Tuesday, December 8, 2020

Cuti-cuti Melaka selepas PKPB


Alhamdulillah..
Bandar Melaka dah tak jadi Ghost Town dah..
Viral sejak PKPB yang lalu Melaka sangat2 lenggang dan kosong..


Sekarang ni dah ada pelancong2 kita mula ootd dan jalan2 kat bangunan merah ni..
Kat Cendol Jam Besar pun penuh dah orang..


Pakcik2 beca pun dah ada yang mengayuh beca bawa pelancong2 kita..
Kat Melaka Chocolate House pun ada yang shopping dah..
Syukur..
Cuma tak lah seramai seperti dulu2..


Ni kisah holiday kami jumaat hingga ahad minggu lepas..
4 Dis 2020 hingga 6 Dis 2020..
Gantikan cuti2 Penang kami yang sepatutntya fly pada 3 Dis aritu...
Nasib baik Air Asia bagi pilih tarikh baru.
Harap2nya masa tu Penang dan JB dah selesailah fasa PKPB ni ya..

Yang kelakarnya, masa kami cuti2 kat Melaka ni..
Sekali Menteri umumkan yang Johor Bahru kena PKPB balik..
Adoiiilah..tapi dibenarkan rentas negeri..
So alhamdulillah..percutian yang berjalan lancar dan sangat smooth...


See...for sure anak3 lah yang paling happy holiday kalini..
Sebab dah lama berkurung kat rumah..
Lagi2 sekolah pun dah cuti awal..


Boleh tengok video yang dah mula ada yang datang jalan2 ke Bangunan Merah ni..


Leps dah posing2 kat bangunan merah tu, teru lintas jalan makan cendol kat Jam Besar ni pula..
Harga cendol Pulut - RM2.50
Harga Cendol Jagung - RM3.00
Or Vice Versa..ingat2 lupa dah harganya...


Daim order Jus Tembikai sebiji..
Harga RM10 sebiji.


One family for album..
Cantik pemandangan kat Sungai Melaka tu...


Belanja video sikit kot2 ada yang merindui Melaka..


Lepas makan cendol, kami ke Melaka Chocolate House pula..
Walaupun sebagai pengusaha coklat, tapi coklat2 lain pun kita nak beli dan rasa juga..


Walaupun tak ramai, tapi adalah customers dalam ni..
Musim2 tak crowded ni, memang syok berjalan dan bercuti..
Nak shopping pun senang..

Aleesya beli dark chocolate for sure..
Ayyunie beli chocolate perasa mango..suka dia coklat2 berperisa ni..
Dan Daim tak pandang pun coklat, dia lagi excited tengok mainan2 dalam tu..
Sudahnya dia beli puzzle Upin Ipin..


Dah selesai jalan2 di Bandar Melaka..
Kami terus check in di Hatten Hotel..
Kami pilih Studio Suite..Harga RM192 included tax.

Senang ada 2 TV cam ni..
Anak3 nak tengok cerita diaorg..
Ayahnya nak layan HBO/ Vision Four..


Boleh tahan luas jugalah biliknya..


Bilik air pun boleh tahan luas...


Jus Tembikai Daim tak habis2 lagi..
So tapau bawa masuk hotel..


Amboi..bukan main bos cuti2 pun still layan customer..
Alhamdulillah...
Tu Daim kusyuk pasang puzzle dia baru beli..


Dah berehat..solat...
Kami meneruskan misi seterusnya...
Iaitu Shopping...


Anak3 sebenarnya yang shopping sakan..
Ibu sekadar beli kasut riadah, seluar, cardigan, baju2...eh macam banyak juga..haha
Jalan kaki je kami dari hotel ke Dataran Pahlawan dan Makhota Parade tu..



Dinner kami di Seoul Garden dalam Mahkota Parade..


Rasanya last kami makan2 kat Seoul Garden ni 2-3 tahun lepas kot bersama students..
Ni pun harga dah naik RM50++ untuk dewasa...
Eh ke dah lama naik? Haha..
Tapi SOP tetap dijaga walaupun buffet..
Wajib pakai mask dan sarung tangan yang diberi masa ambil makanan di kaunter..


Pandai Daim time mula2 sampai nak makan dia bangun ya..

Then balik bilik rehat...


Malamnya tu kami naik ke tingkat paling atas di Hatten Hotel ni..
Tingkat 22..
Alto sky lounge untuk lepak2 tengok view Melaka..
Pergi lounge pakai baju kelawar ada apa hal kan..haha..


MasyaAllah..cantik sungguh pemandangan..
Dengan sinaran cahaya berkilau-kilauan..
Anak3 siap kira lagi berapa banyak beca2 yang bewarna warni sedang bergerak di tepi2 jalan....
Dah lah angin sejuk sepoi2 kat atas ni..
Memang family bonding sungguh masa ni..


Masuk bilik, anak2 kata lapar pula..
Adoilah...Travel dan makan2 berpisah tiada..


Pagi esoknya..
Morning walk dengan ayah Damia dan Daim..
Both Damias malas nak ikut...lebih rela lepak dalam bilik lepas solat subuh budak2 ni..

Lepas morning walk, terus ke tingkat 11 untuk breakfast buffet..
Banyak sungguh pilihan makanan yang ada..




Dan yang paling ditunggu2 oleh anak3...
Splash time, swimming time..
Semua wajib pakai mask..
Kecuali yang main dalam air je...
Yang tunggu anak2 tepi tebing air pun diwajibkan pakai mask juga..


After check out dari Hotel...
Memang dah aim nak datang sini..
Tak dapat pergi Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang pun tak pe..
Yang dekat Madam King's ada kat Melaka ni...
Harga memang boleh tahan murah barang2 nya..


Shopping sorang2 je ni..
Yang lain semua tunggu dalam kereta..
Tak sanggup nak tunggu ibu kalau pergi tempat2 cam ni katanya..
Haha..habis tu dah banyak barang cantik2..
Haruslah rambang mata kan..


Lepas tu sambung borong gula melaka Madam Yap pula..
Details nanti saya buat entry lain ok..

Maka, kononnya tamatlah sudah percutian kami ke Melaka haritu..
Sekali eh eh, unplanned punya holiday..
Kami sambung bercuti di tepi pantai kawasan kampung pula..

Next entry ok...
Stay tune..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::


 

No comments: