan hotel (penat2 balik buat aktiviti air dah tak payah rushing keluar lagi) dan yang paling penting halal. 

Kat Boracay ni sangat susah nak cari makanan halal. Islam pun minoriti sangat. Mujurlah jumpa kak bora @boracaytravezlandtour dalam IG ni. Pakej lengkap di Boracay dari A to Z private tour (kecuali tiket flight dan hotel tempah sendiri) siap ada guide jaga anak-anak lagi. 

Nak-nak pula Daim.... makan bersuap, buggy orang tolak, tidur orang dukung, nak main orang layan. Macam bawa helper bercuti sekali. Sebab tu aritu ramai yang tanya mana Daim sebab tak banyak gambar dia pun, tak bawa Daim dan anak2 ke (tak sanggup tinggalkan weeiii)..
 Ok, harap menjawab persoalan orang yang saya tak kenali DM tanya pasal makana halal di Boracay...Kalau tanya anak-anak apa yang best kat Boracay? Diaorang jawab "makannnnnn"... Haha..


Ni lunch masa Pit Stop terakhir masa island hoping di Boracay..
Bayangkan penat2 kita sepruh hari island hoping, sampai pit stop terakhir ni, makan yang baru masak terhidang depan mata..
Perghhh..heaven!

Masa ni juga first time makan sambal landak...haha...alang2 dah pergi tempat orang, makan je lah kan...


Sumpah! Tak habis makan semua ni...tapi semuanya sedap2..
Yang kami peminat seafood ni pun makan sampai tak leh nak makan dah..haha..banyak sangat..
Tapi puas hati!


Dinner yang dihantar terus ke hotel..
panas2 lagi semua masakan...
Udang masak lemak cili api dengan labu tu, perghhh...power..


Ikan masak tauchu tu jarang2 saya makan, tapi kat sini licin...
Siap berebut dengan anak2 lagi...
Ikan segar beb! Hanyir pun tak ada..


Seafood memang famous lah kat Boracay ni... So lunch atau dinner kami memang wajib ada ketam, udang, sotong dan ikan..sekali sekala adalah makanan bercengkerang...ayam daging tak provide sangat sebab susah nak cari ayam daging yang halal kot kat sini..


Mangga di Boracay memang merata orang jual...
Manis2 lemak2 semuanya..
Tapi saya tanya mangga sekilo berapa kat sini, mahal juga dalam RM15 sekilo...
Mungkin sebab kawasan pelancong kan..tu yang mahal sikit.. 
Roti Gardenia kat sini 1 bungkus pun RM6.50...beli jugak...hihi..

BTW kat sini memang susah nak cari makanna halal...kalau ada pun baca review orang dalm blog, beli seafood atau ikan segar kat Pasar Talipapa, lepas tu suruh kedai muslim masakkan. Ada 1-2 kedai muslim je pun...tu pun masakan philipines katanya tak berapa nak ikut selesar orang Malaysia jugalah..

Tapi dengan pakej yang saya ambil ni, makanan halal dan yang masak En Alvin tu pun orang Sabah. So makanan memang secukup rasa dan ada pedas juga..

Haihhh tetiba rindu nak gi Boravay lagi!




Wednesday, September 27, 2017

Helmet Diving II Umpama Astronaut di dasar laut

Helmet diving ni antara aktiviti yang paling saya tak sabar nak lakukan..
Walaupun takut tapi sebab dah set mind dari Malaysia..
So takut2 pun kena buat juga..


Naik speed boat untuk ke pelantar Helmet diving di tengah laut..
Dekat je, tak jauh pun dari pantai..
Cuma kalini pantainya bukan kat pantai White Beach yang cantik tu..\
Ni kat Water Sport Beach..

Daim tengah tidur tu..
So senang sangatlah kami nak buat aktiviti kan...hihi..


Sampai je di pelantar, kami akan di-briefing-kan oleh staff disitu. Kita akan diajar guna body language seperti 'ok, problem, up, down, snap photo, record" dan lain2 lah.. bagi saya ngan ayah damia tak susah pun sebab kami dah pernah belajar masa nak diving kat sabah dulu. Cuma kena refresh je lah..

Lepas tu kita juga akan diajar cara2 nak buang tekanan udara dalam telinga kita dengan telan air liur, nganga luas2 dan juga ajar cara nak bersihkan topi astronaut yang kabur..

Sebelum turun ke dasar laut, pakaian kita yang labuh kena diikat atau buka, sebab takut terbang dalam air katanya...haha..so sebab memang saya dah pakai swimming suit siap2 dan just dress pantai labuh je kat luar, so kita ikat tepi lah dress tu..


Sempat lagi ko senyum walaupun tengah cuak tu..
Depan kamera kena pandai berlakon beb... haha


Di Boracay ni terlalu banyakkkkkkk aktiviti yang boleh dilakukan. Antara berani atau tak dan antara berapa budget yang diperuntukkan je.

Ni salah satu aktiviti yang saya pilih untuk anniversary goal tahun ini (tema mengatasi ketakutan sebab saya ni memang penakut yang amat bab2 aktiviti adventurous ni)..


Opsss! 'tangan misteri' tu menjadi tanda tanya ramai orang kat IG dan FB. Tangan siapa tu weiii?
Hahaha...suspen je erkkk.. tu tangan diver kat bawah yang tarik kita ke dasar laut lah... agaknya orang pulau...sentiasa berjemur...tu nampak merah kecoklatan tu kulitnya..


Sebenarnya awal2 tu saya takut juga nak buat... baru je masuk dalam air sekejap, pastu saya timbul balik.. siap divers kat bawah dan staffs kat atas kelam kabut tanya "are you ok mom? have problem?"...hahaha adoiii kecoh je kan...
Sebenarnya saya tak berapa confident dengan diri sendiri, tapi lepas baca bismillah dalam hati, barulah tak takut...lupa baca bismillah rupanya...kikiki..


Ok..kalini dengan confidentnya jadi water-nout..
Fuhhh selamat..
Misi mencari ayah damia yang lebih awal turun ke dasar laut pula...


Gambar2 kat bawah ni dari CD yang disediakan oleh pihak helmet diving..
Memang termasuk dalam pakej siap CD kalau buat aktiviti ni..


Patutlah mula2 duduk je dah ada orang datang amik gambar kita..
Rupa2nya nak buat cover CD lah...hihi..
Masa ni tak tahu lagi..


Turun2 je dasar laut, tengok2 ayah damia dah tunggu saya kat kaki tangga...
Wahhh...namapun anniversary vacation kan..
Takkan lah dia nak tinggal isteri dia sorang2 terkapai2 kat dasar laut tu hah..
Kikikiki..
Nampak??? Muka senyum berseri je kan....hahahaha


Kat dasar laut ni kita boleh berjalan2 macam biasa..
So kalini dah tak takut dah...


Amboi... banyak pula ikan2 yang buat lintas langsung depan kami ya..


Sibuk je ikan2 pun nak selfie ya..


Perasaan? Mestilah seronok sangat buat perkara yang tak ada di Malaysia ni kan..


Kita juga akan diberi roti kepal oleh divers kat bawah untuk umpan ikan2 datang tempat kita..


Sempat lagi buat muka ya bang..


Buih2 yang kepul2 keluar tu pernafasan kita..


Amboiii...siap pegang tangan koooooo..


Lebih jelas, lebih dekat, lebih faham dengan corals yang kat bawah ni...


Cantiknya corals ni alive depan mata kita..


Banyak ikan datang ni sebab kita umpan dengan roti..


Tak tahu nak tulis caption apa dah..


Tengok je lah gambar2nya ya


Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang beri kepada kami..
Pengalaman baru pertama kali seumur hidup merasa..
Insyallah kalau ada peluang dan ruang, kita ber-helmet diving di Pulau Negara lain pula ya...
Aaamin..



:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 24, 2017

Island Hoping @ Boracay II Crystal Cove Island

 Selepas Pit stop 1 dan Pit stop 2, kita ke pit stop yang ke 3 pula iaitu Crystal Cove Island.
Nak masuk ke pulau ni kena bayar 20 peso/ person (tapi kami dah include dalam pakej private tour kami, so tak payah bayar). Pulau ni merupakan sebuah pulau persendirian yang dijaga rapi, terawat dan juga bersih. Mempunyai pantainya sendiri dan juga 2 cove. Monomen2 serta hasil tinggalan sejarahnya pun masih utuh lagi. Pulau yang agak besar untuk di-explore dan juga sesuai untuk mandi manda serta snorkelling di laut yang jernih itu.


Mula2 sampai je...wahhhh..
What a breathtaking views..


Ada trek from both ends of the island kat sini..


Kesian rambut Ayyunie dah berserabai...;>)


Bukti dah sampai Crystal Cove Island


Ramai sungguh tourists...
Walhal bukan peak season ni..
Kalau peak season tak tau lah..
Majoriti disini from Taiwan, Korea, China dan sewaktu dengannya..


Jauh berjalan luas pemandangan...
Cantik sangatttt


Ayah Damia dan Aleesya je turun ke Cove 1 ni..


 Explore the natural landscape of nature and enjoy snorkeling inside the coves and play with the fishes and be amazed with the corals underneath. 
Ayat copy dari sini


Geia yang banyak menjaga Daim masa kami Island hoping..
Senang both Damias berinteraksi dengan Geia dalam English..


Bangga jadi rakyat Malaysia..
Hari2 ayah Damia pakai baju Sukan Sea Malaysia ni tau...


Aksi2 gediksss kena adalah kan..
Ater anak kecik ada orang jagakan..
Sebab tu banyak juga gambar berdua kami kalini..


Lepas tu kita berjalan explore ke Cove 2 pula..
Sepanjang trek perjalanan memang cantik2 viewnya...


Be in cloud 9 with the breathtaking panoramic sights of Carabao island, Romblon Island, Caticlan Island, Boracay Island and Sibuyan Island!
Ayat copy dari sini


Wahhhh...kena masuk Cove 2 pula...
Tapi Daim tak masuk....sebab agak mencabar juga nak ke Cove 2 ni..
So Daim Geia yang jaga kat ruang rehat kat atas..


Hurmmmm....gigih sangat masuk tempat cam ni kalau kat Negara orang kan..
Kalau kat Malaysia tak lah..
Eh! 2tahun lepas saya pernah explore gua kat Geokilim Park di Langkawi lah tengok kelawar bagai....haha...


Take your cove adventures to the next level as you experience crawling inside the tunnel leading to another enchanting cove.
Ayat copy dari sini


Tunduk bangun tunduk bangun...akhirnya sampai juga kat Cove 2 ni..
Cantik jernih airnya...


Muka sememeh semua berpeluh sunburn bagai..
Tapi tetap kena ambil gambar sebagai bukti betapa gigihnya kami anak beranak sampai ke Cove 2 ni..hihi..


Ok take 5 kejap sebelum naik boat bersambung ke pit stop yang ke empat pula..
Tempat paling lama kami beristirehat....

Stay tune...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::