Showing posts with label Photoshoot. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot. Show all posts

Wednesday, February 9, 2022

JJCM Kuantan II Kuantan Art Street


Family where life begins and love never ends.






Walaupun Penang Art Street lagi banyak mural dan lebih popular, tapi dah alang-alang bercuti di Kuantan, kami tidak melepaskan peluang bergambar bersama mural-mural yang ada.
Lagi pun dekat sangat jalan kaki je dari hotel yang kami stay dan orang pun berapa kerat je ada..
So boleh posing2 dengan amannya.
Tapi satu je lah tak tahan...iaitu panas terik...kih kih..
Lepas dah posing sakan kat Art Street ni, terus cepat2 cari air sejuk kat kedai runcit berdekatan..haha.















Ni pula suasana Kuantan Art Street waktu malam..
Nampaknya lebih ramai yang datang waktu malam dari siang..
Happy reading & watching...


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, May 15, 2020

Photos of the decade: 2009 - 2019


10 years back

10 years later
 

Kedai gambar yang sama, tapi owner berbeza. 
Dulu milik auntie sekarang milik orang muda dah.
. 
Agak lama nak siapkan gambar 10 years later tu. 
Photoshoot November 2019, Feb 2020 baru siap. 
Sebab2 lambat pada mulanya tuan kedai bagitau 
frame yang sama dengan 10 years back tu dah tak ada dah. 
Susah nak cari sekarang sebab tu royal frame. 
Tapi kami minta juga carikan frame, kualiti, warna dan design yang sama.
 Selang 2 hari kemudian, tuan kedai maklumkan dah jumpa frame tu.
 Rezeki kami lah tu. Alhamdulillah.
.
Hopefully 10 tahun coming soon, frame design ni masih wujud lagi.
 Masa tu Aleesya 23 tahun, Ayyunie 21 tahun, dan Daim 13 tahun. 
Ada lah sorang anak bujang teman ibu ayah sampai tua ya.
 Moga2 ibu & ayah masih panjang umur tengok anak3 membesar dan berjaya depan mata. 
Aaaminn.. 



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, July 23, 2017

Aktiviti merenggangkan perut muncit masa raya


Alhamdulillah..
Penghujung Syawal..
Nikmat rezeki makan yang tak putus-putus dari Open House..
Walaupun dah makan serba sikit, tapi kalau dah sampai 4-5 buah rumah open house, terik juga perutnya ni kan..haha..


Maka-nya hari jumaat lepas, lepas je balik dari Open House Best FM kat R&R Bistro dalam jam 6 petang, singgah hutan bandar kejap jalan2 lepas angin Daim yang makin lasak dan sibuk nak berjalan, sambil2 ibu, ayah dan kakak2 boleh buat aktiviti merenggangkan perut yang makin muncit tu..haha..


Eh! Tapi ayah damia cakap jalannya 10 minit, bergambar tu yang berpuluh2 minit....
Haha...aktiviti juga ni bang oiii...ingat senang nak pose gitu pose gini ngan anak2 yang makin susah nak bergambar ni....


Ok last!
Ketawa itu kebahagiaan, ketawa itu baik untuk kesihatan.
Jom dorong diri kita untuk ketawa dan sentiasa bahagia.
Aaamin..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 10, 2016

Daim Muslim in Caterpillar Costume

Orang photoshoot newborn dalam costume selalunya usia 20 hari ke bawah. Senang nak handle dan baby tak banyak gerak2.

Tapi Daim Muslim usia 75 hari baru ibu berkesempatan nak photoshoot newborn ni. Al-maklumlah....Bukan photographer profesional. Takut nak handle baby yang masih fragile sangat disamping tak berani nak renyah2 amik gambar. Kang sakit pula tempat czer tu. 

Alhamdulillah. Walaupun Daim Muslim dah keras sikit badannya, dah pandai gerak2 dan usia pun dah 75 hari, tapi memberi komitmen yang bagus gitu masa photoshoot semalam. Cun! Next time boleh jadi model ibu ni. Bergabung dengan kakak Aleesya dan Ayyunie ya.


Memang sangat2 memberi komitmen. Kita buat apa pun tidur je dia...


Owhh melting sungguh gambar ni. Pandai pula dia buat satu pose senyum sambil tidur untuk ibu ya. Perfect!


Ibu tiarap kan Daim Muslim pun, relaks je dia. Yang bestnya tu, ibu terlentangkan semula, boleh dia sambung tidur. Ya Allah, sportingnya kamu anak!


Lena sungguh kamu ya! Macam2 gaya ibu buat kat kamu, steady je tidur. Muahhh..


Opsss ulat bulu naik daun dah.. Eh silap! Ulat bulu naik selimut lah.. Hihi..

Apa2 pun terima kasih Ya Allah atas kurniaan anak yang sangat baik dan soleh ini. Semoga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta kakak2 ya. 

P/s: Beli costume ni masa ibu pregnant 7 bulan kat Lazada. Finally..tercapai hajat ibu nak tgk anak ibu pakai baju ulat bulu ni.. Hihi..ntah kenapa masa pregnant haritu, ngidam betul caterpillar costume ni..




Thursday, February 4, 2016

Disember 2010 vs Disember 2015


Disember 2010 @ Kluang


Disember 2010 @ Kluang


Disember 2015 @ A Famosa Resort


Disember 2015 @ A Famosa Resort

Disember 2010 vs Disember 2015
Time passes suprisingly quickly..

p/s: Masih sama tak muka mereka masa kecil dan besar sikit ni? 

Wednesday, January 6, 2016

Wordless Wednessday || Posing-posing di Tasek Taman Tropika UTM

Cerita 26 Disember 2016..

Lepas balik dari 2 kenduri kahwin dan 1 kenduri Akikah, singgah sini jalan-jalan ambil angin bagi nasi dan semua makanan jatuh ke perut katanya...

Kalau dah singgah, mestilah snap-snap gambar kan sekeping dua..
Tapi ni bukan sekeping dua dah...berkeping-keping jadinya..

Jom layan KU LIHAT HIJAU...

3 beranak sedondon hijau..

Candid

Tak bersedia lagi..

Bukan main lagi Ayyunie duduk ya..

Bam bam nya adik...

Pandai adik buat gaya..

Alaaa...model cilik..

Tak berubah amik gambar, tetap maintai ayu anak ibu saorang ni..

Adik membesar dengan jayanya

Nak juga maintain ayu

Bagi chance kami berdua bergurau senda ya

Happy Couple till Jannah...Insyallah..
Pandai ayah damia buat muka cute ya...;-)

Candid dari anak-anak...












Monday, December 21, 2015

Photoshoot Bersama Candy Lolipop di Melaka

Candy disana..
Lolipop disini...
Gula-gula disana-sini..
Coklat mana coklat?

Selepas check-out di Melaka tempohari, sempat pula kami berhenti di area pintu masuk A Famosa ni untuk posing-posing bersama Dekorasi Krismas yang cantik ini. Bukan kami sahaja yang sibuk posing-posing kat sini, malah ramai juga pelancong-pelancong lain yang turut sama bergambar disini. Manalah tahu, kot-kot boleh jadi modal untuk masuk apa-apa contest berkaitan dengan Krismas kan.

Jom layan gambar posing-posing kami

Panjang juga dekorasi lolipop di sepanjang jalan masuk A Famosa ni.. 
We are happy family..
Warma-warni sungguh. Termasuklah ootd saya...
Kalaulah ni candy betul...sedapnya ngap ngap..
Gaya bersahaja saya..
Anak nak bergambar, ibu ayah sibuk je kat belakang kan..;-)
Candid
Ini sweet...;-)
Harap little khalifah dalam perut ibu nanti dah lahir pun happy2 macam ibu dan ayah ya...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Student saya pun tak nak kalah dengan cikgu-cikgunya..
Diaorg pun nak posing-posing juga..
Layannnn..





Suka gambar ni...spontan dan ceria. Tengoklah siapa yang snap gambar...hihi..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::