Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Thursday, July 4, 2019

Daim dah pandai baca doa tidur









Alhamdulillah..
Sedar tak sedar Daim pun dah menginjak usia 3 tahun 1 bulan..
Dia punya perkembangan sehari demi sehari ada je belajar dan buat perkara baru.

Walaupun baru 3 tahun, tapi keletah dan cakapnya lebih dari 3 tahun orang kata.
Peramah budaknya..haha
Dan mudah belajar benda2 baru.
InsyaAllah..

Ni 2 minggu lepas, Daim dah pandai baca doa tidur sendiri.
Wahhh terharunya rasa.
Berkat sama2 baca doa tidur dengan dia tiap2 malam.
Last2 pandai sendiri. Syukur..

Bagi orang lain mungkin biasa2.
Tapi bagi kita anak sendiri pandai benda2 camni touching sangat tau.
Semoga Daim membesar dengan sihat, cerdik, kaya, berjaya dan memberi manfaat kepada orang lain.
Aaaaminn.

**************************************************************

Sebelum Tidur Bacalah Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Bismikallahumma ahya wa amut

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Tuesday, February 19, 2019

Solat atas salji




Pengalaman paling mahal..
.
Solat atas salji..
Baru nak sujud, tetiba Daim tarik sejadah buat main, maka sujudlah dahiku atas bumi Allah yang sejuk beku itu.
.
Jari jemari kebas masa ambil wuduk pun satu hal.
.
Bermusafir mengajar kita erti sabar dan nikmat syukur dengan apa yang Allah beri. Di negara orang, susahnya makanan halal, mencabarnya cari tempat solat sempurna, susahnya nak berhadas kecil dan besar, budaya berbeza, percakapan berbeza dan perlu bijak membuat keputusan mengikut kesesuaian selagi tidak bertentang dengan agama. Tapi Islam itu mudah dan indah.
.
Sesungguhnya bermusafir mengajar erti bertawakal yang sebenar.



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, April 14, 2016

Zikir ringkas untuk cukupkan rezeki..


Based on real story..
Macam dah boleh agak je sapa tokey tu...;-)

Perkara yang baik, jom kita amalkan....
Lama-lama baca dah boleh hafal dimulut

Thursday, February 25, 2016

Majlis Khatam Al-Quran nak bawa apa ya?


Tengah-tengah malam tadi balik dari office gigih chatting dengan ustaz tempat Aleesya dan Ayyunie mengaji tanya persediaan Khatam Al-Quran Aleesya. Al-maklum lah, anak sulung nak Khatam. Tak ada pengalaman.

Kalau ikut pengalaman sendiri dulu, mak buat pulut kuning dan ayam golek terus hantar rumah tok guru yang mengajar kita mengaji tu. Lepas tu makan ramai-ramai dengan kawan.

Official Khatam Al-Quran pula sehari sebelum Majlis Akad Nikah dengan ayah damia berbelas tahun dahulu. Kita duduk kat tengah-tengah pelamin dan mengaji ramai-ramai bersama kumpulan Yassin Wanita di Kampung. Pastu adalah kenduri sikit-sikit.

Kepada sesiapa yang ada pengalaman majlis Khatam Al-Quran kat Pusat Pengajian/ Center mengaji al-quran contohnya kena sediakan makanan apa yang sesuai, goodies apa yang sesuai, atau untuk ustaz/ustazah nak bagi apa, sila-silalah sharing dibahagian komen ya. Amat dialu-alukan sangat!

p/s: Setakat ni yang terlintas idea nak buat pulut kuning dan rendang daging, bunga telur dan coklat sebagai goodies dan juga set persalinan untuk ustaz/ustazah.

Friday, July 10, 2015

Apa itu solat tahajjud dan cara-cara mengerjakannya

Salam jumaat yang barakah.
Harini jumaat yang terakhir untuk Ramadan 2015. 
Di pagi keheningan subuh, hujan pula membasahi bumi. Allahuakbar.
Adakah itu tanda2 malam tadi Lailatul Qadar?
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan kita hambanya berusaha  untuk mencari malam yang dinanti-nanti.

Jom baki beberapa hari lagi di bulan Ramadan ini, kita berebut pahala dan mengandakan ibadat kita.

Peringatan dan panduan untuk diri sendiri juga ni. Jom Tahajjud ramai-ramai.







Monday, July 6, 2015

Jom buat Pecutan 10 malam terakhir Ramadhan..


Ramadhan adalah bulan orang berebut-rebut untuk membuat pahala.

Ni dah ada jadual pecutan 10 malam terakhir Ramadhan, senanglah kita untuk rujuknya.

Jom sama-sama kita berebut peluang ini.

Agar Ramadhan tahun ini tidak sia-sia dan dilimpahi 1001 keberkatan.

Aaminn...

Friday, June 19, 2015

Suami aku ustaz || Kisah budak SPM kahwin dengan ustaz sekolah sendiri


Semua ikan dilaut,
Burung diudara, 
Bulan dan matahari,
Dan malaikat dilangit,
Akan turut beristighfar,
Selama mana isterinya taat kepada suaminya.

Isteri yang solehah adalah lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh.

Dan doa seorang isteri adalah lebih makbul dari suaminya kerana sifat seorang isteri yang penyayang.

Sobsss! Sobsss!
Sedih sangat tengok filem ni.
Mencurah-curah pula air mata tengok ustaz tu sanggup mengorbankan diri dan sabar dengan kerenah isterinya yang masih bersekolah dan akan menduduki SPM.

Balik dari kelas tadi, ingat nak baring2 kejap. Ternampak pula ada link filem ni dah keluar di Gengtube. Memang dah lama nak tengok cerita ni. Sebab jalan cerita yang menarik.

Walau apa pun cerita yang kita tengok, ambillah iktibar dan pengajaran atas setiap jalan cerita yang dipaparkan.

Semoga kita semua menjadi isteri terbaik untuk suami kita walaupun kita tak cukup sempurna.

Tuesday, February 10, 2015

Kenangan solat di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Brunei


Alhamdulillah.
Tertunai juga hasrat dihati untuk bersolat di Masjid yang tersergam indah ini.

Last time, ayah damia sempat solat jumaat disini. Katanya sangat tenang dan begitu kagum dengan dekorasi dalaman dan luaran masjid ini. Kata ayah damia, karpetnya tu kalau kita pijak je, tenggelam kaki kita. Air-cond tak tahu lah berapa suhunya, memang sejuk ya amat. Mata pula tak lepas-lepas memandang keunikan dan keindahan dekorasi ruang Siling dan juga dinding.

Gambar di atas saya sempat snap masa baru keluar dari kereta.


Berputar-putar dan berpusing-pusing nak cari tempat solat wanita.
Ya lah, masjidnya besar dan banyak ruang pula.
Mujur jumpa pekerja yang lengkap beruniform dan siap ada pakai name tag.
Sah ni mesti pekerja di masjid ini.
Pekerja itulah yang membawa kami ke ruangan solat wanita.

Masuk je tempat ambil wudu'..
Wahhhh tersergam indah pancuran air terjun di tengah2 ruang.
Air yang keluar juga adalah melalui sensor tangan kita.
Pancuran sensor adalah dari atas dan keluar macam air terjun.

Toilet pun cantik sangat walaupun ruang dalam toilet hanya ngam-ngam dengan saiz badan kita.
Tiba-tiba terus teringat macam tu lah agaknya ruang liang lahad kot...;-)


Masuk je ruang solat wanita..
Subhanallah..
Cantik dan indah sangat tempatMU ini Ya Allah.
Lepas sahaja solat, mata tak lepas-lepas memandang ke atas untuk menghayati ruang kubah tersebut.
Menurut hajjah yang membawa kami ke sini, dekorasi ruang solat lelaki lagi mengagumkan.


Bergambar kenangan bersama hajjah.
Hajjah ni umpama kakak angkat saya dah di Brunei.
Memang selalu berhubung merapatkan silaturahim.

Tak payah bentang sejadah dah.
Sebab karpet sejadah ni dah terbentang luas.
Karpet sejadah ni terbentang atas karpet tebal yang lain.


Saya diluar masjid Jame' Hassanil Bolkiah.
Terima kasih Ya Allah kerana dapat menunaikan hasrat saya nak solat disini.
Oh ya, kata orang Brunei, kubah masjid ini adalah dibuat daripada emas padu.

Gambar-gambar tip top dibawah ini saya ambil dari blog:

Subhanallah.
Indah sekalikan masjid ini dan digambarkan pula melalui photography yang hebat ini.


Saya tak nampak pula bahagian ini.
Mungkin bahagian utama tempat lelaki masuk kot.


Ok, yang bahagian ni saya nampak dengan mata saya sendiri.


Bahagian ni pun sempat saya lalu.


Cantiknya kan.
Masa nak balik ke kereta lepas solat, saya nampak ramai pelancong2 cina memakai jubah hitam dan scarf untuk masuk ke masjid ini.


Cantik! Memang cantik!
Kalau nak tengok banyak lagi bahagian-bahagian masjid ni serta pemandangan masjid ini waktu malam, boleh lah ke blog:

p/s: Masjid Nabawi dan Masjid Al-Mukaramah juga yang tetap bersemadi dihati.









Sunday, January 4, 2015

Siapa yang paling dekat denganKU pada hari kiamat?


Masih tak terlewat lagi saya nak ucapkan "Salam Maulidur Rasul" kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga ingatan kita sentiasa bersama Rasulullah dan mulut kita tidak lekang berselawat ke atas Rasulullah.


Friday, December 12, 2014

Bersin adalah lebih baik daripada menguap


Tahanlah menguap semampunya.

"Sesungguhnya Allah mencintai bersin dan membenci menguap. Jika seseorang bersin kemudian ia memuji Allah, maka hak dia atas muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Sedangkan menguap itu daripada Syaitan, maka tahanlah semampunya. Jika sewaktu menguap itu terkeluar suara "haaa", maka syaitan akan mentertawakannya"

(HR Bukhari)

P/s: Patutlah masa kecik-kecik mak selalu berpesan, nak bersin jangan tahan-tahan. Nak menguap yang kita kena tahan sebab org yang selalu menguap adalah pemalas :-))

Friday, November 28, 2014

Status Facebook pun Allah kira juga


Tulis yang baik-baik aje.
Share yang indah-indah aje.
Baca status orang lain dengan positif-positif aje.
Doaka kawan-kawan online dengan minda terbuka.

Salam jumaat semua!

Wednesday, October 8, 2014

Makin berdoa, makin bertimpa-timpa musibah..


Tapi ketahuilah..
Jangan sesekali kita berprasangka buruk kepada Yang Maha Esa..

Kerana rupa-rupanya DIA nak bagi yang lebih baik dari yang kita minta..
Nak bagi lebih lagi dari yang kita pohon.

Jangan putus BERDOA ya!

Sunday, August 10, 2014

RAYA lagi pada 13 Syawal || Tips mudah berpuasa 6 Syawal

Alhamdulillah..
Semalam 13 Syawal,
Dengan istiqamah,
Saya RAYA lagi!

Memang lain rasanya kemenangan Puasa di bulan Syawal ni. Ya lah, Ramadhan memang fitrah semua wajib puasa, tapi Syawal ni kiri kanan jiran saya buat open house, lepas tu selang 5 buah rumah, jiran buat kenduri kahwin pula. Semalam sekolah Aleesya pula buat Jamuan Hari Raya. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berpuasa 6 Syawal tanpa selang hari.

Saya tetap hadiri majlis2 tersebut. Tapi apabila tuan rumah jemput makan, dengan cara baik atau berbisik saya beritahu saya puasa. 

Tips dia adalah niat ikhlas dan benar-benar tekad. Kemudian buat dan istiqamah. Insyallah, Allah akan permudahkan. Malah saya tidak pula terliur untuk makan dan sentiasa merasa kenyang sahaja. Memang Allah betul2 bantu!

Semoga KEMENANGAN saya yang sejati benar-benar kembali kepada fitrah, kepada Allah SWT dan juga memiliki kesedaran tertinggi setiap saat!


Homemade Nasi Tomato sebagai juadah RAYA saya semalam.


Dimakan pula bersama dengan ayam masak merah. 

First time saya sempurnakan puasa 6 seawal ni. Kalau tidak, nak hujung2 baru sempurna atau selang-selang hari. Ramadan lepas banyak mengajar saya erti istiqamah. Semoga Ramadan akan datang memberikan 1001 makna dan pengajaran baru.

Selamat berpuasa 6 syawal kepada kalian semua!

P/s: Dah terbiasa bangun sahur. Awal pagi tadi dari jam 1 pagi sampai 4 pagi tak boleh tidur dan diisi masa dengan sepatutnya. Saya percaya ni semua kerana istiqamah!

Friday, August 8, 2014

Kelebihan Puasa 6 di bulan Syawal


Antara hikmah mengapa kita perlu sunat puasa enam dibulan Syawal adalah supaya kita sentiasa istiqamah dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang kehidupan kita dan bukan hanya puasa di bulan Ramadan semata-mata.

Disamping ia juga menjadi cabaran untuk diri kita sendiri agar tidak menjadikan Syawal sebagai bulan gembira atau bulan makan semata-mata. 

Jika puasa enam dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, Insyallah ini akan menjadikan kita seseorang yang benar-benar ingin menyahut seruan Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Jom kita semua sama-sama merebut pahala tersebut. 

P/s: Insyallah kalau tiada aral melintang, esok saya raikan KEMENANGAN saya berpuasa 6. Alhamdulillah..



Thursday, August 7, 2014

Bagaimana Tanah Palestin dirampas oleh Israel?


Komik ringkas yang menerangkan bagaimana tanah palestin dirampas oleh Israel. Pasti kini jawapannya lebih jelas kan!

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.

Namun campur tangan Amerika selaku kuasa besar dunia yang memberikan sokongan kepada Israel tanpa putus-putus, yang didirikan atas tanah palestin yang dirampas secara haram.

Dan sehingga kini pun, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya.

Apapun, sebagai orang islam, kita juga patut berusaha sedaya upaya menyokong perjuangan palestin. Tak banyak sikit pun jadi. 

Dan yang paling mudah adalah Boikot barangan Pro-Israel. Tak mampu boikot semua, boikotlah apa yang kita mampu. Dan yang paling penting, boikotlah secara ilmiah dan bukan mengikut emosi semata-mata. At least kita sama-sama berusaha kan! 

Jom boikot!

Lupakan Kit Kat! Ingat CocoDamia :-))




Friday, July 25, 2014

Perkara yang perlu dilakukan jika datangnya haid pada 10 malam terakhirRamadan.


Kita sebagai kaum hawa adalah fitrah didatangi haid/period setiap bulan. Namun amatlah sedih jika ia datang pada 10 malam terakhir ramadan kan.

Sebenarnya kita juga mampu mendapat pahala dan ganjaran jika sebelum tu kita telah istiqamah dan bersungguh-sungguh untuk bertemu malam lailatul qadar.

Dan juga amalan-amalan yang lain seperti berzikir, bertahmid dan bersedekah.

Oleh itu janganlah kita bersedih ya!

P/s: Otw nak gi berbuka dan shopping kejap di aeon Bukit Indah dan sekaligus terus balik kelantan

Wednesday, July 23, 2014

Nafkah suami ada 3 jenis


Kita sayang suami kitakan?
Kita nak dia masuk syurga dengan kita kan?
Oleh sebab itu, tegur-tegurlah perbuatan suami yang kadang2 TERalpa dan TERleka dengan nafkah ni sebab rata-rata sekarang isteri bekerja.

Jangan masuk Syurga sorang2. Ajak suami sekali.
Kan setiap kali lepas solat kita doa 
"temukan aku lagi dengan suamiku (nama sebenar) di jannah Ya Allah"

Tapi kalau kita tak tegur, maka suami akan terus berada dalam keadaan ketidakREDHAan seorang isteri. Sia2 amal ibadatnya nanti. 

Salah satu hilang keberkatan dalam rezeki kita adalah "MENCURI HAK ISTERI".

Tegur elok-elok dengan penuh kasih sayang ya..:-)


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::



Monday, July 21, 2014

Saya akur kurniaan Allah hari ini


< MENGHAYATI ERTI REZEKI ALLAH>

Usaha berjalan dengan jiwa yang syukur dan qana'ah. Qana'ah bererti akur dengan apa yang diperolehi dari Kurniaan Allah.

Saya akur Ya Allah.
Saya akur Ya Allah.
Saya akur Ya Allah.

Alhamdulillah, harini hari mengutip cek. Dan ada juga cek tiba2 muncul atas meja. Saya hampir lupa pun cek tu. 

Balik office ada hamper coklat dari supplier. Aikk? Kita bagi coklat, coklat juga dibalasnya. Hamper dari supplier yang telah terjalin ikatan business hampir 10 tahun walaupun non muslim. Tapi sangat menghormati kami sebagai muslim. Nak-nak Tahun Baru Cina, macam2 diberi olehnya.

Dapat iftar rezeki atas rezeki. Maksudnya ada org nak bayarkan kami iftar, tapi rupa2nga tuan kedai pula belanja org yang nak belanja kami tu dengan kami2 sekali.

Dapat pula pm dari Contest Organizer yang permintaan saya menang voucher di shang-ri la hotel boleh tukar ke hotel setaraf di JB ni. Dah hadiah hamper akan diserahkan sendiri oleh wakil Contest Organizer. Jimat naik KL kan. 

Allah maha besar! Maka saya akur Kurniaan Allah.

Jom kita semua makin menghayati rezeki Allah. Makin kita syukuri, makin kita hayati, makin Allah memberi.
Jom sama-sama kita declare " Saya akur kurniaan Allah hari ini"

Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17


Al-Fatihah.
Salam Takziah untuk keluarga-keluarga mangsa.
Kita yang hidup teruslah berusaha mendekati zon Allah dan bermuhasabah diri.
Tiada siapa yang inginkan kecelakaan berlaku, namun Ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.


Tuesday, July 15, 2014

Hijrah di Hari Nuzul Al-Quran 2014


Allah Maha Penyayang.
Sayangnya Allah kepada Damia Aleesya.

Dah 3 hari berturut2 Aleesya merengek2 nak pakai tudung. Dia kata pakai tudung senang nak solat kat sekolah. Tak payah pakai telekung sembayang. Solat dengan baju sekolah je.

Kemuncaknya hari ini. Dia menangis tak nak ke sekolah. Dia cakap nak pakai tudung jugak. Ok saya sebenarnya takut dia tak selesa bertudung ke sekolah. Ya lah sekolah cina kan. Pastu baru darjah 1. Nampaknya ibu kalah Aleesya. Ibu kalah dengan perasaan sendiri. Rupanya Aleesya lagi berani daripada ibu.

Dan tengahari tadi, otw ke sekolah, singgah kedai beli tudung, anak tudung dan kerongsang sekali. Dan dan dia bersemangat nak pakai walaupun tudung belum bergosok dan tidak dibasuh. Aleesya kata tak pelah tak basuh, Janji boleh solat.

Allahuakbar.

Hari Nuzul Al-Quran yang membuatkan ibu terharu. Dia siap cakap pasni Aleesya tak nak pakai gaun sekolah dah. Nak pakai baju kurung dan tudung je. Tapi waktu Pendidikan Jasmani tak sure lagi macam mana. Semua terserah pada tuan empunya badan.

Semoga dia istiqamah. Tunggu dia sendiri nak pakai tudung gi keluar jalan2 pula. Sebelum2 ni pun dia ada minta pakai kalau nak keluar, cuma saya je yang endah tak endah permintaannya.

Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan kami menjaga amanahmu. Dan memang itulah yang selalu ibu dan ayah doa utk anak-anak ibu. Aaamiin.


Salam Nuzul Al-Quran untuk semua.