Friday, May 21, 2021

Menu juadah 1 syawal hingga 3 syawal Raya PKP 2021


Simpan sini..
Menjadi kenangan untuk tahun2 akan datang..
Bukan senang nak jaga emosi semua orang sebab tak boleh ziarah, tak boleh balik kampung dan tak boleh rentas Daerah/Negeri disebabkan PKP ni kan..
Tapi raya tetap raya...
Masaklah secara  sederhana untuk keluarga tercinta..
Kalau tak, tak ada pula istilah RAYA untuk anak2 nanti.


Juadah 1 Syawal..
Masak Rendang daging, ayam masak merah, pulut kuning dan kuah sate.
Ketupat nasi dan lemang beli.
Sate dah tempah awal2..
Kek Lapis Warisan Ori dari Sarawak pun dah tempah awal2..
 Dan ada juga menu2 lain seperti nasi beriani dan ketupat palas hasil bertukar2 juadah dari jiran2..


Juadah 2 Syawal..
Rindu kampung punya pasal..
Kita masak Menu Nasi Dagang..


Semua saya masak ya..

1. Nasi Dagang Ganu
2. Gulai berempah ikan tongkol
3. Gulai lengkuas udang
4. Gulai ayam kaw kaw
5. Gulai telur rebus
6. Sambal Nyor ikan..

Satu kepuasan bila dapat masak sendiri semua menu kat atas..


Memang sengaja masak lebih..
Sebab nak bagi "munjung" kat kenalan dan jiran2..
Dah tak boleh ziarah, kita bagilah hidangan sebagai penganti..


Juadah 3 syawal..

Sup kaki lembu, gearbox lembu dan daging lembu seperiuk dang.
Boleh dijadikan kuew tiaw sup, nasi air atau hirup begitu sahaja..

Masak banyak2 ni pun berbagi2 rezeki dengan jiran2..
Selalu raya boleh ajak orang datang rumah makan2..
Ni bagi je lah kat jiran2..


Konon masak sup sebab dah muak 2 hari turut2 makan makanan berlemak santan.
Sekali gi bantai sedut "lelemaks" dalam tulang tu...
Aduhh..tu pun lemak juga kan..aiyoyoyo...


Bukan main panjang kaki lembunya..
Sampaikan nak sedut lelemaks dengan straw pun tak sampai..haha

Esoknya 4 syawal dah start puasa 6..
Alhamdulillah, harini dah boleh raya lagi sekali..
Hikmah PKP, Puasa 6 pun habis awal..







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: