Tuesday, December 1, 2020

Jalan -jalan ke Putuo Village Kulai

Cerita Day 1 selepas PKPB 2.0
21 November 2020


Tak agak-agak ya pabila PKPB dah tamat..
Terus ada atas Hanging Pavillion ni...;-)


Sebenarnya anak3 lah paling happy..
Dapat hirup udara segar luar..
Betul2 segar ni sampai ke dalam hutan buluh ala-ala Kyoto diajaknya kita..
Tapi kat Bamboo Forest Kyoto sebenar tak ada nyamuk..
Sini banyak nyamuk..hihi..


Amboiii..bukan main lagi anak bujang posing dalam bulah separa ya..


Actually destinasi haritu, tempat makan2 haritu serta beli barang tu ni haritu semuanya hasil rancangan both Damias..
Kami ikut je mana yang diaorg nak pergi..
Excited betul dapat keluar rumah siap buat itinerary..
Walaupun hanya dalam daerah yang sama..
Ok lah sesekali layan kerenah mereka..
Kesian juga lama cuti since dari JB kena red zone lagi tu..


Yang penting Kita jaga kita dan patuhi SOP.
Kebetulan juga masa kami datang sini langsung tak ramai pun orang..
Rasanya dalam 4-5 buah kereta je..
So kami pun selesa kesana kemari dalam hutan ni tanpa orang ramai..


3 permata hati..


Btw tempat ni dah viral di Johor..
Masa mula2 viral tu punyalah ramai orang datang ootd disini..
Tempat Instagrammable kan..
For sure lah golongan2 muda punya tempat favourite ni..


Tempat yang tenang dan indah serta kaya dengan unsur2 budaya Buddha.


Bukan main lagi gelak besar nampak..


Alahai comeyyyynya anak burung dalam tu..


Semua pakat2 minat nak jadi anak burung dalam ni..


Ni kalau buat photoshoot pakai baju ala2 Kimono atau baju tradisi Korea Hanbok memang cantik sangat ni...


Eh...bapak burung pun adalah...haha


Rumah tinggi..


Eh eh..ibu burung pun ada juga..


Ralit tengok apa tu sis..


Tunjuk apa pula tu sis..


Korang layankan aje gambar2 yang banyak ni ya..
Senang next time nak belek2 balik dalam blog ni..


Tempat ni terletak di Felda Taib Andak, Kulai...


Tak tahu nak tulis caption apa dah..
Korang layan je lah gamba2 dibawah ya..









Dan ni harga tiketnya..
Murahkan..
Ok lah berbaloi dengan tempat..
Tak banyak sangat pun attractionnya..
Kecuali tempat2 hot spot yang cantik untuk bergambar..
Kalau orang cina ramai2 datang tu, for sure lah mereka nak buat ibadat masing2 disini..
Kita? Cukuplah sekadar menikmati keindahan alam serta melihat budaya buddha disini..
Macam kita semua travel ke luar negara tu untuk mengenali budaya masing2..

Moga2 Covid cepat berlalu dan dapatlah kita meluaskan lagi perjalanan kita semua..
Aaamin..








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment:

Han Hanni said...

Cantekla tempat dia.. Semoga covid cepat berlalu, boleh sambung jalan2 lagi