Monday, August 30, 2021

Johor dah boleh dine-in ke Fasa 1 ni?


Sebab tadi pergi IKEA & Toppen masih tak boleh dine-in, 
so kita bawa IKEA balik dine-in kat rumah je lah.
Semua restoran dalam IKEA & Toppen masih belum dibenarkan dine-in ya (hingga tarikh hari ini)


Nak masuk bangunan IKEA kena:

1. Update Kesihatan Kendiri dulu dalam MySejahtera
2. Then refresh sampai keluar tarikh harini atas status risiko
3. Kemudian baru guard akan check Sijil Vaksin 2 dos (lepas 14 hari tempoh matang)
4. Saringan last akan scan suhu badan dan check in MySejahtera

Nak masuk Outlet2 pun sama. 
Kena tunjuk Sijil Vaksin 2 dos ya.

Pastu Ayah Damia pun sajalah tanya guard2 yang jaga/check scan tu dah Cucuk vaksin ke belum.

Rata2 semua jawab "belum lagi".....
Aiyoyo....


Lenggang..
Betul2 lenggang..
Kalau tak kerana nak cari barang dalam ni, memang tak lah nak datang time2 ni..
Ni sebab nak beli perabot nak siapkan bilik loteng yang dah tertangguh since PKP 3.0,
tu yang gigih juga datang...

Stay safe ok semua..
Jaga diri, sayangi keluarga..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

Warisan Petani said...

Johor kes semakin tinggi
Tak perlu dine-in lah

Ayu Zarina said...

Betul.. Johor dah macam nak kejar angka Selangor pula 😢