Tambah2 lagi musim sekarang ni trend orang suka berpiknik dan berkhemah.
Boleh standby siap2 simpan dalam kereta.
Kot2 lah tempat kita pergi tu tak lengkap kemudahan kan.
Dan tak adalah bersesak2 tunggu giliran.
Selain sebagai changing tent, boleh juga dijadikan sebagai tempat solat incase emergency.
Ni semalam dah rasmi khemah tinggi ni masa pergi picnic by the river.
Memang senang dan membantu..
Lepas naik je dari sungai, bilas badan, tunggu air kering sejat...
Terus masuk dalam khemah tinggi ni untuk tukar baju dan bersiap..
Cuma kalau nak lagi kukuh tak nak khemah terbang, kena ikat kat pokok2 atau tali bawah tu tindih dengan batu besar..
Ni video unboxing dan details...
Happy watching...
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Sebab tadi pergi IKEA & Toppen masih tak boleh dine-in,
so kita bawa IKEA balik dine-in kat rumah je lah.
Semua restoran dalam IKEA & Toppen masih belum dibenarkan dine-in ya (hingga tarikh hari ini)
Nak masuk bangunan IKEA kena:
1. Update Kesihatan Kendiri dulu dalam MySejahtera
2. Then refresh sampai keluar tarikh harini atas status risiko
3. Kemudian baru guard akan check Sijil Vaksin 2 dos (lepas 14 hari tempoh matang)
4. Saringan last akan scan suhu badan dan check in MySejahtera
Nak masuk Outlet2 pun sama.
Kena tunjuk Sijil Vaksin 2 dos ya.
Pastu Ayah Damia pun sajalah tanya guard2 yang jaga/check scan tu dah Cucuk vaksin ke belum.
Rata2 semua jawab "belum lagi".....
Aiyoyo....
Lenggang..
Betul2 lenggang..
Kalau tak kerana nak cari barang dalam ni, memang tak lah nak datang time2 ni..
Ni sebab nak beli perabot nak siapkan bilik loteng yang dah tertangguh since PKP 3.0,
tu yang gigih juga datang...
Stay safe ok semua..
Jaga diri, sayangi keluarga..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Viral sejak PKPB yang lalu Melaka sangat2 lenggang dan kosong..
Sekarang ni dah ada pelancong2 kita mula ootd dan jalan2 kat bangunan merah ni..
Kat Cendol Jam Besar pun penuh dah orang..
Pakcik2 beca pun dah ada yang mengayuh beca bawa pelancong2 kita..
Kat Melaka Chocolate House pun ada yang shopping dah..
Syukur..
Cuma tak lah seramai seperti dulu2..
Ni kisah holiday kami jumaat hingga ahad minggu lepas..
4 Dis 2020 hingga 6 Dis 2020..
Gantikan cuti2 Penang kami yang sepatutntya fly pada 3 Dis aritu...
Nasib baik Air Asia bagi pilih tarikh baru.
Harap2nya masa tu Penang dan JB dah selesailah fasa PKPB ni ya..
Yang kelakarnya, masa kami cuti2 kat Melaka ni..
Sekali Menteri umumkan yang Johor Bahru kena PKPB balik..
Adoiiilah..tapi dibenarkan rentas negeri..
So alhamdulillah..percutian yang berjalan lancar dan sangat smooth...
See...for sure anak3 lah yang paling happy holiday kalini..
Sebab dah lama berkurung kat rumah..
Lagi2 sekolah pun dah cuti awal..
Boleh tengok video yang dah mula ada yang datang jalan2 ke Bangunan Merah ni..
Leps dah posing2 kat bangunan merah tu, teru lintas jalan makan cendol kat Jam Besar ni pula..
Harga cendol Pulut - RM2.50
Harga Cendol Jagung - RM3.00
Or Vice Versa..ingat2 lupa dah harganya...
Daim order Jus Tembikai sebiji..
Harga RM10 sebiji.
One family for album..
Cantik pemandangan kat Sungai Melaka tu...
Belanja video sikit kot2 ada yang merindui Melaka..
Lepas makan cendol, kami ke Melaka Chocolate House pula..
Walaupun sebagai pengusaha coklat, tapi coklat2 lain pun kita nak beli dan rasa juga..
Walaupun tak ramai, tapi adalah customers dalam ni..
Musim2 tak crowded ni, memang syok berjalan dan bercuti..
Nak shopping pun senang..
Aleesya beli dark chocolate for sure..
Ayyunie beli chocolate perasa mango..suka dia coklat2 berperisa ni..
Dan Daim tak pandang pun coklat, dia lagi excited tengok mainan2 dalam tu..
Sudahnya dia beli puzzle Upin Ipin..
Dah selesai jalan2 di Bandar Melaka..
Kami terus check in di Hatten Hotel..
Kami pilih Studio Suite..Harga RM192 included tax.
Senang ada 2 TV cam ni..
Anak3 nak tengok cerita diaorg..
Ayahnya nak layan HBO/ Vision Four..
Boleh tahan luas jugalah biliknya..
Bilik air pun boleh tahan luas...
Jus Tembikai Daim tak habis2 lagi..
So tapau bawa masuk hotel..
Amboi..bukan main bos cuti2 pun still layan customer..
Alhamdulillah...
Tu Daim kusyuk pasang puzzle dia baru beli..
Dah berehat..solat...
Kami meneruskan misi seterusnya...
Iaitu Shopping...
Anak3 sebenarnya yang shopping sakan..
Ibu sekadar beli kasut riadah, seluar, cardigan, baju2...eh macam banyak juga..haha
Jalan kaki je kami dari hotel ke Dataran Pahlawan dan Makhota Parade tu..
Dinner kami di Seoul Garden dalam Mahkota Parade..
Rasanya last kami makan2 kat Seoul Garden ni 2-3 tahun lepas kot bersama students..
Ni pun harga dah naik RM50++ untuk dewasa...
Eh ke dah lama naik? Haha..
Tapi SOP tetap dijaga walaupun buffet..
Wajib pakai mask dan sarung tangan yang diberi masa ambil makanan di kaunter..
Pandai Daim time mula2 sampai nak makan dia bangun ya..
Then balik bilik rehat...
Malamnya tu kami naik ke tingkat paling atas di Hatten Hotel ni..
Tingkat 22..
Alto sky lounge untuk lepak2 tengok view Melaka..
Pergi lounge pakai baju kelawar ada apa hal kan..haha..
MasyaAllah..cantik sungguh pemandangan..
Dengan sinaran cahaya berkilau-kilauan..
Anak3 siap kira lagi berapa banyak beca2 yang bewarna warni sedang bergerak di tepi2 jalan....
Dah lah angin sejuk sepoi2 kat atas ni..
Memang family bonding sungguh masa ni..
Masuk bilik, anak2 kata lapar pula..
Adoilah...Travel dan makan2 berpisah tiada..
Pagi esoknya..
Morning walk dengan ayah Damia dan Daim..
Both Damias malas nak ikut...lebih rela lepak dalam bilik lepas solat subuh budak2 ni..
Lepas morning walk, terus ke tingkat 11 untuk breakfast buffet..
Banyak sungguh pilihan makanan yang ada..
Dan yang paling ditunggu2 oleh anak3...
Splash time, swimming time..
Semua wajib pakai mask..
Kecuali yang main dalam air je...
Yang tunggu anak2 tepi tebing air pun diwajibkan pakai mask juga..
After check out dari Hotel...
Memang dah aim nak datang sini..
Tak dapat pergi Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang pun tak pe..
Yang dekat Madam King's ada kat Melaka ni...
Harga memang boleh tahan murah barang2 nya..
Shopping sorang2 je ni..
Yang lain semua tunggu dalam kereta..
Tak sanggup nak tunggu ibu kalau pergi tempat2 cam ni katanya..
Haha..habis tu dah banyak barang cantik2..
Haruslah rambang mata kan..
Lepas tu sambung borong gula melaka Madam Yap pula..
Details nanti saya buat entry lain ok..
Maka, kononnya tamatlah sudah percutian kami ke Melaka haritu..
Sekali eh eh, unplanned punya holiday..
Kami sambung bercuti di tepi pantai kawasan kampung pula..
Next entry ok...
Stay tune..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Yang mana pokok di tanam di dalam tanah kepal atau bebola lumut..
Sesuai untuk tumbuhan dalam rumah dan tidak memerlukan banyak cahaya matahari.
Yang penting mudah dijaga dan mudah dialih-alihkan mengikut ruang yang ada.
Cara penjagaan rendam bebola kokedama ke dalam air selama 2 minit, lepas tu toskan sehingga air tidak menitik dan letak kan kokedama di atas piring.
Ataupun boleh juga curahkan air ke dalam piring dan kokedama akan menyerap air dari piring.
Tips nak tahu kokedama ni perlu kan air atau tidak adalah melalui berat bebola ni. Kalau kita angkat dan ringan, maksudnya kena rendam.
Bukan pokok2 hiasan je ditanam dalam kokedama sekarang, pokok2 cili, daun kesum, daun selasih dan macam2 jenis pokok tanaman harian pun dah mula ditanam dalam kokedama.
Harga pula bermula dari RM15 ke atas tengok saiz dan jenis pokok. Ni saya beli di Harbour Market Puteri Harbour malam minggu aritu.
Sekian ilmu kemahiran hidup dan Seni serta sains & teknologi pagi ni..
p/s: Lepas ni boleh lah hunting kokedama lagi ;-)
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Wahh nampaknya sekarang makin ramai yang sarapan kat tempat ni..
Lepas sarapan, kami beriadah dan jogging kejap di Puteri Harbour tu..
Sementara tunggu The Pasar buka jam 10 pagi..
The Pasar ni terletak di dalam bangunan Puteri Cove Residence & Quayside..
Lepas parking kereta dalam bangunan, then naik lift ke ground floor.
Sampailah ke The Pasar ni..
Waahhh...mula2 sampai..
Cantiknya lah hai pasar pun..
Masa kami pergi tu tak ramai orang..
Memang lenggang2 kangkung lah tolak troli pilih groceries..
Boleh dikatakan semua sayur2, buah2 dan lauk pauk segar2...
Dan harga pun tak mahal sangat..
Sempat posing lagi both Damias ni..
Susunan barang2 dan rak2 pun teratur..
Senang nak memilih..
Masa bayar tanya cashier..
Memang nama tempat ni Pasar ya..
Sekali adik cashier tu jawab Ya dan bagitau The Pasar ni sama owner dengan Pasaraya Maslee..
Laa kisahnya...Pasaraya Maslee tu boleh dikatakan kerap juga pergi sebab belakang office je..
Member card Maslee pun boleh guna kat sini..
Patutlah kebanyakan groceries kat Maslee pun ada dalam The Pasar ni..
Rupa2nya sama supplier..
Harga pun lebih kurang je..
Cuma kat The Pasar ni lebih luas, cantik dekonya, pilihan barang banyak dan selesa..
Tapi untuk barang2 basah dan lauk pauk, saya vote for Ben's Independent lagi syokkk..
So lepas je balik dari The Pasar ni, kami terus ke Ben's yang terletak di Medini Mall untuk sambung shopping lauk pauk pula..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Ntah macam mana boleh terjebak beli Koleksi Star Wars X Coach tu..
Walhal semalamnya (15 November) baru launching.
Dan walhal juga bukan peminat Star Wars pun..
Tapi ni sebab limited edition, beli je lah buat koleksi.
Misi sebenarnya nak test guna highway baru simpang depan rumah (simpang Bandar Pulai Jaya) tu ke JPO je sebab orang kata 5 minit je dah sampai JPO (10/11 aritu baru buka dan rasmi highwaynya).
Memang terbukti pun dari rumah ke JPO 5 minit je.
Perghhhh memang terbaik!
Tapi misi bertukar menjadi lain pula...haha..
Ok, meh citer cam mana boleh terjebak beli ni..
Dah sampai JPO, mula2 sekali nampak kedai coklat ni..
Apa lagi, terus lah masuk tengok2 dan beli mana yang berkenan..
Lepas shopping coklat..
Sudahnya sampai sekarang tak habis2 makan coklat yang dibeli...haha..
Masing2 dah kelaparan..
So lunch dulu..
Tak banyak restoran yang ada nasi2 ni..
Kebanyakannya fast food je..
So kalini kami makan di Absolute Thai..
Kalau makan kat sini, jangan lupa try tom yam dia..
Memang 5 bintang punya..
Pedas2 pun tetap nak hirup juga..
Dessert Red Ruby dan Sago Honeydew tu pun sedap..
Total makan di Absolute Thai..
Lepas makan, terus masuk TEFAL..
I is stress sebab haritu beli frying pan TEFAL pada 11.11 tu lagi mahal weiii harganya dari beli direct kat outlet dia ni..Ingat beli online murah dah...haha..
So nak hilangkan kemurungan, borong lagi banyak2 terus biar puas hati..lagi pun ada sale sale sale..
Sambil2 beli juga untuk hadiah majlis perkahwinan yang berderet2 cuti sekolah ni..
Pastu Aleesya minta belikan sweater pula..
Tapi tak ada sale pula yang dia berkenan..
Tak pe lah janji dia pakai..
Then masuk Adidas nampak ada Sale baik punya..
Terberkenan pula kasut putih ni..
Beli je lah prepare untuk Travel next month..
Anak2 dara memang pantang jumpa Watson..
Mesti ada je yang diaorg nak beli itu ini..
Finally terjebak beli beg Coach Limited Edition ni..
Yang ladies punya design tak banyak choice..
So saya dan ayah damia decided ambil backpack lah senang nak buat travel next time...
Ayyunie minta pinjam bawa gi sekolah esoknya..
Apoooooooooo????
Yang ni cantik juga, tapi kecik lah pula saiznya..
Orang tinggi dan lebar macam saya ni macam tak berapa sesuai pula nak ambil design ni..
Atas cadangan sales assistant COACH takut resit pudar atau hilang.
Snap, simpan dalam phone atau upload kat media sosial katanya..
Baru resit kekal kat situ..
Hahaha...
Adoiii...jangan kata saya meriak pula ya..
Saya ikut cadangan je ni...
Btw harga Back Pack tu RM3200, after less 44% dapatlah harga RM1729..
Not bad lah ada sale kan..
Anak no 2 memang pandai bergaya kan..
Pantang jumpa cermin si Ayyunie ni..
Make up pun dah pandai sikit2 tu..
Walhal baru darjah 4..
Alahai...kesian si ayahnya hah..
Ok lah, ayahnya dah penat mendukung..
Maka sampai sini sajalah misi shopping kalini..
Niat nak test highway baru terus jadi misi shopping ya.
Apa2 pun Terima kasih Allah atas gerak hati ini..
Yeayy..jarang2 dapat merasa popcorn mahal...kiki..
Tak beli beli COACH, jangan harap dapat merasa ni walaupun popcornnya biasa2 je...haha..